Rabu, 29 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pemandu teksi Malaysia dipenjara di Shiraz, Iran

Posted:

Pemandu teksi Malaysia dipenjara di Shiraz, Iran

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Gara-gara termakan pujukan seorang lelaki warga Nepal yang menawarkan pekerjaan di luar negara, seorang pemandu teksi lelaki rakyat tempatan kini terpaksa meringkuk di penjara Adel Abad, Shiraz, Iran.

Mangsa berusia 40 tahun ditahan di Lapangan Terbang Shiraz pada tahun 2010 kerana kesalahan cuba menyeludup keluar tiga kilogram dadah jenis kokain dalam sebuah kotak yang dimuatkan dalam beg mangsa.

Sumber memberitahu, mangsa hanya mengenali lelaki Nepal itu sebulan sebelum kejadian tersebut berlaku ketika dia menaiki teksinya di ibu negara.

Menurut sumber, mangsa dijanjikan dengan gaji lumayan tetapi dengan syarat perlulah membawa sebuah kotak kononnya berisi barang berharga dari Shiraz ke Malaysia.

"Mangsa yang tidak mencurigai lelaki itu hanya menuruti kehendaknya namun semasa hendak keluar untuk ke Malaysia, dia ditahan pihak penguat kuasa Lapangan Terbang Shiraz," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Guru, anak rentung kereta bertembung

Posted:

Guru, anak rentung kereta bertembung

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Feb. - Dua beranak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih-Kota Bharu dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam, Che Arminudin Abdullah, 42, seorang guru dan anak perempuannya, Marissan Alma, 4, berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Che Arminuddin yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh.

Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar tiang sebelum masuk ke lorong bertentangan.

"Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu oleh Azaizurien Ahmad, 33, dan penumpang Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, menyebabkan kedua-duanya terbakar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan