Kosmo Online - Negara |
Posted: Pesta maksiat di tengah rimba Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba. Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah. Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan. Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas. Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit. Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu. Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
11 April cuti umum sempena pertabalan Agong Posted: 11 April cuti umum sempena pertabalan AgongKUALA LUMPUR - Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. "Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Gaji minimum Mac depanLebih enam juta pekerja swasta di negara ini tidak sabar menunggu pelaksanaan skim gaji minimum.- Gambar hiasan SEREMBAN - Polisi mengenai gaji minimum pekerja sektor swasta dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan depan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pada masa ini kementeriannya dalam proses akhir menyiapkan segala perkara perlu sebelum pengumuman dilakukan. "Langkah ini akan memberi manfaat kepada 30 peratus daripada pekerja tempatan yang pada masa sekarang mendapat gaji kurang daripada RM900," katanya kepada pemberita selepas majlis peletakan batu asas bangunan baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Labu dekat sini semalam. Beliau berkata, polisi baharu mengenai gaji pekerja swasta itu tidak akan menggugat keupayaan negara bersaing di peringkat antarabangsa mahupun mengurangkan peluang pekerjaan. "Semua ini sudah diambil kira dan kadar yang akan kita umumkan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara termasuk meningkatkan ekonomi,'' ujarnya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan