Kosmo Online - Negara |
Bapa dakwa terbeli susu tiruan Posted: Bapa dakwa terbeli susu tiruanOleh NOOR HASLIZA NUSI
GEORGE TOWN - Seorang bapa terkejut apabila mendakwa dua kotak susu tepung yang dibeli untuk anaknya dari sebuah pasar raya besar di Bayan Baru di sini, pada 16 Februari lalu rupa-rupanya bukan susu sebaliknya hanya serbuk putih yang menyerupai susu tepung. Mohd. Faisal Mohd. Kassim, 30, mendakwa, sebaik sahaja membuka setiap bungkusan susu berjenama terkemuka itu, dia mendapati plastik lutsinar itu mengandungi tepung berwarna putih yang berbeza dengan susu tepung asli yang biasanya dibungkus dengan plastik aluminium dan serbuk susunya berwarna krim. "Bukan itu sahaja, susu tepung itu tidak mempunyai bau dan rasa seperti yang dibeli pada setiap bulan, sejak anak sulung, Muhammad Afiq Hafizuddin berusia dua bulan. "Mujur kami berjaya mengesan lebih awal dan tidak sempat memberinya minum lagi," katanya sambil menyatakan susu tepung itu dibeli pada harga diskaun iaitu RM16.99 bagi setiap 700 gram. Dalam pada itu, Mohd. Faisal turut memaklumkan masalah tersebut kepada pihak pasar raya terbabit pada 18 Februari lalu dan mereka turut mengesan susu tepung lain berjenama sama yang bungkusannya mencurigakan. "Pihak pasar raya terbabit memberitahu akan mengambil tindakan termasuk menghubungi syarikat pembekal susu itu untuk memaklumkan perkara tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Golongan sederhana tidak dilupa Posted: Golongan sederhana tidak dilupaNAJIB bersalaman dengan orang ramai setibanya di SJK Cina Yoke Kuan, Sekincan semalam. SABAK BERNAM - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesan positif pertumbuhan ekonomi negara turut dirasai golongan berpendapatan sederhana dan sederhana rendah melalui pelbagai program pembangunan serta bantuan secara langsung kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri berkata, golongan itu tidak dilupakan berdasarkan gagasan 1Malaysia yang bersifat inklusif. "Biasanya dalam mana-mana sistem ekonomi dunia, yang kaya dia rasa selesa, yang miskin dia dapat bantuan, tetapi ramai di tengah-tengah yang (dalam golongan) sederhana, sederhana rendah yang kadang-kadang terlepas pandang atau tidak ada program untuk membantu kelompok ini," katanya. Najib berkata demikian pada majlis bersama warga petani, nelayan dan pekebun kecil Parlimen Sabak Bernam sempena lawatan sehari ke Selangor di sini semalam. Menyentuh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Najib berkata, kerajaan BN tidak 'memilih bulu' kerana pihak yang dikatakan bukan penyokong BN turut menerima bantuan RM500. Perdana Menteri menegaskan bahawa rakyat perlu terus memilih BN sebagai parti pemerintah demi masa depan negara dan generasi akan datang. Beliau menarik perhatian bahawa pihak pakatan pembangkang yang menghadapi percanggahan ideologi tidak harus diberi keyakinan untuk mentadbir negara. Najib berkata, BN telah meletakkan asas kukuh dalam sistem pentadbiran kerajaan yang memungkinkan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat seperti BR1M, bantuan awal sekolah dan baucar pembelian buku selain mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia. | |
Posted: Tiga terkorbanselepas minumkeadaan Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Jerteh-Pasir Puteh, Besut semalam. BESUT - Kegembiraan lima sahabat minum bersama selepas sekian lama tidak berjumpa tidak berkekalan apabila tiga termasuk dua beradik maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 1, Jalan Jerteh-Pasir Puteh di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Nik Muhammad Firdaus Suhaimi @ Rahmat, 24, adiknya Nik Muhammad Faris, 19, serta rakan mereka Nazir Nazemi, 20, yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut. Pemandu kereta Perodua Myvi, Wan Muhamad Shafiq Md. Zin, 20, cedera parah manakala seorang lagi penumpang kereta itu, Mohd. Fakhrulhanif Zainuddin, 26, tidak cedera. Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, kejadian berlaku apabila pemandu dipercayai gagal mengawal kereta selepas melepasi lampu isyarat di persimpangan Kampung Seberang Jerteh, menyebabkan kereta terbabas dan melanggar beberapa papan tanda. "Pelanggaran itu mengakibatkan empat daripada mereka, kecuali Mohd. Fakhrulhanif terpelanting keluar menerusi tingkap kereta terbabit," kata beliau. Kamaruddin berkata, dua daripada mereka maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Muhammad Faris meninggal dunia di Hospital Daerah Besut ketika menerima rawatan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan