Ahad, 26 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Penduduk gempar jumpa bom mortar

Posted:

Penduduk gempar jumpa bom mortar

Penduduk gempar jumpa bom mortar

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 25 Feb. - Penduduk Kampung Sungai Dua di sini gempar apabila menemui sebutir bom mortar lama di bawah jejambat sungai berdekatan Tapak Pesta di sini hari ini.

Penduduk yang menemui bom itu pukul 9 pagi kemudian menghubungi Balai Polis Sungai Nibong untuk memaklumkan perkara tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, polis bergegas ke tempat kejadian bersama Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk menjalankan pemeriksaan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati, bom yang ditemui dalam keadaan berkarat itu adalah jenis latihan.

"Bom mortar yang bersaiz 60 milimeter (mm) itu tidak berbahaya kerana ia digunakan untuk latihan sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Kong Meng, UPB mengambil bom tersebut untuk dimusnahkan di kawasan kuari di Jelutong.

"Kita buka kertas siasatan mengenai penemuan bom mortar latihan itu dan kita juga tidak menolak kemungkinan bom ini dibawa arus sungai," katanya.

3,500 pokok ditanam di cawangan terbaharu Jusco

Posted:

3,500 pokok ditanam di cawangan terbaharu Jusco

3,500 pokok ditanam di cawangan terbaharu Jusco


Zambry Abd. Kadir bersama Puhat Mat Nayan (lima kanan) dan Hamidah Osman (kanan) menanam pokok sempena pembukaan gedung beli-belah Jusco di Ipoh, semalam.


IPOH 25 Feb. - Seramai 800 sukarelawan menyertai upacara menanam pokok bagi meraikan pembukaan gedung beli-belah Jusco ke-25 di Stesen 18, Pengkalan di sini hari ini.

Peserta terdiri daripada kakitangan AEON Co. (M) Bhd. (AEON) iaitu pemilik rangkaian gedung membeli-belah itu, kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, penyewa, pembekal, murid dan penduduk setempat.

Sempena majlis yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir itu, lebih 3,500 anak pokok ditanam termasuk spesies Bucida Molineti, Casuarina Sumatrana, Platcladus Orientalis, Dillena Philipinesis dan Dalbergia Oliveri.

Hadir saman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan.

Menurut Pengarah Urusan AEON, Nur Qamarina Chew, Kumpulan AEON Japan sentiasa mengadakan program menghijaukan bumi dengan menanam pelbagai jenis pokok di setiap pusat beli belah AEON yang dibuka di serata dunia.

Katanya, di Malaysia sehingga hari ini, AEON menanam lebih 450,000 anak pokok sejak program penanaman pokok yang pertama dilaksanakan di Jusco Melaka pada 1991.

''Antara projek mega penanaman pokok adalah di Paya Indah Wetland di Dengkil, Selangor dengan kehadiran 1,500 sukarelawan dari Jepun bersama-sama masyarakat setempat.

''Yang kedua, penghutanan semula dan pemuliharaan habitat Orang Utan di Lahad Datu, Sabah dan terbaharu, AEON menanam pokok bagi pemuliharaan habitat kelip-kelip yang semakin pupus di Kampung Kuantan, Selangor," katanya pada majlis upacara menanam pokok di sini hari ini.

Sementara itu, Zambry berharap AEON dapat bekerjasama dengan MBI dalam usaha kerajaan negeri menghijaukan kawasan bandar raya ini.

Domain niaga online secara percuma

Posted:

Domain niaga online secara percuma

Domain niaga online secara percuma

IPOH 25 Feb. - Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negeri ini khususnya di sekitar Pangkor dan Manjung berpeluang melebarkan pasaran perniagaan masing-masing menerusi teknologi siber melalui Karnival Jalur Lebar 1Malaysia anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Pangkor dekat sini selama dua hari bermula hari ini.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Asmadi Teh berkata, melalui kerjasama SKMM dengan Google yang dinamakan GetMyBusinessOnline (GMBO) itu, 10,000 usahawan yang pertama membuka tapak niaga di bawah inisiatif berkenaan akan diberikan laman web beserta domain (.com.my) secara percuma.

Kata beliau, peserta yang hadir juga akan diberikan bimbingan secara perseorangan oleh SKMM untuk membuka tapak perniagaan siber mereka dengan menggunakan aplikasi GMBO.

''Selain itu, kita menampilkan seorang usahawan bantal kekabu secara online yang berjaya menembusi pasaran Jepun dalam satu bengkel khas yang akan diadakan pada pagi esok.

''Beliau adalah contoh kejayaan seorang usahawan kecil yang menggunakan Internet untuk melonjakkan perniagaannya. Beliau berjaya membawa satu perusahaan yang dilakukan secara tradisional ke tahap baru," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan