Ahad, 26 Februari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Golongan muda mampu bantu BN

Posted:

Golongan muda mampu bantu BN

Golongan muda mampu bantu BN

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Awang Adek Hussin (tengah) pada Majlis Mesra Rakyat bersama skuad belia bermotosikal di Pantai Irama, Bachok, semalam.


BACHOK 25 Feb. - UMNO Bahagian Bachok yakin sokongan padu golongan muda mampu membantu parti itu dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketuanya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, jika BN berjaya merampas kembali DUN Perupok, Jelawat dan Tawang, ia akan membolehkan lebih banyak kemajuan dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk setempat.

Menurutnya, golongan muda terutama pengundi baharu sedar bahawa kebajikan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan Pas yang turut gagal membangunkan prasarana seperti sukan, pusat komuniti di kawasan terbabit.

"Golongan muda sejak dahulu hingga sekarang meletakkan harapan mereka terhadap kepimpinan UMNO. Walaupun gagal mendapat mandat rakyat, UMNO sentiasa menyalurkan perkhidmatan secara berterusan," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Mesra Rakyat bersama skuad belia bermotosikal jajahan Bachok di Pantai Irama dekat sini hari ini.

Awang Adek berkata, UMNO Bahagian akan terus bersama golongan muda termasuk membantu penganjuran liga bola sepak setempat dalam usaha mencungkil bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Pembelaan terhadap pembangunan belia diteruskan dengan pelbagai pendekatan hasil kerjasama UMNO bahagian dan Pejabat Belia dan Sukan yang merancang dan melaksanakan program secara berterusan.

"Kita turut bangga dengan kejayaan anak-anak muda di daerah ini yang mengharumkan nama Bachok dalam arena bola sepak Kelantan dan juga futsal di peringkat Zon Timur dan kebangsaan," katanya.

KIST kembangkan sayap, graduan penuhi pasaran kerja

Posted:

KIST kembangkan sayap, graduan penuhi pasaran kerja

KIST kembangkan sayap, graduan penuhi pasaran kerja

KOTA BHARU 25 Feb. - Selepas tujuh tahun beroperasi sebagai pusat pengajian sains kesihatan terbesar di Pantai Timur, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) bakal memasuki era baru apabila mengembangkan sayapnya sebagai Kolej Universiti Islam Sains dan Teknologi (UniKIST).

Penubuhan UniKIST yang bakal beroperasi April ini, adalah lambang kepercayaan dan keyakinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada kejayaan KIST selama ini seperti dinyatakan menerusi surat pelawaan kepada pengurusan kolej pada 19 Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KIST, Taib A. Rahim berkata, kumpulan pelajar perintis akan memulakan pengajian peringkat sarjana muda sains sosial di Kampus Kota UniKIST Wisma Abrar, Jalan Kebun Sultan dekat sini.

"UniKIST juga bakal menawarkan pengajian pasca diploma dan ijazah termasuk peringkat sarjana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Taib berkata, sejak penubuhannya hingga kini, KIST sudah melahirkan kira-kira 2,000 tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang dan berbekalkan keputusan cemerlang, pelajar terbabit tidak berdepan masalah bagi mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian masing-masing.

"Pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terhadap bidang pengajian yang ditawarkan, membolehkan lulusan KIST menyertai perkhidmatan awam di jabatan kerajaan atau sektor swasta tanpa sebarang masalah," katanya.

Sementara itu, beberapa bekas penuntut KIST yang ditemui mengakui tidak berdepan masalah untuk mendapatkan pekerjaan sejurus sahaja tamat pengajian.

Seorang bekas penuntut KIST, Azizan Azizi, 22, yang mengambil jurusan kejururawatan di kolej berkenaan memberitahu, dia telah mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam bidang berkenaan.

"Saya menamatkan pengajian September lalu, tiga bulan selepas itu saya telah mendapat pekerjaan. Ini membuktikan pelajar KIST mampu bersaing dengan penuntut kolej lain. Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan, hampir 80 peratus mereka telah mendapat peluang pekerjaan," katanya.

Pandangan Azizan disokong oleh seorang lagi bekas penuntut KIST, Syacerelyne Suan Yun Chin, 22, yang kini berkhidmat dengan Institut Jantung Negara (IJN).

"Saya dapat tawaran kerja sebelum tamat pengajian. Ini menunjukkan pelajar KIST mempunyai kualiti dan mampu bersaing dengan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negara ini.

"Selain itu, subjek yang diajar mengikut spesifikasi dan kehendak serta keperluan pasaran pekerjaan," ujarnya.

Hotel Permai bantu hangatkan Le Tour de Langkawi

Posted:

Hotel Permai bantu hangatkan Le Tour de Langkawi

Hotel Permai bantu hangatkan Le Tour de Langkawi

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Bahang kehangatan kejohanan lumba basikal terbesar Asia, Le Tour de Langkawi yang bermula kelmarin turut dirasai sebahagian besar penduduk di negeri ini.

Tambah menyemarakkan kejohanan yang disokong penuh oleh kerajaan negeri itu, acara penamatnya akan diadakan di bandar raya ini buat julung kalinya pada 4 Mac depan.

Justeru, Hotel Permai yang menjadi lokasi penginapan peserta dan krew kejohanan itu di sini mengambil inisiatif mempromosikan hidangan 'Special Buffet Supper' sepanjang 10 hari kejohanan itu berlangsung.

Pengurus Besar hotel itu, Azman Ali berkata, uniknya hidangan yang terdiri daripada pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa itu ialah ia dilabel mengikut nama pasukan yang bertanding seperti Kambing Panggang Astana, Sotong Bermadu TSG dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan