Sabtu, 25 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


ASC 2012: Malaysia raih empat pingat emas

Posted:

ASC 2012: Malaysia raih empat pingat emas

ASC 2012: Malaysia raih empat pingat emas

25/02/2012 10:27pm

LANGKAWI – Malaysia merangkul empat pingat emas pada Kejohanan Pelayaran Asia (ASC) 2012 edisi ke-15 yang berakhir di sini hari ini.

Pingat emas itu diraih menerusi Ahmad Latif Khan bagi acara Laser 4.7, Nor Amirah Hamid acara Laser Radial, gandingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizudin Mazelan dalam acara International 470, manakala Jeremy Khoo acara Match Racing.

Sementara itu, pelayar pelapis negara, Ahmad Latif Khan bagi acara Laser 4.7 terbuka menjuarai acara itu dengan memungut 24 mata dari 12 perlumbaan, manakala rakannya Mohd Farhan Hamid tempat kedua dengan 35 mata dan tempat ketiga pelayar dari Indonesia Allison Maher dengan 39 mata.

Bagi acara Laser Radial, Nur Amirah Hamid mengungguli acara dengan memungut 26 mata diikuti tempat kedua pelayar Hong Kong Nagisa Sakai dengan 34 mata, manakala Khairuneeta Mohd Afendy dari Malaysia hanya menduduki tempat ketiga dengan 37 mata.

Acara International 470, gadingan Ku Anas Ku Zamil dan Mohd Hafizudin Mazelan berada di hadapan dengan 27 mata dan tempat kedua rakan senegara mereka Razman Mat Ali dan Mohd Solehudin Ismail dengan 32 mata, manakala ketiga pelayar gandingan China Wang Wedong dan Deng Daokun dengan 32 mata.

Malaysia turut memenangi acara Match Racing yang menggunakan bot Pelatun lima sepasukan diketuai Jeremy Khoo, manakala tempat kedua pelayar dari India yang ketuai Mahesh Ramachandran dan ketiga pelayar dari Singapura Maximilian Soh Khyan.

Kejohanan itu disertai 276 pelayar dari 16 negara. – BERNAMA

Ribut: 191 rumah dan gerai makan rosak

Posted:

Ribut: 191 rumah dan gerai makan rosak

Ribut: 191 rumah dan gerai makan rosak

25/02/2012 10:24pm

SUNGAI PETANI – Sebanyak 191 rumah dan gerai makan di kawasan Pinang Tunggal dekat sini yang membabitkan lebih 10 kampung serta taman perumahan mengalami kerosakan dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 4.30 petang itu berlaku ketika hujan lebat dan dianggarkan 764 ahli keluarga terlibat.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Muhamad Md Nor ketika dihubungi berkata, sehingga kini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 191 premis mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung dan nilai kerugian dianggar RM100,000.

"Bilangan premis yang rosak ini termasuk rumah kampung, rumah taman, kandang lembu, kandang kambing, bengkel besi dan gerai makanan. Kami masih menjalankan siasatan dan kerja-kerja membanci," katanya.

Muhamad berkata, kawasan yang banyak mengalami kerosakan ialah di Kampung Permatang Berangan yang melibatkan kira-kira 130 buah rumah.

Beliau berkata, setelah selesai menjalankan siasatan dan kerja bancian keseluruhan, pihaknya akan mengajukan hal itu kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri untuk tindakan susulan. – BERNAMA

Mekanik Thailand maut terkena tembakan

Posted:

Mekanik Thailand maut terkena tembakan

Mekanik Thailand maut terkena tembakan

25/02/2012 10:20pm

KOTA BHARU – Seorang mekanik yang berasal dari Thailand maut terkena tembakan ketika sedang menangkap ikan di Sungai Lubok Stol dekat Sungai Golok di Rantau Panjang, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, Azhar Daud, 40, maut selepas terkena tembakan di rusuk kanannya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Azhar dan dua rakannya menangkap ikan di Pengkalan Air Hasan di sungai itu sebelum mereka mendengar lima das tembakan.

Siasatan awal polis mendapati tembakan dilepaskan dari arah semak tebing sungai sebelah Thailand, katanya melalui khidmat SMS kepada Bernama di sini.

"Mangsa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dan disahkan telah meninggal dunia.

"Siasatan juga mendapati mangsa telah lama menetap dan bekerja sebagai mekanik di Lubok Stol dan dipercayai mempunyai dua kerakyatan. Keluarga mangsa masih tinggal di selatan Thailand," katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan