Selasa, 28 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Remaja dibakar tiada kaitan along: Polis

Posted: 28 Feb 2012 03:24 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Polis menafikan Muhammad Syahirudin Mohd Shauki yang melecur akibat dibakar di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi Gedangsa, Hulu Selangor semalam mempunyai kaitan dengan peminjam wang haram along.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Norel Azmi Yahya Afendy, berkata polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Siasatan kita tidak menjurus ke arah kegiatan mangsa meminjam wang daripada ceti haram itu, sebaliknya kita memfokuskan aspek lain. "Polis kini sedang mengesan rakan-rakan mangsa yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini bagi membantu siasatan kes," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Muhammad Syahirudin dibakar dan mengalami kelecuran 80 peratus anggota badan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan peminjaman wang haram.

Katanya, mangsa yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh, kini dilaporkan stabil, namun tidak boleh berkomunikasi untuk memberi maklumat kepada polis. - BERNAMA

Keputusan Le Tour de Langkawi 2012

Posted: 28 Feb 2012 03:22 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Berikut keputusan peringkat lima kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 yang berlangsung di sini hari ini: Peringkat 5 - Ayer Keroh-Pandan Indah (190km) --------------------------------------------- 10 Pelumba Terbaik:
------------------
1. Jose Serpa (COL) Androni Giocattoli 4 jam 32 minit 17 saat
2. Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 4:32:17s
3. Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 4:32:28s
4. Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System 4:32:28s
5. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 4:32:28s 6. Victor Nino Corridor (COL) Azad University Cross Team 4:32:28s
7. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team 4:32:28s
8. Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 4:32:41s
9. Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 4:32:41s
10. Taiji Nishitani (JPN) Aisan Racing Team 4:32:41s
.
.
.
13. Muhamad Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 4:32:41s
15. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team 4:32:41s
19. Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team 4:32:41s
60. Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team 4:32:41s
62. Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team 4:33:48s
72. Mohd Rauf Nur Misbah (MAS) Malaysia National Team 4:33:48s
78. Ahmad Falanie Ali (MAS) Malaysia National Team 4:35:37s
80. Suhardi Hassan (MAS) Malaysia National Team 4:35:37s
82. Ng Yong Li (MAS) Azad University Cross Team 4:37:02s
92. Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 4:43:33s
94. Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 4:43:33s
114. Loh Sea Keong (MAS) OCBC Singapore 4:43:33s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning):
-----------------------------------------------
1. Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 17:00:36s
2. Tom Danielson (USA) Garmin Barracuda 17:01:13s
3. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 17:01:22s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):
---------------------------------------
1. Alexandre Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team 17:01:22s
2. Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team @07s
3. Ghader Mizbani (IRI) Tabriz Petrochemical Team @31s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):
---------------------------------------
1. Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 45 mata
2. Jacobe Keough (USA) United Healthcare - 41 mata
3. Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team - 36 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):
--------------------------------------------
1. Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia - 18 mata
2. Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System - 14 mata
3. James Williamson (NZL) New Zealand National Team - 10 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:
---------------------------
1. Androni Giocattoli 51:05:04s
2. Astana Pro Team @21s
3. Tabriz Petrochemical Team @53s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:
--------------------------------
1. Astana Pro Team 51:05:25s
2. Tabriz Petrochemical Team @ 0:32s
3. Aisan Racing Team @ 04:34s
-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan