Rabu, 29 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Penduduk mahu tradisi Tg. Tokong dipelihara

Posted:

Penduduk mahu tradisi Tg. Tokong dipelihara

Penduduk mahu tradisi Tg. Tokong dipelihara

29/02/2012 7:51pm

GEORGETOWN - Penduduk kampung Tanjung Tokong di sini mahukan elemen tradisi dikekalkan di bawah pelan pembangunan kampung itu supaya masyarakat Melayu berusia lebih 100 tahun di situ tidak hilang ditelan arus permodenan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, Salleh Yahaya berkata, Uda Holdings, syarikat korporat yang membangunkan kampung itu perlu menghormati keputusan kerajaan negeri yang telah mengisytiharkan kawasan Tanjung Tokong sebagai kampung warisan.

"Sesudah pengumuman dibuat, pembangunan yang dilaksanakan haruslah bercorak warisan termasuk mengekalkan madrasah Al-Taqwa, warisan Persekutuan Setia Tanjung Tokong dan memelihara rumah-rumah yang masih punya seni bina tradisional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Salleh berkata, warisan yang dimaksudkan tidak semestinya seperti muzium atau galeri tetapi sebuah perkampungan dengan masyarakatnya yang aktif.

Beliau berkata, dasar pembangunan yang rakus menerusi pemilikan tanah hanya memihak kepada syarikat korporat yang membolehkan pihak swasta menjalankan projek mencari keuntungan tanpa menghiraukan warisan yang telah sedia wujud di situ. - BERNAMA

Pemandu lori hadapi 16 tuduhan tipu

Posted:

Pemandu lori hadapi 16 tuduhan tipu

Pemandu lori hadapi 16 tuduhan tipu

29/02/2012 7:47pm

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 16 tuduhan menipu dengan mengemukakan resit palsu kepada majikannya membabitkan nilai keseluruhan RM18,536.60, dua tahun lepas.

Chan Ban Hoo, 41, didakwa mengemukakan 16 resit palsu berjumlah RM18,536.60 dengan tujuan untuk menipu syarikat pembekal ayam dan itik, Sang Lee Trading, di Taman Sri Serdang dekat sini, antara 30 Julai dan 3 September 2010.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd. Fadhir Harun membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 2 April ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan Chan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abdul Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Pegawai latihan vokasional didakwa terima rasuah

Posted:

Pegawai latihan vokasional didakwa terima rasuah

Pegawai latihan vokasional didakwa terima rasuah

29/02/2012 7:42pm

SHAH ALAM - Seorang pegawai latihan vokasional dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM3,370 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal aksesori komputer pada April tahun lepas.

Muhamad Hanusi Hasim, 34, dari Tronoh, Perak, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M. Bakri Abdul Majid.

Tertuduh yang bertugas di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) didakwa memperoleh suapan itu daripada Mohamad Syafik Mahali, 34, sebagai dorongan agar tertuduh tidak membatalkan barang tambahan dan penukaran barang syarikat Global Frequencies Media milik Mohamad Syafik bagi kerja membekalkan Bahan Guna Habis Untuk Unit Infra (aksesori komputer).

Muhamad Hanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks PKNS di sini pada pukul 3.26 petang, 28 April 2011. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan