Khamis, 23 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


RapidKL mohon maaf atas kesulitan trafik

Posted:

RapidKL mohon maaf atas kesulitan trafik

RapidKL mohon maaf atas kesulitan trafik

23/02/2012 8:18pm

KUALA LUMPUR - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) memohon maaf kepada orang ramai atas kesulitan trafik di Jalan Sultan Ismail berikutan kerja-kerja menaik taraf Stesen Monorel Bukit Nanas yang bermula hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana berkata, pengaturan atau pengumuman keselamatan lalu lintas dan orang ramai termasuk pemberi isyarat, notis dan papan tanda, ditempatkan bagi melancarkan aliran trafik selain memastikan keselamatan awam.

Sejak September tahun lepas, tujuh daripada stesen monorel RapidKL iaitu Medan Tuanku, Imbi, Raja Chulan, Tun Sambanthan, Maharajalela, KL Sentral dan Titiwangsa telah memulakan kerja menaik taraf.

"Kerja menaik taraf sedang berjalan di stesen berkenaan secara berperingkat bagi menampung peningkatan jumlah penumpang serta tren empat gerabak baru menerusi Projek Peluasan Rangkaian Monorel KL, bagi keselesaan pengguna," katanya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-22679898 atau e-mel ke suggest@rapidkl.com.my. - BERNAMA

Tak salah simpan data individu dalam komputer

Posted:

Tak salah simpan data individu dalam komputer

Tak salah simpan data individu dalam komputer

23/02/2012 7:39pm

KUALA LUMPUR - Seorang saksi yang membuat kajian terhadap Credit Tip Off Sdn. Bhd. (CTOS) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa menyimpan data individu dalam komputer bukan merupakan satu kesalahan.

Zarina Jaafar, 41, berkata Akta Jenayah Komputer 1997 tidak menyebut, bahawa menyimpan data peribadi individu menjadi satu kesalahan.

"Dalam Akta ini (Akta Jenayah Komputer) tidak ada kata begitu (suatu kesalahan)," kata Zarina semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ashok Kandiah yang mewakili CTOS.

Oleh itu, beliau bersetuju dengan cadangan Ashok bahawa cadangannya (Zarina) sebelum ini bahawa CTOS telah melakukan kesalahan di bawah Akta Jenayah Komputer itu kerana menyimpan data peribadi individu adalah tidak tepat.

Ketika ditanya Ashok: "Setuju atau tidak dengan cadangan saya bahawa cadangan kamu sebelum ini bahawa CTOS telah melakukan kesalahan mengikut Akta Jenayah Komputer kerana menyimpan data individu adalah tidak tepat?"

"Ya, setuju, tidak tepat," kata Zarina yang merupakan saksi pembelaan kelima dalam perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan oleh CTOS terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri M. Kayveas. - BERNAMA

Penjawat awam dakwa polis enggan terima aduan

Posted:

Penjawat awam dakwa polis enggan terima aduan

Penjawat awam dakwa polis enggan terima aduan

23/02/2012 7:35pm

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam mendakwa seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor enggan menerima laporan yang hendak dibuatnya berhubung satu cubaan untuk melakukan penipuan oleh sindiket.

Mangsa berusia 28 tahun yang enggan namanya disiarkan mendakwa, beliau ingin membuat laporan polis pada kira-kira pukul 5.30 petang semalam, namun anggota berkenaan enggan menerima laporannya dengan alasan mangsa belum mengalami kerugian.

"Selain itu beliau juga memberi alasan bahawa ramai lagi yang telah ditipu berhubung kes berkenaan dan itu adalah perkara biasa," dakwanya kepada Bernama ketika ditemui.

Semalam mangsa dihubungi seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah seorang Inspektor dari Bukit Aman yang bernama Kamarul Hisham yang mengatakan mangsa adalah salah seorang anggota sindiket yang ditumpaskan tahun lepas.

"'Inspektor' tersebut berkata begitu berikutan rampasan 200 buah buku bank pada sindiket tersebut dan salah satunya dikatakan kepunyaan saya.

"Selepas itu 'inspektor' tersebut meminta nombor akaun bank saya dengan alasan untuk membersihkan nama saya dari disenarai hitamkan dan (saya) terus (ke IPD Shah Alam untuk) membuat laporan polis kerana curiga dengan dakwaan 'inspektor' tersebut," dakwa mangsa. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan