Isnin, 27 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


BR1M tiada kaitan pilihan raya

Posted:

BR1M tiada kaitan pilihan raya

BR1M tiada kaitan pilihan raya

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

BENTONG 27 Feb. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) tiada kaitan dengan pilihan raya, sebaliknya ia membuktikan kerajaan menunaikan tanggungjawab dalam membela nasib rakyat yang kurang berkemampuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berbohong kepada rakyat dan akan menunaikan setiap janji yang dibuat dalam pembentangan Bajet 2012.

Menurutnya, walaupun bantuan itu kecil iaitu sekadar RM500 sahaja tetapi pemberian itu membuktikan kerajaan telus, jujur dan tidak menabur janji palsu semata-mata untuk menyedapkan hati rakyat.

"Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Pelbagai transformasi ekonomi dan pentadbiran yang dilakukan Perdana Menteri terbukti membuahkan hasil dengan kejayaan yang cukup memberangsang," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian BR1M kepada peneroka Felda Kemasul dan Sungai Kemahal dekat sini semalam.

Menurutnya, keberanian Perdana Menteri melakukan transformasi itu memberi impak besar kepada rakyat dan ekonomi negara.

"Angin perubahan politik serta sokongan rakyat kini yang memihak kepada kerajaan membimbangkan pembangkang sehingga memaksa mereka membuat pelbagai fitnah kononnya kerajaan menipu rakyat," katanya.

Adnan turut mengingatkan peneroka supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan dan janji pembangkang yang cuba menghasut mereka menafikan sokongan kepada kerajaan.

Pusat sukan bermotor bakal dibina di Rompin

Posted:

Pusat sukan bermotor bakal dibina di Rompin

Pusat sukan bermotor bakal dibina di Rompin


Jamaluddin Jarjis (belakang, tengah) bersama ahli jawatankuasa Rompin Drag Racing 2012 dan sukarelawan di Rompin, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/RUSHDI SALLEH


ROMPIN 27 Feb. - Sebuah pusat sukan bermotor akan dibina di sini selepas acara tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia di seluruh daerah ini.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, sebidang tanah seluas kira-kira 20 ekar akan digunakan bagi membina pusat tersebut di sini.

"Bagaimanapun saya akan bawa perkara ini ke Pejabat Tanah Rompin dan berusaha mendapatkan sokongan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk mendapatkan tanah bagi tujuan ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Rompin Drag Challenge di sini semalam.

Beliau akan meminta peruntukkan untuk membuat pusat tersebut daripada Kerajaan Persekutuan.

"Saya akan berbincang perkara ini dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenainya. Malah saya akan berbincang dengan beliau untuk membina sebuah pusat permotoran di setiap daerah di negeri ini," katanya.

Katanya, perkara itu menjadi saranan Perdana Menteri supaya pemimpin mendekati golongan muda dalam apa cara sekalipun acara yang berfaedah untuk mereka.

Dalam pada itu, katanya, program Rompin Drag Challenge yang merupakan acara tahunan di daerah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan muda.

"Malah, sambutan bukan sahaja belia dari Rompin tetapi juga dari kawasan berhampiran seperti Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur yang turut menyertai pertandingan itu," katanya.

Konvensyen Ekonomi rangsang pelaburan Pahang

Posted:

Konvensyen Ekonomi rangsang pelaburan Pahang

Konvensyen Ekonomi rangsang pelaburan Pahang

KUANTAN 27 Feb. - Kerajaan negeri akan menganjurkan Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang selama dua hari bermula Rabu ini yang bertujuan memberi penerangan mengenai perancangan dan pembangunan ekonomi negeri selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, objektif penganjuran konvensyen oleh kerajaan negeri menerusi Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang itu juga bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada pelabur berhubung pembangunan ekonomi negeri.

Menurutnya, konvensyen yang diadakan di Hotel Zenith di sini diharap dapat menarik minat pelabur luar untuk mencari peluang pelaburan dalam sektor yang berdaya maju selain untuk menilai dan mencari langkah terbaik bagi menjana prestasi ekonomi.

"Dijangkakan seramai 1,000 peserta terdiri daripada wakil-wakil sektor industri, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), ahli politik, ahli dewan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghadiri konvensyen tersebut.

"Konvensyen yang akan bermula pukul 9 pagi itu akan dimulakan dengan ucaptama oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bertemakan Pahang Menjana Transformasi," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Mahadiah Mohamad yang juga Ketua Urus Setia konvensyen di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tambahnya, sebanyak lima sesi akan diadakan sepanjang konvensyen termasuk sesi perkongsian idea oleh penceramah jemputan, perbincangan untuk sembilan sektor utama, sesi pleno serta sesi penggulungan.

"Antara sektor utama yang akan dibincangkan pada sesi perbincangan meja bulat adalah pembuatan, pertanian, pelancongan, infrastruktur dan perumahan, pembangunan luar bandar dan seni kreatif," jelasnya.

Muhammad Safian berkata, bagi sesi perkongsian, antara topik yang akan dibincangkan adalah 'Senario Politik dan Sosioekonomi Dunia' oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

"Turut terlibat dalam sesi perkongsian ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John yang akan membincangkan peluang dan insentif pelaburan di Pahang dan Pengarah Urusan Malaysian Solar Resources Sdn. Bhd., A.H Ong yang akan berkongsi rahsia kejayaannya dalam perniagaan.

"Pada hari terakhir konvensyen, diadakan sesi penggulungan sektor utama yang akan dibentangkan oleh moderator utama, Datuk Seri Aziz Abdul Rahman dan ahli panel serta ucapan penggulungan oleh Menteri Besar Pahang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan