Isnin, 27 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Nahas: Anggota tentera maut, rakan koma

Posted:

Nahas: Anggota tentera maut, rakan koma

Nahas: Anggota tentera maut, rakan koma

27/02/2012 9:19pm

MELAKA – Seorang anggota tentera maut, manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta dipandu anggota polis di Jalan Klebang Besar di sini awal pagi tadi.

Mohd Azhar As yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan, manakala rakannya, Zulhilmi Faiz yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Kuantan, Pahang cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan koma.

Dalam kejadian 2.25 pagi itu, kedua-dua mereka yang berusia 26 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengunjungi Karnival Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.

Setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi Mohd Azhar dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan kereta Proton Wira dipandu seorang anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala Zulhilmi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. – BERNAMA

UMT jalan kajian bersama universiti AS

Posted:

UMT jalan kajian bersama universiti AS

UMT jalan kajian bersama universiti AS

27/02/2012 9:17pm

KUALA TERENGGANU – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengadakan kerjasama dengan Universiti East Carolina, Amerika Syarikat bagi menjalankan kajian bersama geografi di Laut Bintulu bermula Julai ini.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata, kajian itu akan dijalankan dengan menggunakan kapal penyelidik R.V. Discovery milik UMT yang melibatkan peruntukan awal kira-kira RM200,000.

"Kajian ini melibatkan beberapa ahli sains dari Universiti East Carolina dan UMT adalah untuk mengkaji cuaca lampau sehingga 20,000 tahun kebelakang dengan mengambil teras-teras mendapan di Laut Bintulu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT di sini hari ini.

Aziz berkata, kajian tersebut juga untuk mengetahui perubahan monsun masa lampau dan masa depan berkaitan dengan cuaca di kawasan Laut China Selatan.

Selain itu katanya, UMT akan melakar sejarah menjadi universiti tempatan yang pertama mempunyai peralatan alat penerima data satelit bagi mengesan maklumat di dasar Laut China Selatan khususnya untuk Osionografi. – BERNAMA

Bunuh bekas isteri: Warga emas dihukum gantung

Posted:

Bunuh bekas isteri: Warga emas dihukum gantung

Bunuh bekas isteri: Warga emas dihukum gantung

27/02/2012 8:15pm

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh bekas isterinya pada Mac tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan Mesnayo Longdi, 69, membunuh Demeh Tinak, 44, kerana cemburu.

"Sepatutnya tertuduh tiada hak untuk mempunyai perasaan cemburu ke atas mangsa kerana sudah berpisah dengan mangsa.

"Mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas pertuduhan kes itu, dan dengan ini, mahkamah mendapati kamu bersalah," katanya.

Mesnayo, yang merupakan warga Indonesia, tetapi sudah memperoleh taraf penduduk tetap, kelihatan tergamam apabila Abdul Halim menjatuhkan hukuman itu terhadapnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah sewa mangsa di Jalan Seniman 2, Kampung Seri Serdang, Batu 6, Tampoi pada 2.40 petang, 16 Mac tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan