Isnin, 27 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


EXCO tak kisah digugur

Posted: 26 Feb 2012 11:23 AM PST

MukaDepan

Phahrolrazi Zawawi(kiri) dan Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi Zawawi(kiri) dan Dr Ismail Salleh.

MB Kedah dijangka umum barisan baru tanpa Phahrolrazi, Dr Ismail

ALOR SETAR: Datuk Phahrolrazi Zawawi yang digugurkan daripada senarai EXCO Kedah yang akan mengangkat sumpah jawatan esok tidak mempedulikan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berbuat demikian.

EXCO paling kanan negeri Kedah itu juga menegaskan tindakan Azizan itu tidak menghairankannya kerana beliau sudah menyatakan hasrat tidak mahu bekerja di bawah pentadbiran Azizan melalui surat yang diserahkannya kepada Menteri Besar dua minggu lalu.

Saya tidak kecewa kerana tiada apa yang perlu dikecewakan. EXCO hanya jawatan. Sebagai ahli PAS, perjuangan saya bukan kerana jawatan. - Datuk Phahrolrazi Zawawi

"Saya tidak kecewa kerana tiada apa yang perlu dikecewakan. EXCO hanya jawatan. Sebagai ahli PAS, perjuangan saya bukan kerana jawatan," katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah itu juga berkata, beliau tidak pasti sama ada akan berjumpa Azizan untuk menarik balik surat berkenaan bagi membolehkan Azizan mempertimbangkan semula penggugurannya itu.

"Saya masih ada masa untuk pertimbangkan perkara itu (bertemu Azizan untuk menarik balik surat). Namun, buat masa ini tidak ada apa-apa perkembangan atau ketetapan yang boleh saya kongsi. Kita lihat sajalah nanti," katanya yang sudah mengosongkan pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini sejak minggu lalu.

Difahamkan, ADUN Pengkalan Kundor itu menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di Kuala Lumpur semalam. Namun, tidak dapat dipastikan tujuan berbuat demikian.
Sementara itu, Azizan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), cuba mengelak apabila diminta pengesahan pengguguran Phahrolrazi dan seorang lagi EXCO, Datuk Dr Ismail Salleh yang turut menghantar surat keengganan dilantik semula.

"Bagi saya, perkataan gugur tak dak (tiada)... yang ada hanya luruh," katanya sambil menambah nama 10 EXCO berkenaan sudah diserahkan kepada Sultan Kedah dan diperkenankan.

Bagaimanapun, katanya, ada masalah teknikal dari aspek undang-undang kerana 10 EXCO sedia ada secara hakikatnya masih sah memegang jawatan hingga 7 Mac ini.

Mengenai mengapa hanya lapan EXCO mengangkat sumpah esok, beliau memberi alasan, jika 10 EXCO mengangkat sumpah, ia dibimbangi mengambil masa lama sedangkan kerajaan negeri sibuk dengan sambutan hari keputeraan Sultan Kedah.

Ketika ditanya jika ada lapan muka lama dan dua muka baru menolak tawaran pelantikan, beliau berkata:

"Tak apalah, kita tawarkan kepada yang tak tolak. Ramai yang berminat dengan jawatan itu."

Selain dua yang menghantar surat itu, lima EXCO sedia ada dari PAS adalah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Belia dan Sukan), Datuk Abdul Ghani Ahmad (Penerangan dan Pembangunan Usahawan), Datuk Siti Aishah Ghazali (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan) dan Datuk Mohamed Taulan Rasul (Agama dan Pelajaran).

Tiga EXCO lain ialah S Manikumar (Jawatankuasa Pelancongan), Lim Soo Nee (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Tan Chow Kang (Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina).

Sumber memberitahu Berita Harian, nama Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh memang tiada dalam senarai 10 EXCO yang dikemukakan Azizan kepada Sultan Kedah baru-baru ini dan hanya lapan akan mengangkat sumpah esok.

Namun, menurut sumber dua yang digugurkan itu berpeluang dilantik semula jika mereka 'insaf dan bertaubat' serta menarik balik surat diserahkan kepada Azizan sebelum ini dalam tempoh semalam hingga 7 Mac ini.

Sumber berkata, jika enggan menarik balik surat itu, mereka secara automatik tidak lagi diberikan peluang dilantik semula, sekali gus menyebabkan dua muka baru berpeluang memegang jawatan itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd. khan sidil

Keluhuran dan niat hati seorang dalam menjalankan amanah bergantung pada diri masing masing

sharizan

isi je muka baru..tak payah nak layan sgt org yg banyak CEKADAK nie!!!

khariri

menzahirkan bahawa tidak semua ulama boleh menjadi umarak.


Surat Dr M isu Israel akan didedah

Posted: 26 Feb 2012 11:07 AM PST

MukaDepan

SEKINCHAN: Kerajaan akan mendedahkan kandungan surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Israel pada minggu ini bagi membolehkan rakyat memahami tujuan sebenar beliau menghantar surat berkenaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Uhud Barak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pendedahan itu dapat menghentikan pertikaian dan polemik yang dibangkitkan pembangkang kerana khuatir kemarahan rakyat terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel, baru-baru ini.

"Saya sudah meminta surat diutuskan Dr Mahathir kepada Uhud Barak disemak oleh Wisma Putra dan mendapati ia boleh didedahkan kepada pengetahuan umum. "Jadi, pada awal minggu depan kita membenarkan surat itu disiarkan secara terbuka supaya rakyat memahami tujuan Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan untung nasib rakyat Palestin yang menuntut negara berdaulat.

"Surat itu menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian timur tengah yang ketika itu giat diusahakan. Kandungan surat itu menepati dasar kerajaan dahulu dan pendirian kita hari ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan 18 bilik darjah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Kuan, di sini semalam.

Pembangkang sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir pernah menghantar sepucuk surat kepada Israel ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk melindungi kenyataan Anwar dalam akhbar Wall Street Jorunal (WSJ) yang mempertahankan usaha melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir dalam kenyataan balasnya mengakui menghantar surat itu, namun ia bertujuan menjelaskan pendirian Malaysia yang menolak sebarang hubungan dengan Israel selagi regim itu tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin. Ia dihantar sebagai balasan kepada surat Ehud Barak yang mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.
Di SAMARAHAN, Dr Mahathir menyifatkan keputusan kerajaan mendedahkan kandungan surat itu adalah langkah tepat untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Katanya, beliau pernah cuba menyiarkan kandungan surat itu dalam buku tulisannya sebelum ini, namun ketika itu kerajaan menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.

"Masa buku saya diterbitkan dulu, saya memang nak masuk semua itu (kandungan surat), tetapi masa itu kerajaan tak benarkan. Terima kasih kerana sekarang kerajaan sudah bersedia untuk mendedahkannya," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Konvensyen Kebangsaan Patriotisme dan Politik: Hala Tuju Sebenar, di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Dr Mahathir juga berkata, kandungan surat itu memang perlu didedahkan kerana beliau menerima pelbagai tuduhan termasuk ada yang mendakwa dalam surat itu beliau mengucapkan tahniah kepada Ehud Barak.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

tuah

ada juga yang menyokong isreal dalam ruang ini...

tahniah tun mahathir..........

ROY

KALU BENAR, DEDAH BILA2 PUN BENAR JGK,TAPI KALU DH BUTA PERUT HATI DH HITAM BAGI APE SEGALA BUKTI KEBENARAN PUN TETAP BUTA JGK. KESIAN KO NI AWAT BUTA PERUT SGT ...........

Mohd. Efendi Bin Mat Daud.

Jalankan kembali kempen boikot barangan Israel, kerana kuasa pembeli bisa menjatuhkan ekonomi sesebuah negara.

* tuduhan pembekal malaysia menjual minyak sawit kenegara Israel adalah fitnah semata-mata.

BANGUNAN WISMA PANTAI
KAMPUNG GAJAH
BUTTERWORTH
PULAU PINANG.

mohd. khan sidil

Janganlah kita asyik menyalahkan orang lain sedangkan perbuatan kita semua orang sudah tahu.Janganlah cuba menegakkan benang yang basah.

sharizan

biasalah Parti Kian Rapuh kan semakin menggelabah sebab keceluparan kata Anwar yang menyokong Israel. Mulalah nak cari jalan pusing balik dan tak pasal-pasal Tun Dr. Mahathir pula jadi sasaran. Semoga dengan pendedahan surat berkenaan akan membuatkan rakyat Malaysia tahu siapa sebenar Anwar Ibrahim=(lidah biawak)..

aca

apo le kau ni bangap roslan lan, dulu DR. M dah cakap kerajaan tak bagi, lagi pun masa tu pemimpin pujaan kau tu belum buat statement gila..

fahmi

en roslan :: nape anda perlu komen tanpa melihat dahulu surat nya ? di mana keadalian anda ?

jika anwar terang2 buat kenyataan menyokong dasar keselamatan israel anda komen pe lak ye ?

Izan

pertamanya...urusan kerajaan,mmg tak perlulah dikongsi semua...tapi bila dah jadi begini,tak salah berbuat demikian...bertindak ikut situasi adalah lebih afdal dari melulu-lulu,ikut perassan..gan asyik buruk prasangka...

belia negara

Dalam membuat keputusan..jgnnlah terburu buru..telajak perahu boleh diundur..terlajak kata boleh pesong akidah..

roslan lan

sudahlah, orang dah tahu semuanya...napa tak di dedah waktu dulu...hairan-hairan..

BERANI KERANA BENAR...... TAHNIAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan