Ahad, 26 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pemimpin PKR, pasangan beri keterangan di JAIP esok

Posted: 26 Feb 2012 02:29 AM PST

Mutakhir

KUANTAN: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil semula ke pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan khalwat terhadapnya dengan seorang wanita yang sudah bersuami di sebuah hotel di sini semalam.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz, berkata pemimpin itu

bersama wanita berkenaan perlu tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes tersebut. Beliau berkata, ia adalah satu prosedur biasa dalam kes seperti itu.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

"kertas hasil siasatan tersebut akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya di sini, hari ini.

Kejadian khalwat itu dikatakan berlaku pada kira-kira jam 3 pagi semalam di bilik sebuah hotel di Balok di sini. - BERNAMA

18 rumah hanyut banjir kilat di Aceh

Posted: 26 Feb 2012 02:23 AM PST

Mutakhir

JAKARTA: Hujan lebat yang turun di daerah kecil Tangse, dalam daerah Pidie, Aceh petang Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan penempatan dilanda banjir kilat, hingga menyebabkan seorang penduduk dilapor hilang dan 18 rumah dihanyut arus air.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia dalam satu kenyataan, berkata penduduk yang hilang dikenalpasti sebagai Tengku Idris, 55, manakala kampung yang terkena banjir kilat itu ialah Desa Kebun Nilam, Desa Blang Maloe dan Desa Pulo Mesjid.

Data yang dikeluarkan BNPB menyebut buah rumah hilang di Desa Kebun Nilam manakala di Desa Blang Maloe, empat rumah hilang dan sebuah rumah rosak teruk.
BNPB peringkat daerah dan provinsi serta semua agensi bantuan yang berkaitan
telah berada di kawasan bencana sejak semalam untuk menangani kejadian itu serta
memindahkan mangsa ke kawasan selamat.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan jambatan Kuala Panteue terputus dan
menyebabkan perhubungan lalu lintas terganggu. Pihak berkuasa belum menaksirkan kerugian yang dialami dalam kejadian itu.

Ia adalah kali kedua banjir kilat melanda kawasan itu sejak bulan Mac tahun
lepas di mana 24 penduduk dilaporkan mati manakala 102 rumah hancur atau rosak.

Kejadian pada 10 Mac tahun lalu itu dipercayai berlaku kerana kegiatan
pembalakan liar di kawasan Hutan Tangse, dan curahan hujan selama empat hari
sebelumnya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan