Sabtu, 25 Februari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Saya belum buat keputusan – Phahrolrazi

Posted:

Saya belum buat keputusan – Phahrolrazi

Saya belum buat keputusan – Phahrolrazi

ALOR SETAR 25 Feb. – Exco kanan kerajaan Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi belum membuat keputusan sama ada akan hadir atau tidak ke majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah itu berkata, ini kerana beliau tidak mengetahui sama ada dijemput atau tidak ke majlis berkenaan memandangkan masih bercuti panjang sehingga 1 Mac ini.

Dakwanya, beliau belum memasuki pejabatnya di Wisma Darul Aman untuk menyemak perkara tersebut.

"Saya belum terima jemputan lagi, macam mana nak jawab hadir atau tak hadir. Saya belum pergi ke pejabat kerana masih bercuti, tak tahulah dijemput atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Luar, Pengkalan Kundur dekat sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri itu berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan hadir atau tidak ke majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, Selasa ini.

Beliau merupakan salah seorang yang dikaitkan dengan khabar angin sebagai antara Exco kerajaan negeri yang enggan hadir ke majlis pelantikan berkenaan.

Ditanya apakah benar khabar angin mengatakan beliau telah mengosongkan pejabatnya di Wisma Darul Aman, Phahrolrazi enggan memberi komen dengan alasan mahu mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kekeliruan.

"Biarlah Menteri Besar membuat kenyataan dahulu," katanya yang turut mendakwa tidak mengetahui sama ada disenaraikan sebagai Exco baru Kedah.

Ditanya apakah beliau akan kecewa jika tidak disenaraikan, katanya, ia perkara biasa kerana perjuangan dalam Pas bukan mempunyai niat untuk menjadi Exco.

"Ini adalah cadangan daripada ahli-ahli kita, jika mereka hendak kita bertanding, kita bertanding. Tak boleh bertanding, kita tidak bertanding, kita jadi pekerja parti yang biasa," ujarnya.

Mengenai spekulasi bahawa beliau antara individu yang melancarkan gerakan untuk menentang Menteri Besar, Phahrolrazi menafikan perkara tersebut dan menyifatkan ia tidak benar.

Ditanya mengapa namanya dikaitkan dengan komplot berkenaan, beliau berkata: "Itu dakwaan, tanya orang yang mendakwa. Saya tak tahu nak jawab sebab itu pihak yang mendakwa."

Ibu pejabat PKR kedutaan Israel?

Posted:

Ibu pejabat PKR kedutaan Israel?

Ibu pejabat PKR kedutaan Israel?

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian orang ramai bersama Bekas Tentera & Gabungan NGO Keselamatan Negara menandatangani bantahan mendesak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat kerana pendiriannya menyokong keselamatan Israel, di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya dekat sini boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo di sini hari ini.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.

"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.

Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.

"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan