Sabtu, 25 Februari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pakai sarung naik tren

Posted: 24 Feb 2012 02:31 PM PST

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel hari ini digalak menyertai program 'Kereta Api Sarung'.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarung bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.


"Saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu (hari ini) jam 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.

"Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia," katanya dalam kenyataan di sini semalam. - Bernama



Dipenjara ugut kawan

Posted: 24 Feb 2012 02:31 PM PST

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mengugut rakan serumahnya dengan mengacukan sebilah pisau ketika mereka bergaduh di Seksyen 3, Petaling Jaya, dekat sini, awal Januari lalu.

Tertuduh, Shanti Ram Karki, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan a dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.


Dia didakwa mengugut hendak membunuh Yogindra Karki dengan mengacukan pisau di alamat nombor 10, Jalan 3/69A, Seksyen 3, Petaling Jaya, di sini, jam 10.15 malam, pada 2 Januari lalu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan