Jumaat, 24 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Bekas staf KSSB terima ancaman bunuh

Posted:

Bekas staf KSSB terima ancaman bunuh

Bekas staf KSSB terima ancaman bunuh

24/02/2012 9:47pm

KLANG- Seorang bekas kakitangan syarikat melombong pasir milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman bunuh selepas mendedahkan salah laku syarikat.

T. Sivanesan, 25, yang dipecat KSSB September lepas, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.

Sivanesan mendakwa menerima satu panggilan di telefon bimbitnya pada pukul 12.54 tengah hari yang menegah beliau masuk campur dalam isu pasir.

"Pemanggil berkata 'Jangan masuk campur isu pasir. Jangan ganggu ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Sri Muda (Shuhaimi Shafie), KSSB dan MB (Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim). Jika tidak, kami akan bunuh awak'," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Beliau yang bertugas sebagai eksekutif pemasaran ketika bekerja di KSSB berkata, suara pemanggil misteri itu seperti biasa didengar beliau dan beliau mengesyaki individu tersebut bekerja dengan KSSB.

"Panggilan itu datangnya daripada nombor 018-3142328 dan mengambil masa kurang dua minit," katanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Mohammad Yusof mengesahkan menerima laporan itu. - BERNAMA

LRT, monorail adakan pesta sarong esok

Posted:

LRT, monorail adakan pesta sarong esok

LRT, monorail adakan pesta sarong esok

24/02/2012 7:39pm

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail esok digalakkan menyertai program "Kereta Api Sarong".

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar meminta orang ramai menyertai petugas RapidKL dan KL Monorail memakai sarong bagi menyokong dan memeriahkan acara itu.

"Malah, saya juga mengajak mereka yang tidak bekerja pada hari itu supaya sama-sama memeriahkan acara berkenaan dengan menaiki tren dan berkumpul bersama warga kota lain di Pasar Seni pada Sabtu pukul 4 petang. Tentu menarik nanti apabila melihat ramai orang memenuhi bandar raya dengan berkain pelekat dan berkain batik.

"Ini sesuatu yang boleh menyatukan semua rakyat Malaysia dan mempamerkan semangat 1Malaysia kerana ia tidak mengira bangsa, agama dan usia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menasihati penumpang supaya menggunakan Kad MyRapid Prasarana untuk menjamin kelancaran perjalanan apabila menggunakan dua rangkaian perkhidmatan itu.

Program itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan Random-Alphabets bertujuan menggalakkan orang ramai berkomunikasi secara unik.- BERNAMA

Badan kehakiman buat laporan polis terhadap imam

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA - Badan kehakiman telah membuat laporan polis terhadap seorang imam yang membaling kasut ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan Rabu lalu semasa prosiding mahkamah berjalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan