Selasa, 28 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


RM6.1 juta sudah diagih

Posted:

RM6.1 juta sudah diagih

RM6.1 juta sudah diagih

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my


ABD. Rahim Man (lima dari kiri) meneliti nama penerima BRIM di Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh, Pulau Pinang, baru-baru ini.


BUKIT MERTAJAM 27 Feb. - Lebih 12,200 ketua isi rumah di kawasan Parlimen Permatang Pauh di sini, sudah menerima baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM6.1 juta sejak Januari lalu.

Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Abd. Rahim Man berkata, pengagihan bantuan bernilai RM500 setiap satu itu dibuat secara berjadual mengikut DUN.

Kata beliau, pengagihan mengikut DUN itu meliputi DUN Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya.

Kata beliau, bagi permohonan BR1M yang ditolak pula, pemohon terlibat boleh membuat semakan dan rayuan dibuat ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Mac ini.

"Bagi orang kurang upaya (OKU), kami akan uruskan penghantaran baucar ke rumah kumpulan sasar itu jika tidak mampu datang untuk mengambil baucar berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan baucar RM500 kepada 284 penerima di Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini baru-baru ini.

Abd. Rahim yang juga Naib Ketua UMNO bahagian itu berkata, baucar tersebut boleh ditunaikan di CIMB, Bank Simpanan Nasional dan Maybank.

SSTMI pertahan takhta juara

Posted:

SSTMI pertahan takhta juara

SSTMI pertahan takhta juara

KUALA KANGSAR 27 Feb. - Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI) membuktikan keunggulan apabila berjaya mempertahankan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut dalam Kejohanan Ragbi Premier 7 anjuran Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Kejayaan manis buat skuad tersebut dicapai selepas pasukan dari Johor itu menewaskan pesaingnya Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra I (SMSYP 1) dari Kelantan dengan mata 38-10 dalam pertandingan akhir di Padang MCKK di sini semalam.

Perlawanan yang agak seimbang di peringkat awal kemudian memihak kepada SSTMI yang mempamerkan mutu permainan yang ternyata lebih menarik dan bertenaga.

Pasukan SSTMI layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Haji Othman Abdul Wahab 19-17 pada perlawanan separuh akhir.

SMSYP pula sekadar berpuas hati di tempat kedua walaupun mempamerkan permainan menarik dengan menewaskan pasukan tuan rumah 12-7 di separuh akhir.

Sementara itu, bagi kategori plate pula, pasukan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor berjaya menewaskan Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh dengan l9-17.

Kejohanan dua hari itu disertai oleh 23 pasukan tempatan dan satu dari Thailand bagi merebut Trofi N.J. Ryan.

Datuk N.J. Ryan merupakan Pengetua MCKK pada lewat tahun 50-an yang memperkenalkan sukan ragbi di MCKK seterusnya di peringkat kebangsaan.

Kedua-dua perlawanan akhir disaksikan oleh Presiden Persatuan Murid-murid Tua MCKK (MCOBA), Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas; Pengetua MCKK, Anand Baharuddin; isteri mendiang Ryan, R. Josephine serta para kakitangan dan warga MCKK.

Kastam Kedah sasar kutipan RM1 bilion 2012

Posted:

Kastam Kedah sasar kutipan RM1 bilion 2012

Kastam Kedah sasar kutipan RM1 bilion 2012

KULIM 27 Feb. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menyasarkan kutipan hasil pada tahun ini meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM878 juta sepanjang 2011.

Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif yakin sasaran tersebut mampu dicapai melalui pelan tindakan strategik dan berdasarkan kejayaan semasa JKDM Kedah.

"Kami merangka pelan strategik bagi memastikan warga kerja menjalankan tugas dengan penuh berkesan.

"Di samping itu, tumpuan juga diberikan terhadap pungutan hasil di kawasan sempadan, termasuk di Bukit Kayu Hitam dan sempadan baharu iaitu Durian Burung," katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Kastam Daerah Kulim di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, bekas Ketua Kastam Daerah Kulim, Abdul Wahab Ahmad, 58, menyerahkan tugas kepada Datin Hendon Mohd. Noor, 58, yang sebelum ini bertugas di JKDM Sungai Petani.

Abdul Wahab pula akan ditukarkan ke Langkawi.

Abdul Aziz berkata, pihaknya juga mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan perolehan hasil antaranya pertumbuhan pesat kawasan industri dan peningkatan jualan kenderaan di Kedah pada tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menasihatkan warga kerja JKDM supaya melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Kakitangan JKDM perlu ada hala tuju dan sentiasa memahami pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan