Jumaat, 24 Februari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pekerja Bangladesh kemuka aduan ke TTPM

Posted:

Pekerja Bangladesh kemuka aduan ke TTPM

Pekerja Bangladesh kemuka aduan ke TTPM

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
s2@utusan.com.my

BOLEH dikatakan pada masa kini, sesiapa sahaja tidak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak mempunyai telefon bimbit sebagai satu alat komunikasi yang penting dalam kehidupan seharian mereka.

Begitu juga dengan pekerja-pekerja asing di negara ini. Memiliki telefon bimbit bagi mereka bukanlah sesuatu yang dianggap mewah kerana ia memudahkan mereka menghubungi rakan-taulan atau keluarga di negara asal mereka.

Afzamah Abdullah, 35, dari Bangladesh tidak terkecuali dalam hal ini. Dia yang telah bekerja di negara ini sejak dua tahun lalu telah membeli sebuah telefon bimbit jenama Nokia yang bernilai RM350 dari sebuah kedai telekomunikasi di ibu negara pada bulan lalu.

Menurut lelaki tersebut kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia diberitahu oleh pekerja di kedai terbabit bahawa telefon bimbit yang ingin dibelinya adalah buatan negara China.

''Berdasarkan tinjauan di kedai-kedai lain, saya tidak puas hati kerana sepatutnya harganya bernilai RM130 kerana telefon bimbit berkenaan diperbuat dari China.

''Memang harga asal berjumlah RM500 tetapi setelah pekerja kedai itu memberi diskaun sebanyak RM150, saya masih tidak puas hati,'' jelas Afzamah dalam bahasa Melayu pada prosiding tersebut.

Dengan menganggap telefon bimbit buatan China itu dijual dengan harga yang terlalu mahal, dia kemudian mengemukakan aduan kepada TTPM agar duitnya dikembalikan oleh kedai telekomunikasi terbabit.

Presiden TTPM, Datuk Abu Bakar Awang yang mendengar kes tersebut memberitahu bahawa aduan berhubung perbezaan harga telefon bimbit, bukan tanggungjawab tribunal.

Namun jelas beliau, tribunal memberi peluang kepada Afzamah mengemukakan aduan dengan menasihatinya agar menyemak alamat kedai telekomunikasi itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

''Afzamah sebentar tadi mendakwa pekerja di kedai berkenaan enggan menerima borang tuntutan yang dikemukakan.

''Oleh demikian, kamu dinasihat untuk menyemak alamat kedai berkenaan dan menghantar borang tuntutan itu semula melalui pos supaya penentang hadir pada prosiding akan datang,'' kata Abu Bakar.

Hakim James Foong bersara

Posted:

Hakim James Foong bersara

Hakim James Foong bersara


James Foong Cheng Yuen mengetip kad perakam waktu buat kali terakhir selepas bersara wajib sebagai hakim Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman, Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 24 Feb. - Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen hari ini secara rasmi menamatkan perkhidmatan selama 22 tahun dalam badan kehakiman apabila bersara wajib pada usia 66 tahun.

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock itu kelihatan ceria sambil bersalaman dengan warga kerja mahkamah yang hadir bagi mengiringi perpisahannya.

James turut berbual-bual dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin serta beberapa hakim kanan sebelum mengetip kad perakam waktu tepat pukul 5 petang.

"Badan kehakiman kini berada di tangan mereka berwibawa dan mempunyai kemampuan mentadbir. Ia telah dimodenkan dan disusun atur dengan baik bagi memacu badan itu ke arah pencapaian yang lebih tinggi,'' ujar beliau kepada pemberita di Istana Kehakiman di sini.

James berkata demikian ketika ditanya perasaannya meninggalkan 'kamar hakim' selepas berkhidmat selama 22 tahun, bermula pada 1990 sebagai pesuruhjaya kehakiman. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 1 Mac 1992.

Beliau yang berpengalaman luas sebagai pengamal undang-undang dalam bidang sivil selama 19 tahun, pernah diterima masuk ke Badan Peguam di Inner Temple, London pada 1970 sebelum berkhidmat di Malaysia setahun kemudian.

James merupakan antara tiga hakim kanan yang dilantik ke jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 15 April 2009 bersama-sama Datuk Seri Gopal Sri Ram, 67, dan Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff, 66. Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2005.

Beliau yang merupakan lulusan Universiti London merupakan Hakim Pengurus (Bahagian Sivil) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam pada 2009 bagi memastikan pelupusan kes dipercepatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan