Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 29 Feb 2012 11:29 AM PST KUALA LUMPUR: Jika dulu mereka menggunakan taktik mirip silap mata untuk membohongi orang ramai kononnya duit mampu digandakan, kini sindiket Black Money yang didalangi warga Afrika dipercayai menggunakan tangkal dan azimat bagi memperdayakan mangsa. Pada masa sama, mereka dikesan menggunakan khidmat rakyat tempatan sebagai 'rakan kongsi' supaya usaha mencari dan memperdaya mangsa menjadi lebih mudah. Kaedah terbaru dalang sindiket Black Money itu dibongkar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas menerima aduan dua mangsa yang kerugian RM760,000 selepas melaburkannya kepada seorang lelaki bergelar Datuk berusia 60-an. Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, berdasarkan aduan dua mangsa lelaki berusia 40-an itu, pihaknya mengesan Datuk terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Tuah bayi ‘melompat’ Posted: 29 Feb 2012 11:21 AM PST KUALA LUMPUR: Tidak pernah merasa menjadi anak tahun lompat, namun siapa sangka melahirkan bayi pada tanggal istimewa itu, semalam sebenarnya turut menyuntik perasaan gembira dan merasa diri cukup bertuah. Eksekutif Kewangan, Catherine Chin Derosani Atu Lolong, 28, melahirkan bayi sulung perempuan pada tanggal 29 Februari semalam berkata, saat melahirkan itu adalah pengalaman yang tidak akan dilupakannya berikutan dia sudah bertarung nyawa untuk melahirkan bayinya pada malam sebelumnya lagi.
"Saya dan suami, Chan Chee Kean, 32, memang tak sangka dia 'menunggu' untuk dilahirkan pada tanggal 29 Februari, tahun lompat, kerana kami harap dia lahir pada 28 Februari. Apapun, kami gembira dan dia kini sangat istimewa," katanya di temui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini semalam.
"Cuma pada malam, tiba-tiba sakit semacam dan suami, Aidil Saifan Abu Bakar, 35, terus membawa saya ke hospital dan bayi kami ini akhirnya selamat dilahirkan pagi tadi secara normal dengan berat 2.90 kilogram.
Sementara itu, Syarifah Nurul Idayu Syed Jaafar, 24, seorang jururawat, menganggap anak sulung perempuannya yang baru melihat dunia semalam, 'memang' mahu dilahirkan pada tahun lompat berikutan tarikh jangkaan bersalin yang ditetapkan doktor padanya adalah 11 Mac depan. Katanya, bayi perempuan itu yang dilahirkan pada jam 7.23 pagi secara normal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak banyak meragam sejak dalam kandungan lagi, malah proses kelahirannya berjalan dengan baik sehingga dia sendiri rasa terkejut kerana kini sudah beranak.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan