Khamis, 2 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Kes bunuh pembantu kedai: Suspek ditahan

Posted:

Kes bunuh pembantu kedai: Suspek ditahan

Kes bunuh pembantu kedai: Suspek ditahan

02/02/2012 7:15pm

KUALA TERENGGANU – Polis menahan suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian bunuh seorang pembantu kedai kain di sini malam tadi.

Suspek yang berusia 28 tahun ditahan kira-kira 4.30 petang ini di Pasar Besar Kedai Payang dekat sini.

"Kita percaya dengan tertangkapnya suspek, kita dapat menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan pembantu kedai berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Suspek dipercayai berasal dari Sarawak.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam di sebuah kedai kain di Jalan Kampung Daik, mangsa Wan Manisah Wan Mansor, 27, di dapati ditikam sebanyak enam kali.

Mangsa kemudiannya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah kira-kira 2.05 pagi tadi. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pernyataan palsu: Bekas pengarah didenda

Posted:

Pernyataan palsu: Bekas pengarah didenda

Pernyataan palsu: Bekas pengarah didenda

02/02/2012 7:07pm

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM10,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas beliau mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hakim Mahmud Abdullah turut memerintahkan bekas pengarah syarikat permotoran Semangat Motor Sdn Bhd, Mohd Nathir Che Suliman dipenjara 18 bulan jika beliau gagal membayar denda itu.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah mengenakan denda RM3,500 atau penjara enam bulan jika beliau gagal membayar denda.

Mohd Nathir membayar denda itu.

Mohd Nathir, 56, didakwa telah membuat pernyataan palsu dalam Penyata Kewangan Semangat Motor Sdn Bhd bagi tahun berakhir 30 September 1999, 30 September 2000 dan 30 September 2001 di SSM, Tingkat 13, Putra Place, Jalan Putra, di sini pada 8 April 2002.

Pernyataan palsu yang dikemukakan dalam penyata kewangan adalah seperti berikut: "Syarikat berkenaan terutamanya terlibat dalam juala kenderaan bermotor. Tidak ada perubahan signifikan dalam aktiviti utamanya dalam tempoh tahun kewangan berkenaan". – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Anak buaya tembaga di City Park ditangkap

Posted:

Anak buaya tembaga di City Park ditangkap

Anak buaya tembaga di City Park ditangkap

02/02/2012 7:00pm

SEREMBAN – Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan hari ini berjaya menangkap anak buaya tembaga yang menjadi perbualan pengunjung taman rekreasi Tasik City Park, Seremban 2 di sini sejak dilaporkan baru-baru ini.

Pengarah Perhilitan negeri, Mohd Zaide Mohamed Zin berkata, sepasukan anggota jabatannya melakukan operasi sejak 10 malam tadi dengan memasang pancing yang akhirnya mengena pukul 7.20 pagi.

"Kita memasang sebelas pancing di kawasan tasik tersebut. Anak buaya jantan itu dapat ditangkap dalam keadaan sihat dan tidak cedera.

"Berukuran 1.03m panjang, manakala beratnya 2.75kg ia telah dihantar ke Paya Indah Wetlands, Dengkil untuk tujuan pemeliharaan," katanya di sini.

Mohd Zaide berkata, sejak laporan diterima daripada pihak pengurusan City Park pada 10 Januari lepas, pelbagai usaha dijalankan untuk menangkap anak buaya itu. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan