Rabu, 22 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Dapur berdarah

Posted: 21 Feb 2012 02:21 PM PST

SUNGAI PETANI: "Saya terkejut hingga menggigil bila melihat Tok Teh terbaring berlumuran darah berhampiran singki di dapur," kata Fadzilah Hussin, 26, cucu saudara A'inshon Abd Rahman, 60, yang mati ditetak dengan golok perak oleh anak lelakinya di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri, dekat sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 pagi dan jam 1 tengah hari dan mayat mangsa ditemui seorang penjual ikan yang lalu di situ sebelum terlihat warga emas itu terbaring di lantai menerusi pintu dapur yang terbuka.

Difahamkan, mangsa yang memasak untuk makan tengah hari ditetak anak lelakinya berusia 26 tahun yang juga penagih dadah apabila dia tidak memberi wang yang diminta suspek.

Fadzilah berkata, sebelum kejadian dia menyuruh anak lelakinya, Khainursyani Mohd Khizri, 3, ke rumah nenek saudaranya itu jam 11 pagi dan anaknya pulang membawa sebiji pisang yang diberikan mangsa.


Menurutnya, dia langsung tidak mengesyaki sesuatu yang pelik kerana tidak mendengar pertengkaran mangsa dengan anak bongsunya walaupun jarak rumah mereka hanya lima meter.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Superman nahas

Posted: 21 Feb 2012 02:21 PM PST

MARANG: Tindakan seorang lelaki membakar diri gara-gara meniru aksi siri kartun Superman kira-kira 28 tahun lalu menjadi kenangan sukar dilupakan keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Kelulut, di sini, malam kelmarin.

"Kejadian itu berlaku ketika arwah berusia 12 tahun dan terlalu meminati kartun Superman hingga terikut-ikut aksi superhero itu tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan itu.

"Bermula tragedi itu, arwah yang melecur hampir keseluruhan badan enggan bersekolah kerana malu diejek rakan berikutan wajahnya yang melecur menyebabkan arwah menghadapi tekanan perasaan dan disahkan doktor sebagai pesakit jiwa," kata Ismail Othman, 56, bapa kepada Ramli Ismail, 40, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.

Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Januari lalu selepas arwah pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.


Menurutnya, dia percaya arwah ketika itu melalui kawasan berkenaan dan singgah di rumahnya untuk meminta makanan sebelum keluar semula selepas selesai makan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan