Jumaat, 3 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Had belanja kempen naik

Posted: 02 Feb 2012 11:25 AM PST

PUTRAJAYA: Had perbelanjaan oleh calon ketika kempen pilihan raya akan dinaikkan sehingga RM500,000 mulai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), berbanding hanya RM200,000 untuk kerusi Parlimen dan RM100,000 bagi kerusi DUN sebelum ini.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Biring

Jangan sama sekali. Jangan naikkan kurang boleh. MEMBAZIR!!!!!

jee

x payah la nak membazir...kempen macam nak rak pun kalo org dh xmo undi dia kalah gak....patutnya had belanja dikurangkan lagi bagus pe....

Maskayangan

Kenaikan 50% tidak wajar.Jika RM500 naik hingga RM600.00 boleh diterima, sederhana.
Parlimen RM200,000 naik hingga RM250.000 dan RM100.00 naik hingga RM150.00 DUN adalah berkewajaran. Jimatlah duit rakyat.

Farook

Tidak perlu & merupakan pembaziran yang nyata.

Mail

Walau pun dinaikkan perbelanjaan bagi kempen P/raya calon selalunya berbelanja lebih bagi kempen kerana tidak semua perbenlanjaan dicatit/diambilkira kerana zaman ini semua perlu dibayar

Pok Teh

Kos mengendalikan kempen bagi kawasan yang luas memang memerlukan perbelanjaan yang besar.....hal perbelanjaan ini tidak akan menjadi isu jika perbelanjaan tersebut digunakan sama rata dan adil oleh kerajaan dan pembangkang.....

Jeo

Tapi duit perbelanjaan sebanyak itu betulx2 di guna di masa atau sebalik,Ini betulx2 membazir duit rakyat yang di salah guna kan,nanti selepas pilihan raya semua barang naik kerana kehabisan duit.

siti nur aishah

salam..ini xpatut sngat!!klo die s'org pemimpin yg baik,berkmpen dgan mngguna kn budget yg lama pon..rkyat akn undi n skong.knapa nk membzir kn duit kami?????duit rakyat..pmimpin berkmpan bkn untok merasuah o gula2 kn rkyat..tpi tok mnunujuk kn kpd kami..knapa die layak untk d undi..sy xstuju dgn isue knaikkan ni!!

ana zu

duit yg di naikan ini adalah dari duit rakyat juga. adakah calon2 PRU dpt menggunakan sebaik mungkin duit yg diperuntukan demi untuk menghadapi PRU.

Zulkiflie Ahmad

Apakah kewajarannya Had ini dinaikkan?

Full content generated by Get Full RSS.

Misi menjejaki askar Congo

Posted: 02 Feb 2012 11:06 AM PST

MukaDepan

TARIKH 4 Oktober 1960 adalah detik bersejarah pagi pasukan tentera negara. Pada hari berkenaan tentera Persekutuan Tanah Melayu menyahut seruan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar pasukan keselamatan bagi misi pengaman di Congo, sebuah negara Afrika yang ketika itu sedang bergolak.

Parlimen Persekutuan di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersetuju menghantar pasukan itu bagi membantu misi di Congo yang dihimpit perang saudara. Congo sebelum ini juga dikenali sebagai negara Zaire dan kini kembali kepada Republik Demokratik Congo.

Misi ke Congo sehingga 28 April 1963 membabitkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah yang pertama di bawah panji PBB, mengorbankan tiga wira negara. Misi dikenali sebagai United Nations Operations In Congo (UNOC), membabitkan 3,000 anggota daripada Askar Melayu Diraja, Pasukan Askar Peninjau dan Pasukan Isyarat Persekutuan.

Mereka ke Congo melalui jalan laut selama 28 hari menaiki dua kapal, iaitu USS Windham County dan USS Whitfield County. Fungsi pasukan khas berkenaan adalah untuk menjaga keamanan dan membantu kerajaan Congo yang baru dibentuk menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman.

Bagi mengimbas sejarah perjuangan wira negara itu, Berita Harian menjejaki mereka yang pernah menyertai pasukan itu yang kebanyakannya kini berusia lebih 70 tahun. Laporan khas bertajuk Menjejaki Wira Congo 1960-1963 itu akan menceritakan kegemilangan pasukan itu serta kisah perjuangan mereka secara bersiri setiap Sabtu mulai esok.

Pelbagai kisah pahit manis mereka akan disiarkan untuk tatapan generasi masa kini khususnya anggota tentera yang sedang berkhidmat untuk dijadikan iktibar dan teladan berhubung perjuangan pasukan tentera terdahulu.
Sehubungan itu, bekas anggota pasukan itu atau saudara mara mereka boleh berkongsi pengalaman berharga mereka dengan menghubungi Berita Harian menerusi talian 03-20569309 atau 03-20569356 atau emel bhnews@bharian.com.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan