Selasa, 17 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Penduduk mahu air bersih

Posted:

Penduduk mahu air bersih

Penduduk mahu air bersih

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Mohd. Hafizul Salleh mengambil air perigi untuk kegunaan harian ekoran masalah air paip di kawasan rumahnya di Kampung Gual Ipoh, Tanah Merah, semalam.


TANAH MERAH 16 Mei – Lebih 1,000 penduduk di Kampung Gual Ipoh di sini mendesak Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membaiki perkhidmatan bekalan air ke kampung mereka yang kerap terjejas sejak hampir lapan tahun lalu.

Mereka mendakwa bekalan air ke kampung berkenaan sering terganggu disebabkan tekanan amat rendah, sehingga memaksa sesetengah penduduk menggali perigi sebagai jalan penyelesaian jangka pendek.

Seorang penduduk, Amiruddin Awang, 37, mendakwa, sebahagian penduduk terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sumber air untuk kegunaan seharian termasuk air minuman dan memasak.

"Keadaan ini berlaku sudah bertahun-tahun lamanya di mana penduduk tidak dapat menikmati bekalan air bersih. Bekalan air bukan tidak ada, tetapi tekanan terlalu rendah sehingga menyukarkan kami," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurut Amiruddin, apa yang dikesalkan oleh penduduk ialah mereka tetap perlu membayar bil air AKSB walaupun perkhidmatan diterima sangat buruk, selain menanggung bil elektrik lebih tinggi kerana menggunakan pam air.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zulkifli Hamat, 35, pula mendakwa, tekanan air yang rendah turut menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran seperti yang berlaku baru-baru ini.

Dakwanya, tekanan air rendah telah menjejaskan operasi memadam kebakaran apabila pili bomba tidak boleh berfungsi dengan baik, sehingga memaksa anggota bomba mendapatkan sumber air di Simpang Tiga yang terletak agak jauh dari kampung berkenaan.

"Di kampung ini tiada sumber air terbuka seperti paya atau kolam yang boleh digunakan oleh pihak tersebut untuk memadam kebakaran. Kejadian seumpama ini yang paling ditakuti oleh penduduk.

"Seandainya pili bomba ada tekanan air yang baik, mungkin penduduk atau pun anggota bomba sukarela di kampung ini dapat membantu memadamkan kebakaran dengan segera," jelasnya.

Mohd. Hafizul Salleh, 29, pula sangat mengharapkan agar AKSB dapat meningkatkan tekanan bekalan air di kampung berkenaan dengan kadar segera untuk kebaikan semua pihak, terutama penduduk yang sudah hampir lapan tahun menunggu bekalan air sempurna.

"Ia untuk kemudahan penduduk dan anggota. Jika berlaku kebakaran, masalah ini sudah pasti menyusahkan semua pihak terlibat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Seri Desa dijanji tanah

Posted:

Penduduk Seri Desa dijanji tanah

Penduduk Seri Desa dijanji tanah

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan negeri berjanji akan memberi ganjaran tanah untuk aktiviti riadah bagi kegunaan penduduk Cina di Taman Seri Desa, Chendering di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagaimanapun berkata, tanah itu kemungkinan akan diwartakan terlebih dahulu sebagai rizab jalan Persekutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965.

"Kita faham keperluan penduduk di sini dan kita akan cuba dapatkan tanah bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti riadah," katanya ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Chendering baru-baru ini.

Taman Seri Desa mempunyai kira-kira 100 kediaman dengan bilangan penduduk di antara 400 hingga 500 orang dan sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Forum Keluarga Rasulullah

Posted:

Forum Keluarga Rasulullah

Forum Keluarga Rasulullah

KOTA BHARU 16 Mei - Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri akan mengadakan Forum Keluarga Rasulullah-Didik Anak Cara Nabi pada Khamis ini di padang Majlis Daerah Machang bermula pukul 8.30 hingga 11. 45 malam.

Forum itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Ia antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pendidikan cara Rasulullah sehingga melahirkan insan yang berkeperibadian unggul.

Antara ahli panel pada forum itu ialah Penolong Pengarah Kanan (Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik); Saibon Ismail dan Penolong Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan