Rabu, 11 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


10 rumah rosak dipukul ribut

Posted:

10 rumah rosak dipukul ribut

10 rumah rosak dipukul ribut

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Wan Zatusy Wan Zain mengangkat kayu yang menghempap bahagian hadapan rumahnya di Kampung Pulau Belangga, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 10 Mei - Sejumlah 10 buah rumah di Kampung Pulau Belangga, Kota Jembal di sini rosak dilanda ribut dalam kejadian malam semalam.

Ketika kejadian pukul 9 malam, kebanyakan penduduk sedang berehat bersama keluarga sebelum dikejutkan dengan bunyi angin dan dentuman yang kuat.

Seorang penduduk, Wan Zatusy Wan Zaid, 29, berkata, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan dahan pokok cengal di hadapan rumahnya patah dan menghempap bumbung dan garajnya.

"Ketika kejadian emak saya sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama dua adik saya, tetapi syukur mereka bertiga tidak mengalami kecederaan, manakala saya sedang bekerja di Cherang.

"Kejadian itu juga menjejaskan sedikit persiapan saya untuk berkahwin pada 4 Jun ini kerana kos untuk baik-pulih dianggarkan RM20,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Zainun Ahmad, 60, pula berkata, dia nyaris dihempap serpihan bumbung akibat ribut berkenaan yang berlangsung lima minit.

"Saya terus ke dapur untuk menyelamatkan anak yang sedang mengandung enam bulan. Sebaik sahaja menyelamatkan dia, saya melihat pusingan angin menerbangkan bumbung rumah dan sebahagiannya jatuh betul-betul di sebelah saya.

"Alhamdulillah kami lapan beranak yang berada dalam rumah selamat," katanya yang memerlukan RM10,000 untuk membaiki kerosakan bumbung rumahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu tunggal sebak terima kunjungan JHEAT

Posted:

Ibu tunggal sebak terima kunjungan JHEAT

Ibu tunggal sebak terima kunjungan JHEAT


Salbiah Mat Isa terharu menerima sumbangan yang disampaikan oleh Mohd. Rozali Salleh (kanan) di Pusat Warga Emas, Kampung Gong Mak Som, Alor Lintah, Besut, baru-baru ini.


BESUT 10 Mei - Seorang ibu tunggal menitiskan air mata apabila kehidupannya dijengah oleh rombongan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sempena Program Turun Padang jabatan itu di sini kelmarin.

Salbiah Mat Isa, 45, tenyata terharu dengan kehadiran rombongan pegawai JHEAT yang diketuai Pesuruhjayanya, Mohd. Rozali Salleh sambil bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.

Dia yang menghidap kencing manis dan penyakit buah pinggang tinggal bersama empat anaknya di Pusat Warga Emas, Kampung Gong Mak Som, Alor Lintah di sini dan kehidupan keluarga ditampung hasil pendapatan anak sulungnya yang bekerja sebagai pembantu kedai.

Sempena program dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gong Mak Som itu, Mohd. Razali bersama pegawainya turut menziarah keluarga yang menghuni pusat tersebut.

Sementara itu, Mohd. Rozali berkata, usaha itu merupakan pendekatan ke arah mendekati masyarakat sejajar dengan seruan pemimpin untuk lebih kerap menyelami kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini.

Katanya, di setiap daerah, pegawai agama daerah akan memilih lokasi sesuai untuk menjalankan kerja amal seperti gotong-royong sambil menemui golongan kurang bernasib baik di samping membantu jika mereka berdepan dengan masalah tertentu.

Menurutnya, Besut merupakan daerah pertama JHEAT menjalankan program tersebut yang akan diikuti daerah lain selepas ini, dengan kerjasama pejabat agama daerah masing-masing.

"Pejabat agama daerah akan menjadi lokasi pertama dilawati diikuti dengan masjid sambil berjumpa dengan pihak pengurusan masjid termasuk imam dan bilal selain menjadi khatib tamu untuk membaca khutbah pada solat Jumaat," jelasnya.

Selain itu, beliau berkata, JHEAT kini berusaha memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan masjid dengan setiap pejabat agama daerah akan memilih sebuah masjid di daerah masing-masing sebagai masjid angkat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa kebakaran bersyukur dijanjikan rumah

Posted:

Mangsa kebakaran bersyukur dijanjikan rumah

Mangsa kebakaran bersyukur dijanjikan rumah

KUALA TERENGGANU 10 Mei - Kerajaan akan menghulurkan bantuan kira-kira RM33,000 bagi meringankan beban lapan sekeluarga yang hilang tempat tinggal akibat kebakaran di Kampung Pengkalan Maras di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh berkata, peruntukan sebanyak 33,000 menerusi Tabung Darul Iman dan Jabatan Kebajikan Masyarakat itu akan digunakan untuk membina rumah baru buat keluarga Zaidi Ismail, 47.

Menurutnya, pembinaan akan dimulakan selepas sisa kebakaran dibersihkan dan mangsa sekeluarga bakal menduduki rumah baru selewat-lewatnya tiga bulan lagi.

"Selain itu, kita turut membawa wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk melihat bantuan lain yang wajar diberikan," katanya kepada pemberita semasa melawat keluarga mangsa petang semalam.

Zaidi yang merupakan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu hanya mampu berputih mata apabila rumah dan harta bendanya musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 6.30 petang, Ahad lalu.

Rumah yang didiami mangsa bersama isteri, Rohani Omar, 41, dan enam anak dipercayai terbakar akibat litar pintas yang bermula dari bilik anak sulung pasangan itu.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Sementara itu, Zaidi yang masih terkejut dengan kejadian itu berterima kasih dengan keprihatinan pelbagai pihak yang segera tampil membantu meringankan bebanan yang sedang dihadapi mereka sekeluarga akibat kejadian itu.

"Namun, saya bersyukur kerana semua ahli keluarga termasuk anak yang masih kecil selamat dan kebakaran itu tidak merebak ke rumah-rumah jiran berdekatan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan