Ahad, 8 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Cuai antara punca kebakaran

Posted:

Cuai antara punca kebakaran

Cuai antara punca kebakaran

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


MOHD. Zaidi Ma'at (dua kanan) bersama pegawai bomba negeri memotong kek sempena sambutan Hari Bomba peringkat negeri di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, semalam.


KOTA BHARU 7 Mei - Jumlah kerugian akibat kebakaran di negeri ini sepanjang tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kepada RM9.16 juta berbanding RM7.6 juta untuk tempoh sama tahun lalu.

Penolong Pengarah Bomba Bahagian Keselamatan Kebakaran, Mohd. Zaidi Ma'at berkata, salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan itu ialah disebabkan kecuaian mangsa.

"Jumlah kerugian yang ditaksirkan dalam kes kebakaran pada tahun lalu adalah kira-kira RM24 juta. Sementara itu, taksiran harta yang berjaya diselamatkan sepanjang tahun lalu pula adalah kira-kira RM28 juta.

"Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini bermula Januari hingga Mac, Jabatan Bomba Kelantan berjaya menyelamatkan RM57 juta harta benda daripada musnah dijilat api," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman merasmikan sambutan hari bomba peringkat negeri di Balai Bomba dan Penyelamat, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Zaidi memohon kerjasama orang ramai untuk membantu pihaknya dalam usaha mencegah kebakaran bersesuaian dengan tema sambutan Hari Bomba tahun ini iaitu Bersama Mencegah Kebakaran.

Menurutnya, tanggungjawab dalam mengecah kebakaran tidak seharusnya diletakkan di bahu bomba semata-mata, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama.

"Kebakaran berlaku di mana-mana sahaja selagi ada tiga unsur iaitu oksigen, bahan bakar dan haba. Peranan jabatan bomba adalah untuk memastikan tiga unsur ini dapat diuruskan dengan baik agar tidak berlaku tindak balas yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

"Pada masa yang sama memberi kesedaran kepada orang ramai agar dapat menguruskan tiga unsur ini dengan baik agar tidak menyebabkan berlakunya kebakaran selain menambahkan pengetahuan bagaimana hendak menguruskan kebakaran jika berlaku," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

350,000 sasar kunjung Tasik Kenyir tahun ini

Posted:

350,000 sasar kunjung Tasik Kenyir tahun ini

350,000 sasar kunjung Tasik Kenyir tahun ini

HULU TERENGGANU 7 Mei - Kerajaan negeri menyasarkan kedatangan 350,000 orang pengunjung ke Tasik Kenyir sepanjang tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sasaran itu dibuat ekoran peningkatan jumlah pengunjung sehingga 40,000 menjadikan seramai 200,000 orang mengunjungi kawasan rekreasi itu sepanjang tahun lalu berbanding 160,000 orang pada 2009.

Katanya, majoriti daripada pengunjung itu merupakan rakyat tempatan yang datang menginap sekurang-kurangnya untuk satu malam.

"Justeru, kita berharap pembangunan demi pembangunan yang dilakukan di tasik ini secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pengunjung selepas ini," katanya selepas merasmikan Festival Kenyir 2011 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yaw; Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd. Nor Othman serta Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah.

Sebanyak 170 gerai pameran dan jualan oleh agensi kerajaan, swasta serta usahawan dari Wilayah Ketengah mengambil bahagian dalam festival yang berlangsung selama tiga hari itu.

Turut diadakan sepanjang festival itu ialah pertunjukan belon udara panas, persembahan daripada siri kartun terkenal, Upin dan Ipin serta pelbagai aktiviti air termasuk pertandingan jet ski, triathlon, bot berhias, pertunjukan perahu naga dan permainan bot kawalan jauh.

Ahmad berkata, tender pembangunan Pulau Bayas sebagai zon bebas cukai akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan.

"Dengan adanya zon bebas cukai ini, rakyat Terengganu tidak perlu lagi ke Langkawi untuk mendapatkan barang-barang pada harga yang murah," ujar beliau.

Tambahnya, kerajaan negeri sedang dalam perancangan untuk membina hotel mewah yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di pulau-pulau sekitar Tasik Kenyir bagi memenuhi permintaan pengunjung.

"Kita juga akan bangunkan kereta kabel sepanjang satu kilometer bermula dari jeti (Pengkalan Gawi) ke Pulau Poh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambutan sistem muamalat menggalakkan

Posted:

Sambutan sistem muamalat menggalakkan

Sambutan sistem muamalat menggalakkan

KOTA BHARU 7 Mei - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sistem muamalat dan perbankan Islam kini sudah diterima ramai termasuk di kalangan masyarakat bukan Islam.

Katanya, masyarakat bukan Islam yang suatu ketika dahulu tidak begitu yakin dengan sistem perbankan Islam kini semakin menerimanya, termasuk sistem pajak gadai Islam yang menghapuskan amalan riba yang diharamkan Islam.

"Sebagai contohnya, banyak pajak gadai Islam tumbuh seperti cendawan, termasuk yang dilaksanakan kerajaan negeri dan Persekutuan, seperti Ar-Rahn atau Ar-Rahnu," katanya selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan di Kelantan Trade Center di sini, hari ini.

Seminar sehari membabitkan lebih 200 anggota akademik, korporat dan pelajar itu dianjurkan oleh Jabatan Muamalat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan kerjasama Bank Muaamalat Berhad.

— BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan