Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


UMNO akan ambil semula Ladang Rakyat

Posted:

UMNO akan ambil semula Ladang Rakyat

UMNO akan ambil semula Ladang Rakyat

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 30 April - UMNO negeri berjanji akan mengambil semula tanah yang diambil oleh kerajaan Pas Kelantan untuk membangunkan Ladang Rakyat sekiranya berjaya menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tanah itu juga akan dikembalikan semula kepada rakyat yang telah mengusahakannya sebelum ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya juga perlu melihat perkara tersebut dari aspek perundangan sebelum mengambil tindakan tersebut kerana ia mungkin melibatkan perjanjian yang sukar untuk dirungkaikan.

"Rakyat di kawasan pedalaman merintih kerana tanah yang mereka usahakan dengan tanaman selama berpuluh-puluh tahun dirampas dan diambil begitu sahaja oleh kerajaan Pas Kelantan tanpa sebarang rundingan.

"Dahulu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada tanah haram di dunia kecuali Mekah dan rakyat boleh mengusahakan tanah yang ada di negeri ini tetapi hari ini apa sudah jadi, tanah yang rakyat usahakan dirampas.

"UMNO berjanji sekiranya dipilih oleh rakyat untuk memerintah negeri ini, kita akan mengambil semula tanah Ladang Rakyat dan serahkan semula kepada rakyat yang hilang tanah," katanya pada pelancaran Gelombang Merah Penerangan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Isu Ladang Rakyat telah membangkitkan kemarahan rakyat dan Orang Asli di kawasan Hulu Kelantan kerana mendakwa tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun lalu diambil oleh kerajaan Pas Kelantan.

Malah sebelum ini, tiga lelaki Orang Asli dari suku Temiar memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya menghalang kerajaan Pas Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Musang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sehingga hari ini kerajaan Pas Kelantan gagal menjelaskan dengan terperinci pemberian tanah terbabit kepada syarikat-syarikat terutama dari luar Kelantan untuk dibangunkan sebagai Ladang Rakyat.

"Saya akui agak sukar untuk mengambil semula tanah yang diberikan kepada syarikat ini dari segi perundangan tetapi dari sudut politik, adakah ia adil kepada rakyat kerana tanah yang diusahakan mereka dirampas untuk dibangunkan ladang-ladang komersial.

"Kalau kerajaan Pas Kelantan mahu membangunkan ladang, buat secara betul seperti yang dilaksanakan oleh Felda dan Felcra, jangan aniaya rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teman dapat sambutan hangat

Posted:

Teman dapat sambutan hangat

Teman dapat sambutan hangat

KOTA BHARU 30 April - Projek raksaksa berasaskan pertanian, Terminal Makanan dan Agrobisnes Negara (Teman) yang menelan kos RM100 juta di bandar baru Tunjung dekat sini, menerima sambutan amat menggalakkan daripada peniaga-peniaga di negeri ini.

Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Mansor Omar berkata, daripada 318 lot dan ruang niaga yang disediakan, sebanyak 675 permohonan diterima dari orang ramai yang ingin menyertai terminal kedua terbesar itu selepas Ipoh, Perak.

"Ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan di kalangan peniaga dan pengusaha di Kelantan terhadap Teman," katanya selepas merasmikan Pasar Tani Mega sebagai mewakili Pengerusi FAMA Datuk Badruddin Amiruddin di tapak projek itu hari ini.

Beliau berkata, fasa pertama Teman, yang merangkumi 124 lot buah-buahan dan sayur, sudah siap sepenuhnya dengan 15 bilik sejuk bagi menyimpan bekalan yang berkonsepkan pengumpulan, pembungkusan, pelabelan dan pengedaran.

Fasa kedua dengan 94 lot bagi ikan, ayam dan daging pula dalam peringkat akhir persiapan. Teman yang terletak di kawasan seluas 20.8 hektar di Tunjung akan beroperasi mulai 1 Julai ini. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usia tidak halang dapatkan lesen memandu

Posted:

Usia tidak halang dapatkan lesen memandu

Usia tidak halang dapatkan lesen memandu


Abdul Rahim Bakri (dua dari kiri) menyampaikan replika lesen dan topi keledar pada Abdullah Che Ibrahi sambil diperhatikan oleh Solah Mat Hassan (kiri) dan ADUN Pengkalan Kubor, Datuk Noorzahidi Omar (tiga dari kanan) pada majlis perasmian penutupan program SKSJ peringkat Jajahan Tumpat di Tumpat, baru-baru ini.


TUMPAT 30 April - Walaupun usianya sudah hampir satu abad, ia tidak menghalang seorang lelaki untuk mendapatkan lesen memandu percubaan motosikal B2 biarpun telah menunggang kenderaan tersebut sejak 1979.

Keazaman Abdullah Che Ibrahi, 82, sewajarnya menjadi contoh kepada golongan muda di negara ini untuk memandu dengan memiliki lesen yang sah dan seterusnya mematuhi undang-undang.

Abdullah yang berasal dari Kampung Tujuh di sini berkata, sememangnya dia berhasrat mendapatkan lesen memandu yang sah sejak dahulu lagi bagaimanapun tidak mempunyai kesempatan dan tidak pandai membaca.

"Sebelum ini saya menunggang tanpa lesen untuk ke kedai dan kawasan berhampiran sejak berpuluh tahun lalu dan pernah disaman dua kali iaitu sekitar tahun 1980-an dan 2001 kerana menunggang tanpa lesen.

"Tetapi bermula hari ini, saya tidak perlu bimbang lagi. Saya sudah ada lesen hasil daripada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang diadakan di kampung saya," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian penutup program SKSJ peringkat Jajahan Tumpat di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dan turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hasan.

Pada majlis tersebut, seramai 472 warga emas di sekitar Jajahan Tumpat menerima lesen memandu percubaan motosikal B2 selepas mengikuti kursus selama dua bulan dengan bayaran RM150 sebelum menduduki ujian memandu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan