Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 May 2011 11:35 AM PDT NASRUL NIZAM...maut TUMPAT: "Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya," kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.
Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.
"Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.
|
Posted: 19 May 2011 11:03 AM PDT KUALA SELANGOR: Misteri kehilangan beberapa haiwan ternakan milik penduduk Kampung Asahan, di sini, sejak kebelakangan ini terjawab dengan tertangkapnya seekor ular sawa sepanjang enam meter, semalam. Ular dianggarkan seberat 80 kilogram itu ditemui penduduk, Zailani Ambia, 37, bersama seorang rakannya ketika berjalan-jalan di kawasan ternakan kambing di kampung berkenaan.
"Saya cuba menangkap ular itu, tetapi reptilia terbabit menyerang dengan ganas. Bagaimanapun, mujur saya membawa parang dan mencederakan kepalanya sehingga ular itu menjadi semakin lemah," katanya.
"Beberapa tahun lalu kami menangkap ular sawa yang hampir sama besarnya berdekatan kawasan sungai.
Menurutnya, ular berkenaan kini dikurung sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan