Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Lubuk maksiat terus digempur

Posted:

Lubuk maksiat terus digempur

Lubuk maksiat terus digempur

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 3 Mei - Semua lokasi panas yang dikenal pasti sebagai 'lubuk maksiat' akan terus digempur anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), termasuk 'sarang' kaki ekor.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihak jabatan berkenaan tidak pernah memandang ringan gejala itu dan akan terus memburu pesalah jenayah syariah, selain memberi nasihat kepada individu terbabit.

"Banyak operasi telah dilakukan, termasuk rondaan harian dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa yang lain seperti polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), imigresen dan pihak berkuasa tempatan," katanya di sini hari ini.

Mohamad menegaskan, berikutan tindakan tanpa henti itu, beberapa kawasan panas yang dahulunya menjadi lokasi maksiat, kini berjaya dikurangkan.

"Pusat hiburan juga diserbu untuk memeriksa dan menahan umat Islam yang melakukan aktiviti tidak bermoral seperti meminum arak serta mabuk. Ini juga telah berkurangan," katanya.

Beliau menjelaskan, pegawai JHEAINS turut ditempatkan di premis menjual nombor ekor untuk mengekang pembabitan umat Islam dalam aktiviti tersebut.

Dalam pada itu, Mohamad memberitahu, JHEAINS turut memantau perkembangan ideologi yang dibawa oleh orang bukan Islam yang mengambil kesempatan untuk melalaikan umat Islam.

Untuk itu katanya, jabatan tersebut sentiasa mengadakan aktiviti yang dapat memberi kesedaran kepada umat Islam seperti kursus, seminar, kempen kesedaran, khususnya di kawasan bandar.

"Maklumat kepada orang awam melalui usaha dakwah juga dilakukan termasuk Modul Teras Kefahaman Islam yang menjurus kepada pemahaman tauhid dan sunnah.

"Selain program kesedaran ini, usaha penguatkuasaan juga dilakukan bagi membendung kegiatan yang boleh memesongkan akidah termasuk yang tidak bersesuaian dengan iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanaman sayuran bekas graduan Skill Tech musnah dilanda banjir kilat

Posted:

Tanaman sayuran bekas graduan Skill Tech musnah dilanda banjir kilat

Tanaman sayuran bekas graduan Skill Tech musnah dilanda banjir kilat


Sebahagian daripada peserta yang mengusahakan projek berkelompok tanaman sayur-sayuran di Kampung Sungai Siput, Lubok Cina kerugian apabila tanaman mereka musnah akibat banjir kilat malam semalam.


MELAKA 3 Mei - Lapan peserta yang mengusahakan projek berkelompok tanaman sayur-sayuran di Kampung Sungai Siput, Lubok Cina kerugian kira-kira RM200,000 apabila tanaman mereka musnah akibat banjir kilat yang melanda kawasan tersebut malam tadi.

Akibat hujan lebat, kawasan tanaman seluas 16 hektar yang diusahakan oleh bekas lulusan Institut Skill-Tech Durian Tunggal di sini dengan kerjasama Syarikat Green Land ditenggelami air antara 0.2 hingga 0.4 meter.

Pengerusi Eksekutif Institut Skill-Tech, Nordin Abdul Malek yang melawat ke tempat kejadian berkata, sebahagian besar tanaman sayur-sayuran jenis berbuah dan daun yang musnah akibat banjir seperti sawi, kangkung, kobis, cili, bendi serta ulam-ulaman seperti pegaga, kesom dan cekur manis.

''Ini merupakan kejadian kedua menimpa kawasan ini apabila kali pertama banjir besar yang melanda Disember lalu turut menenggelamkan sebahagian besar kawasan tanaman sayur-sayuran," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, banjir kilat yang melanda kawasan tersebut berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.

Sejak kejadian pertama Disember lalu katanya, kesemua lapan peserta telah membuat aduan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah mengenai masalah yang mereka hadapi setiap kali hujan lebat melanda kawasan tersebut.

''Tetapi malangnya, JPS tidak mengambil sebarang tindakan dan keadaan itu menyebabkan tanaman kesemua peserta musnah akibat banjir kilat ekoran hujan lebat malam tadi," katanya.

Ujarnya, sistem perparitan yang tidak sempurna dan tersumbat menyebabkan air hujan mudah bertakung kerana tidak dapat keluar ke sungai berhampiran.

Sementara itu Pengurus projek berkelompok itu, Norzaikana Saad berkata, dia serta tujuh peserta lain terkejut apabila melihat seluruh kawasan tanaman sayur-sayuran mereka ditenggelami air.

Katanya, sebahagian besar sayur-sayuran seperti bendi, kangkung, bayam, sawi serta ulam-ulaman baru ditanam musnah.

''Saya harap pihak yang bertanggungjawab terutama JPS membantu kami menyelesaikan masalah sistem perparitan di sini. Kami sudah banyak mengalami kerugian akibat banjir kilat yang kerap berlaku," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Waspada kejadian pecah rumah

Posted:

Waspada kejadian pecah rumah

Waspada kejadian pecah rumah

SEREMBAN 3 Mei - Penduduk taman perumahan Lavender Heights, Senawang dekat sini, dinasihatkan supaya berwaspada dengan kehadiran individu yang tidak dikenali terutamanya pada waktu siang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lavender Heights Fasa 1, Pazilan Abd. Hadi memberitahu, wujud kumpulan tertentu yang menjadikan rumah kosong tanpa penghuni sebagai sasaran merompak dan pecah masuk.

"Berwaspadalah dengan taktik ini dan sentiasa perhatikan kawasan sekeliling kita, yang dilihat boleh menjadi laluan keluar masuk penjenayah sama ada waktu siang mahupun malam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi KRT Lavender Heights Fasa 3, Mohammed Sharif dan beberapa jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela (SRS) taman tersebut. Terdapat lebih 1,000 buah rumah pelbagai model di taman perumahan berkenaan.

Katanya, berikutan banyak kerja pembinaan termasuk pengubahsuaian rumah di taman berkenaan, pemantauan juga perlu dibuat ke atas pekerja asing yang keluar masuk ke kawasan ini.

"Rumah kosong, pagar yang bocor, kawasan tadahan hujan yang penuh dengan semak samun serta kealpaan penduduk, dikhuatiri menjadi pilihan terbaik kepada penjenayah untuk melakukan pecah masuk di rumah tanpa penghuni," katanya.

Dalam kejadian semalam, sebuah rumah di Fasa 1 di sini telah dipecah masuk perompak menyebabkan beberapa barangan elektrik, barang kemas dan wang tunai lesap akibat dikebas penyamun ketika penghuninya balik ke kampung pada hujung minggu.

"Kita perlu juga mengingatkan pembantu rumah yang kadangkala tinggal bersendirian bersama anak-anak supaya tidak membuka pintu atau pagar dan membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki rumah," katanya.

Justeru Pazilan meminta, penduduk di taman perumahan itu mengambil sikap berjaga-jaga dan segera menghubungi pihak polis jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan