Utusan Online - Politik |
Posted: Anwar sekeluarga dicabarOleh MOHD. ASRON MUSTAPHA KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu. Empat perkara tersebut ialah: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara. Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar. "Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya. "Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci. Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan. "Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Saya tidak sokong sesiapa - Hadi Posted: Saya tidak sokong sesiapa - HadiOleh OPAT RATTANACHOT
BALING 18 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan memihak kepada mana-mana calon yang akan bertanding merebut jawatan utama pada muktamar parti itu bulan depan. Katanya, beliau mahu barisan kepimpinan Pas pada penggal akan datang terdiri daripada kalangan mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang. "Saya tidak sokong sesiapa namun saya mahukan kepimpinan kolektif yang terdiri daripada campuran calon berlatar belakang agama dan juga profesional," katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek kampus Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil, dekat sini hari ini. Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali. Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, jumlah calon yang ramai dan layak bertanding dalam merebut jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan 3 hingga 5 Jun ini menandakan demokrasi benar-benar wujud dalam Pas. "Saya rasa ia satu perkembangan yang sihat malah yakin Pas akan bersih daripada politik wang dan melobi dengan cara kotor," ujarnya. Saingan untuk jawatan Timbalan Presiden dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan. Selain Nasharudin dan Azizan, empat nama lagi yang dicalon ialah Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; dua Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu. Selain itu, seramai 14 calon layak bertanding jawatan Naib Presiden daripada 18 yang dicadangkan termasuk seorang lagi penyandang, Datuk Mahfuz Omar. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan