Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


UMNO terus perjuangkan Melayu

Posted:

UMNO terus perjuangkan Melayu

UMNO terus perjuangkan Melayu


Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Noorainee Abdul Rahman bersalaman dengan anggota veteran UMNO pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Johor, semalam. - bernama


PAGOH 1 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, UMNO akan terus menjadi parti politik berteraskan perjuangan politik Melayu yang bersifat wasatiyyah iaitu politik Melayu dengan pendekatan sederhana dan adil kepada semua.

Timbalan Perdana Menteri berkata, biarpun UMNO adalah parti politik untuk orang Melayu, perpaduan dengan kaum lain tetap diberi keutamaan kerana perkara tersebut yang akan menjamin kesejahteraan di negara ini.

"Oleh sebab itu, permuafakatan politik yang dibina oleh UMNO bersama dengan rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN) dapat bertahan, malah bertambah kukuh sehingga ke hari ini. Terasnya ialah politik Melayu yang bersifat wasatiyyah yang sederhana, bukan ekstrem.

"Tetapi sederhana tidak bermaksud kita boleh menggadai prinsip perjuangan apabila berhadapan dengan suasana politik yang getir dan mencabar. Apa lagi menggadai prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik yang sementara," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Dewan Seri Pekembar di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Taat dan ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Menurut Muhyiddin, UMNO memperjuangkan hak istimewa orang Melayu tetapi pada masa sama menghormati hak kaum-kaum lain seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Negara.

Katanya, UMNO juga mempertahankan kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan namun tetap mengiktiraf hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

"Pas sebaliknya boleh mengenepikan sementara prinsip perjuangan semata-mata untuk meraih sokongan politik. Dulu mereka paling kuat memperjuangkan negara Islam. Kini mereka sudah tidak sebut lagi kerana takut hilang sokongan kawan-kawan dalam DAP dan PKR," katanya.

Tambah Muhyiddin, berdasarkan keputusan positif dalam pilihan raya kecil (PRK) serta pilihan raya negeri Sarawak, beliau yakin sokongan rakyat kepada UMNO dan BN telah kembali pulih dan angin perubahan juga sudah bertiup di negeri-negeri dikuasai pembangkang.

Katanya, pelbagai program transformasi yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberi harapan baru kepada rakyat bahawa UMNO dan BN serius dalam agenda mendahulukan rakyat dan membela nasib rakyat.

"Insya-Allah, jika kita terus istiqamah dengan prinsip, falsafah dan roh perjuangan UMNO, parti kita akan bertambah kuat dan dihormati. Jangan kita gadai prinsip perjuangan kerana prinsip ini yang akan menentukan kewujudan dan kelangsungan UMNO sebagai parti politik Melayu yang gagah dan perkasa," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenal pasti pelapis ikhlas, jujur

Posted:

Kenal pasti pelapis ikhlas, jujur

Kenal pasti pelapis ikhlas, jujur

KLUANG 1 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, misi utama UMNO sekarang adalah untuk mengenal pasti barisan pelapis kepimpinan yang ikhlas dan jujur demi meneruskan perjuangan untuk kebaikan masa depan rakyat.

Menurut beliau, penerapan nilai perjuangan ke dalam setiap sayap dan pelapis adalah perlu untuk membawa perjuangan UMNO terus maju ke hadapan.

"Rakyat tidak mahu lagi melayani pembohongan politik yang tidak berkesudahan. Saya selaku bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu ingin nyatakan bahawa kedudukan kita solid (kukuh).

"Keadaan kita (UMNO dan BN) jauh lebih baik berbanding suasana politik sebelum ini dan inilah masa untuk kita merapatkan barisan dan meneruskan perjuangan," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Puteri UMNO Bahagian Sembrong di Sekolah Menengah Seri Kota Paloh, di sini hari ini.

Menyentuh mengenai isu Pas, beliau menyifatkan kekalahan parti itu dalam kelima-lima kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini membuktikan pihak yang mendapat manfaat daripada semua agenda politik pembangkang adalah DAP.

"Pas sekarang goyah sehingga terpaksa ketepi nilai, agama, politik dan parti mereka sendiri. Sehubungan itu Pas perlu membuat pendirian yang betul demi masa depan umat Islam," katanya.

Hishamuddin turut menyuarakan kebimbangan mengenai pendekatan politik pembangkang yang menabur janji kosong dan membawa kepada pecah-belah kerana perkara sebegini tidak boleh dibiarkan sehingga menjadi ikutan generasi muda.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pembangkang boleh berbohong kepada sebahagian rakyat pada sesuatu masa tetapi bukan seluruh negara pada sepanjang masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan