Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Pengkhianat Islam

Posted:

Pengkhianat Islam

Pengkhianat Islam

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

"Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud "Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah".

"Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fikirkan faedah terbaik

Posted:

Fikirkan faedah terbaik

Fikirkan faedah terbaik

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Mei - UMNO tidak akan terlalu memikirkan kesan yang berlaku pada masa hadapan sekiranya bersatu dengan Pas sebaliknya memikirkan faedah terbaik kepada rakyat dalam membangunkan negara.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut jika dilakukan hanya akan menyebabkan apa yang dirancangkan untuk kebaikan rakyat tidak dapat dilaksanakan.

"Kalau kita terlalu memikirkan apa yang terjadi pada masa akan datang disebabkan tindakan pada hari ini, maka sesuatu yang dirancang itu pasti sukar untuk dilaksanakan.

"Rakyat kini sudah matang untuk memahami apa yang kita lakukan, tidak kiralah berpakat Pas atau DAP, apa yang penting adalah untuk masa depan bersama selagi ia tidak menjejaskan keselamatan negara serta keadaan tidak huru hara," katanya.

Beliau ditemui selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar India, S.M Krishna di pejabatnya di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas kesan sekiranya penyatuan UMNO dengan Pas hanya akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang undi daripada kaum Cina.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, rakyat kini mahukan kebajikan, kepentingan dan suara mereka didengari oleh para pemimpin dalam memastikan hak masing-masing terus dipelihara.

Sehubungan itu, beliau berkata, Program Transformasi Politik (PTP) merupakan tindakan terbaik yang perlu diamalkan oleh parti untuk memahami keperluan dan citarasa rakyat.

"Sebab itu kita (UMNO) diterima oleh rakyat kerana dapat melakukan perubahan dan transfomasi kepada parti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara

Posted:

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara

Ahmad Kamal Abdullah diumum Sasterawan Negara


Muhyiddin Yassin bersama para anggota panel Anugerah Sastera Negara Ke-11 di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abd Aziz (empat dari kiri).


PUTRAJAYA 3 Mei - Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala, 70, diisytiharkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Mengumumkan demikian hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anugerah itu melayakkan Kemala menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan sebanyak 50,000 naskhah atau kos cetakan karya bernilai maksimum RM500,000.

Karya tersebut akan dibeli oleh kerajaan dan disebarkan secara meluas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa sama, Kemala akan menikmati kemudahan perubatan percuma wad kelas satu di hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, menerbitkan karya dan terjemahan karya ke bahasa asing.

''Panel Penilai Anugerah Sastera Negara ke-11 yang dilantik oleh Perdana Menteri telah bermesyuarat sebanyak tiga kali dan saya mempengerusikan mesyuarat terakhir hari ini.

''Setelah membuat pertimbangan secara adil dan saksama, panel penilai mengisytiharkan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11," katanya kepada pemberita di sini.

Kemala yang dilahirkan di Gombak, Selangor mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang cukup luas dan menulis sejak di bangku sekolah rendah.

Beliau telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah buku antologi puisi, 10 buah buku kajian sastera, empat buah buku kumpulan cerpen, lapan buah buku antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

Muhyiddin menambah, karya- karya Kemala bermutu tinggi, dalam daya renungannya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

Ini terutamanya puisi nukilannya yang bukan sahaja menjadi ikutan generasi baru malah diminati oleh sarjana dalam dan luar negara, katanya.

Beliau berkata, karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

''Tokoh ini telah mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah SEA Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

''Beliau juga telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986), gaya, sebutan dan rentak suara pembacanya menjadi ikon selain aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan