Selasa, 17 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Kabel rentasi kawasan sibuk

Posted:

Kabel rentasi kawasan sibuk

Kabel rentasi kawasan sibuk

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


KAWASAN sibuk di Taman Connaught yang bakal direntasi oleh kabel voltan tinggi - utusan/ SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 16 Mei - Penduduk sekitar Taman Connaught di Cheras membantah sekeras- kerasnya projek kabel voltan tinggi yang merentasi taman perumahan itu dan mahu ia dihentikan segera.

Ketua MCA Bahagian Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng berkata, beliau mendapat banyak aduan daripada penduduk mengenai perkara itu terutama kekhuatiran mereka terhadap kesan sampingan apabila projek itu siap kelak.

"Kabel ini dipasang terlalu hampir dengan kawasan penempatan dan komersial di sini dan sudah pasti akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan penduduk setempat kerana voltannya yang tinggi.

"Penduduk di sini mahu pembinaan ini dihentikan, dan mereka juga mahukan pihak yang bertanggungjawab memberi jaminan keselamatan kepada penduduk di sini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat bantahan pembinaan kabel voltan tinggi tersebut bersama penduduk di Taman Connaught di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda MCA Bandar Tun Razak, Tau Kok Eng dan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Saujana, Taman Connaught, Tong Chee Weng.

Tambah beliau, Ahli Parlimen Pandan Jaya, Datuk Seri Ong Tee Keat telah pun mengambil inisiatif dengan menghantar bantahan terhadap projek tersebut kepada kerajaan negeri Selangor dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Kok Eng, projek tersebut dilaksanakan di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan sudah pun berjalan sejak setahun yang lalu.

"Kerajaan negeri Selangor dan TNB harus turun padang dan berjumpa dengan penduduk untuk memberikan penjelasan mengenai perkara ini.

"Penduduk di sini risau dengan implikasi daripada pembinaan tersebut terutama dalam jangka masa panjang," ujarnya.

Sebagai rekod, projek yang sama juga pernah mendapat bantahan penduduk Taman Cheras Hartamas Fasa 1.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk mahu jaminan keselamatan

Posted:

Penduduk mahu jaminan keselamatan

Penduduk mahu jaminan keselamatan

KUALA LUMPUR 16 Mei - Penduduk Taman Connaught di sini bimbang kesihatan dan keselamatan mereka terjejas berikutan pembinaan menara kabel elektrik voltan tinggi yang terlalu hampir dengan kawasan kediaman mereka.

Tiang-tiang kabel itu dibina betul-betul melalui kawasan penempatan mereka dan dikhuatiri akan memberi implikasi kepada kesihatan penduduk setelah ia siap kelak.

Penduduk berpendapat frekuensi elektromagnetik (EMF) dari kabel bervoltan tinggi itu boleh meningkatkan risiko kesihatan dalam jangka masa panjang.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Saujana, Taman Connaught, Tong Chee Weng berkata, dia mendapat banyak aduan daripada penduduk yang membantah pembinaan tersebut.

Katanya, terdapat 3,000 penduduk di Jalan Saujana sahaja dan kebanyakan mereka mengadu kepadanya bahawa mereka risau keselamatan dan kesihatan akan terjejas dengan pemasangan kabel itu.

"Tiang-tiang ini didirikan tanpa pengetahuan penduduk dan tiada penjelasan daripada pihak bertanggungjawab kepada penduduk untuk memaklumkan mengenainya.

"Perkara utama yang menjadi kebimbangan ialah kesihatan penduduk di sekitar kawasan ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Foo berkata, lebih baik mereka membuat bantahan terlebih dahulu sebelum kabel itu dipasang.

"Kalau kabel ini sudah dipasang nanti sudah tiada guna lagi dan sudah pasti penduduk akan menerima padah daripada kesan samping kabel voltan tinggi itu.

"Kami mahukan jaminan bahawa penduduk di sini selamat. Bina sahaja kabel di bawah tanah yang lebih selamat dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk walaupun ia mungkin sukar sedikit dari segi penyelenggaraan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ubah Bukit Bintang dalam 6 bulan

Posted:

Ubah Bukit Bintang dalam 6 bulan

Ubah Bukit Bintang dalam 6 bulan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mei – Alam Flora dan agensi-agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diberi masa enam bulan untuk menjadikan kawasan Bukit Bintang lebih bersih dan kemas.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, beliau telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak-pihak yang terlibat dalam tugas pembersihan itu dan mengarahkan mereka menjadikan pembersihan Bukit Bintang sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) mereka.

Katanya, transformasi tersebut akan bermula dari minggu ini dan dalam masa enam bulan beliau mahukan jaminan bahawa kawasan tumpuan pelancong dan warga kota itu sudah berubah.

"Walaupun kita lihat di jalan utama keadaannya bersih namun kalau diperhatikan pada jalan-jalan belakang banyak sampah yang mengotorkan tempat ini.

"Pembersihan tersebut bukan sahaja di luar bangunan, malah pemilik premis juga harus memastikan kebersihan di dalam bangunan milik mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2011 di Bukit Bintang di sini petang semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Borhan Dolah; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Ghani Yusof dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ida Harlina Ikhwan Nasir.

Sementara itu, Saravanan mencadangkan kepada Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjadikan Bukit Bintang sebagai kawasan untuk menjalankan aktiviti belia.

"Belia sebenarnya lebih tertarik dengan aktiviti yang dilaksanakan di luar dewan, jadi pihak majlis belia harus mengambil peluang ini untuk mengadakan aktiviti yang lebih sihat untuk mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat menganggap seks selamat sebagai satu bentuk pendidikan dalam usaha membendung kes-kes HIV daripada terus merebak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan