Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


1,000 bakal hilang kerja

Posted:

1,000 bakal hilang kerja

1,000 bakal hilang kerja

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my


WAKIL Kontraktor Melayu Bumiputera Kawasan Ampang Jaya menunjukkan surat makluman mengenai penyerahan semula kontrak pembersihan awam dan sisa pepejal kepada MPAJ di Ampang, semalam.


AMPANG 2 Mei – Kira-kira 1,000 penduduk khususnya di kawasan Ampang Jaya di sini, bakal kehilangan pekerjaan mereka sekiranya kontrak pembersihan awam dan sisa pepejal di daerah itu diambil alih oleh lima pihak berkuasa tempatan (PBT), berkuat kuasa 1 Julai ini.

Wakil Kontraktor Melayu Bumiputera Kawasan Ampang Jaya, Norazmii Baharuddin berkata, ia berikutan keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menamatkan pengurusan pembersihan awam yang sebelum ini dikendalikan oleh Alam Flora Sdn. Bhd.

Katanya, mereka yang terlibat dengan kehilangan pekerjaan itu merupakan pekerja di bawah sekurang-kurangnya 37 kontraktor baru dan lama di bawah Alam Flora dengan mengambil kira secara purata 25 pekerja bagi setiap kontraktor.

"Oleh itu, kami inginkan penjelasan yang kukuh daripada kerajaan negeri Selangor dan pihak MPAJ. Kami kecewa kerana kerajaan negeri Selangor tidak pernah berbincang dengan kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor pada 18 April lalu, untuk menyerahkan semula pengurusan pembersihan awam kepada PBT yang sebelum ini dikendalikan Alam Flora di negeri tersebut.

Tambah Norazmii, dalam hal itu, kerajaan negeri Selangor seharusnya menasihati kontraktor lama sekiranya prestasi tidak mencapai piawaian yang ditetapkan dan bukannya menyamaratakan semua pihak.

Katanya, pihaknya juga telah lama bersabar dengan sistem pembayaran oleh MPAJ yang tidak mengikut harga kontrak penuh dan tunggakan pembayaran melebihi tempoh tiga bulan berturut-turut.

"Pihak MPAJ hanya akan membuat pembayaran tiga bulan sekali kepada kontraktor. Lebih dikesali apabila pihak MPAJ juga akan memotong jumlah pembayaran dengan alasan tidak berpuas-hati dengan prestasi pembersihan awam kontraktor terbabit.

"Pemotongan ini tidak termasuk dalam perjanjian dan walaupun tidak dibayar penuh, kami tetap mengekalkan prestasi yang baik," katanya.

Beliau memberitahu, pada 2005, pihak MPAJ pernah mengambil-alih tugas pembersihan kawasan dan kutipan sisa pepejal tetapi pada Julai 2007, MPAJ terpaksa menyerahkan semula kepada Alam Flora kerana gagal melaksanakannya dengan baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPS diminta nilai semula

Posted:

MPS diminta nilai semula

MPS diminta nilai semula

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my

RAWANG 2 Mei – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diminta menyemak semula projek pembinaan bangunan komersial di tapak pasar lama pekan Rawang yang kini mahu membina tapak tempat letak kereta sehingga ke atas longkang.

Penyelaras Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Lee Li Yew berkata, MPS perlu menyemak sama ada pembinaan tersebut termasuk dengan pembinaan tapak meletak kereta di atas sebatang longkang kerana ia akan menjadikan jalan kecil di situ menjadi lebih sempit dan menyebabkan masalah lain.

Katanya, sepucuk surat telah pun dihantar kepada pihak MPS pada 28 April lalu mengenai perkara tersebut dan pihaknya masih menunggu jawapan balas.

"Pembinaan di tapak tersebut, di Jalan Tokong, menyusahkan pemilik kedai di sepanjang jalan itu dan di Jalan Maxwell kerena ia akan menyebabkan jalan sempit serta akan menyumbang pada kejadian banjir.

"Setiap kali hujan, banjir akan berlaku di kawasan ini. Kalau tapak (letak kereta) itu dibina dan longkang tertutup sudah tentulah kejadian banjir akan lebih teruk lagi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke kawasan tersebut bersama pemilik kedai yang tidak berpuas hati di Seksyen 7, pekan Rawang, di sini hari ini.

Turut hadir ialah, Penyelaras Parlimen Selayang, Chan Wun Hoong.

Li Yew berkata, pembinaan di atas longkang itu telah dibuat kira-kira dua minggu lalu.

Tambahnya, MPS perlu mengambil tindakan atas perkara itu bagi membela nasib pemilik kedai di kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang pemilik kedai emas, Chua Chin Hooi berkata, dia risau pembinaan itu akan menjadikan banjir kilat yang sering berlaku di situ bertambah teruk lagi.

"Kami terpaksa menanggung kerugian setiap kali banjir kerana perabot rosak selepas kedai dimasuki air.

"Pembinaan itu juga akan menjejaskan perniagaan kami kerana jalan menjadi sempit dan menyebabkan lori susah untuk masuk dan memunggahkan barang," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aduan masalah kualiti air semakin berkurangan

Posted:

Aduan masalah kualiti air semakin berkurangan

Aduan masalah kualiti air semakin berkurangan

KUALA LUMPUR 2 Mei - Aduan berkaitan kualiti air yang diterima oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) pada tahun lalu menunjukkan pengurangan ketara iaitu sebanyak 92,088.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, aduan menerusi panggilan telefon kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) pada 2010 ialah sebanyak 207,151 berbanding 299, 439 yang diterima pada tahun sebelumnya.

"Kejayaan menurunkan jumlah aduan ini adalah berdasarkan beberapa program yang telah dijalankan oleh Syabas dengan mengerakkan tenaga kerja kakitangan unit yang terdapat di bawah naungannya untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan kualiti air," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai program Skuad Ronda Puspel bersama 1Malaysia Task Force Team serta wakil persatuan penduduk di kawasan Bukit Bintang, di sini baru-baru ini.

Dalam rondaan tersebut, skuad itu telah melakukan demonstrasi ujian kualiti air di rumah dan premis perniagaan pelanggan kawasan berkenaan.

Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan oleh skuad ronda itu, didapati tahap kekeruhan air di rumah serta premis pelanggan adalah selamat digunakan dan berada dalam keadaan yang baik.

Abdul Halem menjelaskan, Skuad Ronda Puspel adalah merupakan program terbaru Syabas dalam usaha meningkatkan kualiti air di setiap kawasan.

Katanya, skuad itu akan membuat rondaan pada setiap hari dengan memberi penerangan, termasuklah melakukan demonstrasi ujian kualiti air yang bertujuan memberi gambaran sebenar tentang tahap kualiti air yang dibekalkan Syabas kepada semua pelanggan.

Ujarnya, program itu akan dianjurkan secara berperingkat di kesemua wilayah Syabas iaitu di Kuala Lumpur, Shah Alam, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak dan Sepang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan