Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kompleks ICQS Kota Putra beroperasi 2012
- Kematian Osama tidak selesai masalah
- Ahli perniagaan Singapura ditahan ISA
Kompleks ICQS Kota Putra beroperasi 2012 Posted: Kompleks ICQS Kota Putra beroperasi 2012
PADANG TERAP 9 Mei - Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Kota Putra di Durian Burung dekat sini dijangka beroperasi sepenuhnya Januari tahun depan sebagai laluan keluar masuk Malaysia-Thailand yang kedua di negeri ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi laluan itu akan dipertingkatkan setelah ICQS Ban Prakob, Thailand siap sepenuhnya November tahun ini. "Pada amnya, ICQS Kota Putra telah siap dan beroperasi sepenuhnya pada 20 Januari 2010, manakala ICQS Ban Prakob yang masih dalam pembinaan dijangka siap penghujung tahun ini. "Malaysia hanya menunggu isyarat daripada kerajaan Thailand dan apabila siap sepenuhnya ICQS Ban Prakob, laluan ini akan dibuka kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menyertai lawatan Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Malaysia-Thailand ke ICQS Kota Putra dan ICQS Ban Prakob Thailand hari ini. Lawatan turut disertai oleh 20 delegasi Thailand diketuai Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon. Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiflee Mohd. Zin dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar. Lawatan tersebut adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai semasa Mesyuarat ke-50 GBC Malthai pada 8 Ogos tahun lalu untuk meninjau perkembangan pembangunan serta mengenal pasti permasalahan di kawasan itu. Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, Malaysia dan Thailand bersetuju pengoperasian ICQS Kota Putra dan Ban Prakob mampu mengembangkan lagi taraf sosioekonomi penduduk kedua-dua pihak terutama di sekitar sempadan. "Selain itu, operasi di laluan ini juga dijangka mengekang jenayah lintas sempadan melibatkan kedua-dua negara," katanya. Sementara itu kata Prawit, Thailand memberi jaminan ICQS Ban Prakob yang 50 peratus pembinaannya akan disiapkan mengikut jadual walaupun ia mengalami sedikit kelewatan ketika ini. "Ia mungkin mengalami kelewatan sebanyak lima peratus ketika ini tetapi pada bulan depan kita akan atasi masalah kelewatan ini dan pastikan ia berjaya disiapkan ikut jadual," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Kematian Osama tidak selesai masalah Posted: Kematian Osama tidak selesai masalahKUALA LUMPUR 9 Mei - Kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dalam satu serangan di lokasi persembunyiannya di Pakistan baru-baru ini, tidak menjamin masalah keganasan antarabangsa turut berakhir. Setiausaha Negara Bagi Hal Ehwal Politik, Kementerian Luar Negara dan Integrasi Eropah Republik Croatia, Dr. Mario Nobilo berkata, walaupun Osama terbunuh dalam operasi yang digerakkan oleh Amerika Syarikat, namun kumpulan itu tetap wujud walaupun tidak sekukuh dahulu. Beliau bagaimanapun turut menafikan dakwaan menyatakan pergolakan politik yang berlaku di negara-negara Arab dari Maghribi hingga ke Bahrain pada masa ini digerakkan oleh anggota kumpulan itu. "Pergolakan di negara-negara Arab berlaku berikutan generasi muda mahukan kemakmuran diagihkan dengan seimbang kepada rakyat, selain kehadiran pekerja asing yang ramai di negara-negara terlibat," katanya selepas menyampaikan syarahan awam bertajuk 'Daripada Mengawasi Keamanan Kepada Membentuk Keamanan-Sebuah Cerita Transformasi di Bawah Bekas Yugoslavia' di sini hari ini. | ||
Ahli perniagaan Singapura ditahan ISA Posted: Ahli perniagaan Singapura ditahan ISAKUALA LUMPUR 9 Mei - Seorang ahli perniagaan Singapura yang diburu pihak berkuasa sejak beberapa tahun lalu, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan militan. Difahamkan, Abdul Majid Kunji yang berusia lewat 50-an itu telah 'bersembunyi' di Malaysia sejak beberapa tahun lalu sebelum ditahan sekitar ibu negara semalam. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, suspek dipercayai menyalurkan dana dan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang beroperasi di selatan Filipina. "Penahanan Abdul Majid dibuat atas sebab-sebab mempercayai penglibatannya boleh memudaratkan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. Turut difahamkan, Abdul Majid menguruskan perniagaan agensi pelancongan dan tekstil ketika berada di negara ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan