Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kecoh: Penduduk kecewa

Posted:

Kecoh: Penduduk kecewa

Kecoh: Penduduk kecewa

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei - Penduduk yang tinggal sekitar Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, dekat sini melahirkan rasa kecewa berikutan kekecohan yang berlaku di situ kelmarin.

Bekas pengerusi masjid itu, Syed Zainudin Syed Mokhtar berkata, tindakan pihak tertentu yang menimbulkan suasana kecoh pada hari tersebut mencemarkan kesucian masjid sebagai tempat beribadat.

"Perbuatan mereka membawa masuk politik ke dalam masjid adalah tidak wajar sama sekali dan perkara itu tidak seharusnya berlaku.

"Sepanjang saya menjadi pengerusi dahulu dan 24 tahun tinggal di kawasan ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan saya sedih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keadaan di ruang solat Masjid Amru Al-As kelmarin yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat yang dicemari tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Seorang pelajar, Muhammad Arif Azhar,18, berkata, beliau terkejut melihat kejadian itu ketika datang ke masjid tersebut untuk menunaikan solat Jumaat.

"Mereka yang berkelakuan demikian terdiri daripada orang- orang dewasa yang sudah matang tetapi tindak-tanduk pada hari berkenaan tidak mencerminkan sikap orang dewasa.

"Bagi saya, tidak patut kekecohan politik dibawa masuk sehingga ke dalam masjid,"katanya.

Sementara itu, Mohd. Suhairi Ahmad Sofian, 35, kakitangan awam berkata, beliau berharap perbuatan seperti itu tidak berlaku lagi kerana hanya memalukan umat Islam sahaja.

"Perbuatan itu juga boleh mendatangkan perasaan tidak selesa kepada penduduk kawasan ini yang sebelum ini tenang menjalani kehidupan harian mereka," katanya.

Seorang lagi penduduk yang tinggal berhampiran masjid tersebut, Abdul Razak Ahmad, 62, berkata, beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan menimbulkan kekecohan seperti yang berlaku baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pihak timbulkan kekecohan di Masjid Amru Al-As diminta bertaubat

Posted:

Pihak timbulkan kekecohan di Masjid Amru Al-As diminta bertaubat

Pihak timbulkan kekecohan di Masjid Amru Al-As diminta bertaubat

KUALA LUMPUR 1 Mei - Pihak yang melakukan kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kelmarin diminta supaya bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan sedemikian bagi memelihara kesucian rumah Allah.

Pada masa sama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan dan memastikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abd. Razak berkata, insiden Jumaat lalu itu sangat keterlaluan dan memalukan umat Islam apabila masjid tidak lagi dihormati hanya kerana kepentingan politik pihak tertentu.

"Jangan cemari tempat ibadah, itu adalah hak individu tersebut bagi membuat sumpah laknat. Lagipun, ia sesuatu yang dibenarkan dalam Islam, jika tidak berpuas hati, mereka boleh membuat sumpah laknat sendiri di tempat lain.

"Bila di dalam masjid, lupakanlah perbezaan fahaman politik. Semua umat Islam adalah sama dengan satu kiblat yang sama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keadaan di dalam ruang solat Masjid Amru Al-As kelmarin yang menjadi lokasi ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat yang dicemari tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharum menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menimbulkan kekecohan di dalam masjid tersebut.

"Tindakan provokasi segelintir ahli AMK dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghalang Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat dilihat kurang sopan dan bijak.

"Ia adalah hak individu atau kumpulan bagi membuktikan kebenaran dengan membuat sumpah laknat," ujarnya.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, insiden tersebut dengan sendirinya memperlihatkan pihak yang menimbulkan kekecohan itu tidak memperjuangkan keadilan seperti mana didakwa.

"Ia adalah hak Shazryl Eskay untuk membuat sumpah laknat. Buat apa nak kacau seperti ada sesuatu yang tidak kena dan menunjukkan lebih banyak andaian kepada pihak yang dituduh.

"Jika mereka mahu, buat sendiri sumpah laknat bagi membersihkan nama dan menafikannya. Saya juga minta agar parti atau pertubuhan Melayu lain tidak mengikut tingkah laku sedemikian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

7 NGO buat laporan polis di IPD KT

Posted:

7 NGO buat laporan polis di IPD KT

7 NGO buat laporan polis di IPD KT

KUALA TERENGGANU 1 Mei – Sebanyak tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kelmarin ketika ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat.

Gabungan itu terdiri daripada Kelab Belia Generasi Prihatin, Sahabat Laut Malaysia (Selam), Gerakan Belia 4B Terengganu, Kelab Permotoran Parlimen Kuala Terengganu, Persatuan Pendekar Marang, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Alumni 4B Terengganu.

Laporan dibuat oleh Setiausaha Selam, Ismail Awang pada pukul 1.58 petang.

Dalam laporan itu, gabungan terlibat menentang sekeras-kerasnya tindakan biadab kumpulan terbabit yang mencemarkan kesucian institusi masjid termasuk membawa masuk orang bukan Islam ke dalam rumah Allah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan