Isnin, 2 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Mayat warga emas ditemui berulat

Posted:

Mayat warga emas ditemui berulat

Mayat warga emas ditemui berulat

02/05/2011 10:09pm

MARANG – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan berulat dan bersandar di dinding bilik tidurnya di Taman Rahmat Mercang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, mayat Mustapa Yusof, 67, ditemui jirannya pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari apabila jirannya itu terhidu bau busuk semasa dia sedang memetik buah mangga dekat dengan rumah warga emas itu.

Beliau berkata, Mustapa yang mengidap penyakit asma dipercayai mati kira-kira empat hari lalu kerana sesak nafas.

Mayatnya yang dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sudah dituntut oleh anggota keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya Kuala Berang, di sini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rebut tanah: Bapa roboh rumah anak

Posted:

Rebut tanah: Bapa roboh rumah anak

Rebut tanah: Bapa roboh rumah anak

02/05/2011 10:09pm

MARANG — Ekoran masalah keluarga dan perselisihan faham berhubung pembahagian hak milik tanah, seorang lelaki bertindak meroboh rumah anaknya sendiri dengan jentolak.

Lelaki berumur 67 tahun bersama tiga anak tirinya turut mengugut keluarga Yusof Mat Yasin, 52, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi di Batu 13, Jalan Kuala Berang, semalam.

Ketika ditemui pemberita di rumahnya yang mengalami kerosakan teruk di bahagian dapur dan garaj hari ini, Yusof berkata dia telah beberapa kali disuruh mengosongkan rumahnya itu.

Yusof menjelaskan, rumah itu dibina 30 tahun lalu di atas tanah miliknya, namun ayahnya mendakwa rumahnya memasuki kawasan tanah milik bapanya di sebelah lot rumah itu.

Katanya mungkin berang kerana dia tidak juga berpindah keluar, bapanya bersama tiga saudara tirinya bertindak memutuskan bekalan elektrik dan mencabut meter air serta merobohkan garaj dan dapur rumah setingkat berkenaan pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan dalam sidang akhbarnya berkata, empat suspek berumur 30 hingga 67 tahun ditahan berhubung kejadian.

Katanya kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes Ramli diberi penghakiman terbuka

Posted:

Kes Ramli diberi penghakiman terbuka

Kes Ramli diberi penghakiman terbuka

02/05/2011 6:58pm

TUMPAT — Mahkamah Koroner di sini memutuskan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, pada 1 Mei 2010, sebagai penghakiman terbuka kerana tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk mensabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.

Semasa membaca keputusan itu, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat, berkata, keterangan yang diperolehi sepanjang inkues bermula 10 Jan lepas, tidak dapat menentukan siapa pelaku sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Saya mendapati inkues ini adalah kes terbuka di mana keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikhendaki untuk merekodkan lain-lain keputusan," katanya.

Inkues itu diadakan bagi menyiasat punca kematian Ramli, 50, yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika menunggang motosikal bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli, Palekbang, Tumpat, selepas bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada 1 Mei tahun lepas. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan