Harian Metro: Setempat |
Dari Pakistan ke Bukit Bintang Posted: 13 May 2011 12:32 PM PDT PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor berjaya mematahkan cubaan sindiket dadah antarabangsa berpangkalan di Islamabad, Pakistan yang cuba membawa masuk heroin mentah seberat 214.5 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM37.8 juta di Pelabuhan Klang, pada 28 April lalu. Taktik sindiket menyorokkan dadah terbabit di dalam bungkusan simen di satu daripada lima kontena simen gagal apabila kastam yang curiga dengan dokumen kargo itu mencatatkan alamat pembeli di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sedangkan kawasan berkenaan hanya berurus niaga produk berkaitan teknologi maklumat (IT) seperti telefon dan komputer.
"Semua kontena didapati tiba ke negara ini dari Islamabad, Pakistan melalui Pelabuhan Karachi dan semakan borang pengimport mendapati setiap unit kontena diikrar membawa sebanyak 560 beg simen.
Azis berkata, polis yang turut melakukan pemeriksaan mendapati heroin mentah itu dibungkus kemas dalam beg plastik serta disembunyikan di tengah beg simen.
Azis berkata, kedua-dua suspek terbabit kini direman di Balai Polis Dang Wangi sehingga Selasa depan dan dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.
|
Posted: 13 May 2011 12:22 PM PDT KUANTAN: Seorang pengarah urusan syarikat swasta yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atas urusan perniagaan maut apabila kereta mewah dipandunya merempuh belakang treler membawa muatan besi, di Kilometer 232.5, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, Muhammad Hilmy Hamzah, 34, dari Kampung Alor Melaka, Pulau Chondong, Kelantan, yang memandu Mercedes Benz S280, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Seorang lagi rakannya, Norhasni Ismail, 33, dari Seksyen 7, Bangi, Selangor, pula cedera di pipi kiri akibat terkena kaca dan masih menerima rawatan di Wad Pemerhatian di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Katanya, kemalangan berkenaan apabila kereta dipandu Muhammad Hilmy dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler itu yang dalam perjalanan ke Kuantan.
"Siasatan mendapati, ketika kejadian Norhasli dikatakan sedang tidur di tempat duduk penumpang hadapan dan mendakwa tidak tahu bagaimana kemalangan itu berlaku," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan