Sabtu, 14 Mei 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Gelupur disiram sebaldi asid

Posted: 13 May 2011 01:34 PM PDT

ALOR SETAR: "Dia meraung minta tolong di tepi jalan hampir setengah jam sambil menggelupur kesakitan kerana seluruh badan dan mukanya disimbah hampir satu baldi asid," kata Norhanim Hamzah, 47, ibu saudara Muhamad Hanif Sunaid@Shuib, 25, yang melecur kira-kira 50 peratus di tubuh selepas disimbah asid, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Muhamad Hanif yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak tujuh bulan lalu baru pulang ke rumahnya Kampung Sentang, Utan Aji, dekat Kangar, sebelum didatangi lelaki tidak dikenali yang memberi salam sambil mengetuk pintu.

Norhanim yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, Muhamad Hanif yang tidak mengesyaki apa-apa menjawab salam lalu membuka pintu sebelum lelaki terbabit menyimbah asid ke seluruh badannya termasuk muka.

"Beberapa jam sebelum kejadian, lori dipandu Hanif rosak dan dia meminta bantuan pemilik lori berkenaan datang membaiki. Selepas itu, dia pulang ke rumah dan berehat kerana ketika itu dia hanya memakai tuala, mungkin baru lepas mandi.


"Tiba-tiba ada orang memberi salam sambil mengetuk pintu. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa menjawab salam sambil membuka pintu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Saya bukan kaki skodeng’

Posted: 13 May 2011 01:33 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Tolonglah hentikan tohmahan yang mengatakan saya ini kaki mengintip atau mengendap orang mandi...kenapa perlu wujudkan isu yang tidak pernah saya buat dan tidak pernah saya tahu," kata pelakon baru, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramlee, 27.

Dia menolak dakwaan tidak berasas yang mengatakan dia 'gemar' mengintip pelajar lelaki mandi di hostel Universiti Sains Malaysia (USM).


Dia yang baru hari ke-5 mengikuti latihan praktikal di Istana Budaya terkejut sejurus dihubungi wartawan Harian Metro mengenai dakwaan itu dan menafikan dia 'kaki skodeng'' di tandas asramanya.

"Tolong jangan perbesarkan isu yang tidak pernah saya buat ni... tolonglah jangan memfitnah saya sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara itu," katanya.


Menurutnya, perkara itu memang tidak berasas dan menganggap tohmahan sedemikian sebagai cabaran kepadanya ketika baru menceburi dunia lakonan.


Arja Lee yang masih mengikuti pengajian di USM kini bingung kerana banyak tohmahan timbul selepas dia bergelar artis sedangkan perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya tidak faham mengapa orang mahu memfitnah saya sedangkan saya tidak buat perkara sedemikian rupa...tolonglah jaga hati dan perasaan keluarga saya," katanya.


Katanya, dia yang sudah dua tahun mengikuti pengajian di USM tidak pernah berhadapan masalah itu berharap keadaan kembali seperti sediakala.

Menurut sumber yang mahu dikenali sebagai Azri, dia diintai pelakon 'Anu Dalam Botol' itu sewaktu mandi di tandas asramanya.


Katanya, kejadian yang berlaku di sebuah kolej di USM itu kini menjadi bahan bualan di kalangan pelajar sejak penghujung April lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan