Selasa, 3 Mei 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Cegah kecacatan anak peringkat awal

Posted: 03 May 2011 03:57 PM PDT

Nasional

NAJIB bertanyakan sesuatu kepada G Muniswaran, 5 tahun    yang mengalami kecacatan tulang belakang   pada majlis pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan   Kanak-Kanak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.

NAJIB bertanyakan sesuatu kepada G Muniswaran, 5 tahun yang mengalami kecacatan tulang belakang pada majlis pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kanak-Kanak di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam.

Najib mahu maklumat faktor risiko disebar

IPOH: Datuk Seri Najib Razak berkata pengetahuan mencegah kecacatan kanak-kanak di peringkat awal perlu disebar luas ke seluruh anggota masyarakat, terutama ibu bapa bagi membolehkan masalah itu dirawat segera, sekali gus mengelak anak mengalami cacat sepanjang hayat sehingga mengorbankan masa depan mereka yang cerah.

Perdana Menteri berkata, ibu bapa perlu mengetahui faktor risiko yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan. Sebagai contoh, kegagalan memberi rawatan awal mudah dengan meletakkan ais pada dahi anak yang demam panas bagi menurunkan suhu, boleh mengakibatkan kesan kepada otak kanak-kanak berkenaan.

"Pencegahan awal atau intervensi awal maknanya pencegahan jangan berlaku sesuatu yang boleh membuat seseorang itu menjadi cacat. "Peringkat kedua pula, Kementerian Kesihatan boleh hantar pakar ke sekolah mengesan sama ada seorang pelajar ada tanda-tanda awal menjadi autistik atau sindrom down atau apapun yang mungkin ibu bapanya menafikan (kecacatan), tetapi (jika) doktor dapat kesan dan kenal pasti (kecacatan), ibu bapa kenalah terima hakikat yang tidak boleh dinafikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan serentak Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kanak-Kanak, laman web kempen berkenaan, siri dokumentari 13 siri kisah kanak-kanak autisme bertajuk Jika Itu Takdirnya di TV1 bermula malam tadi serta penerbitan buku Manual Pencegahan Kecacatan Kanak-kanak di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Kempen berkenaan adalah sebahagian program Semai Bakti anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Terdahulu, Rosmah menasihatkan ibu bapa supaya mengelak daripada sindrom penafian semata-mata kerana tidak dapat menerima hakikat kecacatan atau abnormaliti yang berlaku kepada anak mereka, sebaliknya mereka harus menerima kenyataan itu dan menganggap ia sebagai fitrah daripada Allah.

Katanya, apa yang penting ibu bapa seharusnya membawa anak untuk pemeriksaan awal kerana semakin lewat mereka dirawati, semakin sukar masalah itu diatasi.

Beliau berkata, pengalaman dari serata dunia menunjukkan program intervensi awal mampu membantu kanak-kanak autisme memaksimumkan potensi mereka dalam bidang tertentu seperti seni lukis, matematik, muzik dan seni.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jawatankuasa khas kaji kurikulum Sejarah ditubuh

Posted: 03 May 2011 03:55 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud (kiri) dan Omar (kanan).

MUHYIDDIN mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah di Putrajaya, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud (kiri) dan Omar (kanan).

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menemui 10 anggota Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah, yang dilantik berkuat kuasa semalam bagi memastikan kandungannya dapat memupuk semangat menjiwai 1Malaysia di kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, dalam kenyataan semalam, berkata jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Datuk Omar Mohd Hashim yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, manakala timbalannya ialah Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam.

"Penubuhannya selaras dengan dasar kerajaan menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013. Justeru, kita mahu mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah. "Matlamatnya, kurikulum Sejarah yang mahu diperkenalkan ini harus mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cinta tanah air, sekali gus memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warga Malaysia," katanya yang juga Menteri Pelajaran.

Ahli lain ialah Pakar Sejarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman; Pensyarah Jabatan Sejarah UM, Prof Dr Danny Wong Tze Ken dan Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ranjit Singh Darshan Singh.

Anggota lain termasuk Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Ismail Ali; Penolong Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Ilan Mersat dan wakil Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Dr Benedict Topin.

Perjumpaan pertama jawatankuasa khas itu berlangsung di Kementerian Pelajaran, semalam dan akan mengadakan perbincangan selama setahun untuk menyumbang pendapat atau memberi cadangan dalam empat aspek utama bagi menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan SPM mulai 2013.
Ia termasuk mengkaji kesesuaian kandungan kurikulum subjek Sejarah dan buku teks Sejarah sedia ada dengan hasil pembelajaran Sejarah yang menekankan penghayatan dan pengalaman perpaduan serta patriotisme selain mengkaji ketepatan fakta.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan