Rabu, 18 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Serangan asid: Kementerian Kesihatan sedang kaji

Posted: 18 May 2011 03:43 AM PDT

Mutakhir

PAPAR: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata kementeriannya sedang mengkaji isu berkenaan tentang peraturan penggunaan bahan kakis seperti asid.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan komputer notebook 1Malaysia kepada 1,844 pelajar di sini hari ini, beliau berkata, kementerian menganggap perkara itu perlu diselesaikan segera.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil baru-baru ini berkata, beliau akan membawa isu penjualan dan pembelian asid ke Kabinet secepat mungkin supaya undang-undang pembelian dan penjualan bahan itu dapat diperketat. Kenyataan beliau itu merujuk kepada serangan simbahan cecair dipercayai asid di sekitar Lembah Klang dan di beberapa kawasan lain yang menyasarkan golongan wanita.

Polis menerima lebih 20 laporan berhubung insiden itu.

Menyokong cadangan itu, Rosnah bersetuju tindakan drastik perlu dilakukan.

"Terdapat keperluan untuk mengawal, bukan sahaja asid tetapi bahan serupa yang boleh memudaratkan jika ia disalahgunakan," katanya.
Bagaimanapun katanya, kementerian itu perlu melihat mekanisme pelaksanaannya termasuk daripada aspek teknikal.

"Sekiranya diizinkan Allah, sesuatu akan dibuat tidak lama lagi," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hsien Loong umum Kabinet baru

Posted: 18 May 2011 03:11 AM PDT

Mutakhir

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan anggota Kabinet beliau, dengan 11 daripada 14 kementerian bertukar peneraju.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri di sini berkata, sembilan penyandang jawatan sedia ada akan meninggalkan jemaah menteri manakala tujuh anggota baru daripada kalangan Anggota Parlimen yang dipilih semula dan yang baru dipilih pada pilihan raya umum 7 Mei lalu, dilantik menyertai Kabinet.

Lee dan anggota Kabinet barunya itu akan mengangkat sumpah di hadapan Presiden S.R Nathan pada 7:30 malam Sabtu ini. Pelantikan mereka berkuatkuasa pada hari yang sama. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan