Ahad, 20 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Pusat susu kerbau

Posted:

Pusat susu kerbau

Pusat susu kerbau

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my


JOHARI Baharum (dua dari kiri) menunggang motosikal bersama Ahmad Said (kiri) pada majlis kenduri rakyat bersama Agrobank di Kampung Budi, Kubang Pasu, Kedah, semalam.


KUBANG PASU 19 Mac - Kampung Budi dan Kampung Pulau Timbul di sini bakal muncul sebagai pusat utama pengeluaran bekalan susu kerbau bagi menampung permintaan tinggi minuman itu di pasaran utara Semenanjung.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum berkata, setakat ini, terdapat sebuah syarikat yang mengusahakan ternakan kerbau bagi pengeluaran susu tetapi ia hanya untuk menampung permintaan sekitar daerah itu sahaja.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan membuat kajian supaya aktiviti ternakan susu kerbau di kampung ini dapat dikembangkan dengan lebih sistematik untuk memenuhi permintaan yang tinggi di pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program kenduri rakyat bersama Agrobank di Surau Kampung Budi di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said.

Johari memberitahu, setakat ini, syarikat itu mempunyai 30 ekor kerbau dan jumlah itu akan ditambah dengan kerbau-kerbau import dari India dan Pakistan.

"Jabatan Veterinar sedang menguruskan perkara ini dan dijangka pada hujung tahun ini kampung-kampung ini menjadi pusat pengeluaran susu kerbau bagi kawasan utara," katanya.

Menurutnya, susu kerbau mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerana rasanya lebih enak, berkhasiat selain boleh dijadikan bahan utama dalam membuat keju, dadih dan makanan lain berasaskan susu.

Katanya, setakat ini, terdapat ternakan susu kerbau di Taman Kerbau di Langkawi tetapi jumlah yang dihasilkan tidak mencukupi bagi menampung permintaan yang terlalu tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khidmat kereta api Bukit Bendera disambung

Posted:

Khidmat kereta api Bukit Bendera disambung

Khidmat kereta api Bukit Bendera disambung

PULAU PINANG 19 Mac - Seramai kira-kira 2.4 juta pengunjung dijangka menggunakan perkhidmatan kereta api Bukit Bendera apabila operasinya yang dihentikan hampir setahun untuk kerja-kerja naik taraf disambung semula sebulan lagi.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jumlah itu meningkat hampir empat kali ganda daripada jumlah pengunjung yang dicatatkan pada 2009 iaitu 607,198 orang dan untuk dua bulan pertama pada 2010, seramai 65,176 orang.

Katanya, peningkatan tersebut hasil imej dan wajah baru kereta api tersebut yang lebih pantas dan menggunakan koc-koc baru buatan Switzerland yang lebih moden selain lebih selesa untuk penumpang.

''Kerja-kerja menaik taraf kereta api Bukit Bendera telah selesai dilaksanakan kerajaan dan kini kami serahkan sepenuhnya kepada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk operasi dan penyelenggaraan.

''Kementerian Pelancongan telah menyediakan kemudahan, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memastikan tempat ini dijaga dan diselenggara dengan baik. Ini tanda kita tetap tengok dan jaga Pulau Pinang walaupun ia dikuasai pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyerahan projek menaik taraf kereta api Bukit Bendera kepada Timbalan Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera, Datuk Lee Kah Chun, di sini hari ini.

Menerusi projek membabitkan kos RM73 juta itu, kereta api jenis furnikular yang digunakan sejak 1923 digantikan dengan kereta api jenis elektrik yang lebih moden serta memberi keselesaan kepada pengunjung ke Bukit Bendera .

Sebelum ini, perkhidmatan kereta api berusia 87 tahun itu dihentikan operasinya bermula 22 Februari tahun lalu untuk kerja-kerja menaik taraf.

Sementara itu, Yen Yen berkata, potensi negeri itu menjadi peneraju sektor pelancongan cukup tinggi tetapi memerlukan komitmen jitu daripada kerajaan DAP Pulau Pinang untuk melakukan peningkatan terhadap landskap yang ada.

''Saya amat mengharapkan Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mempolitik apa-apa jua isu yang berkaitan dengan manfaat rakyat. Tidak guna kita menjadi wakil rakyat kalau tidak dapat membezakan mana yang penting untuk mereka atau parti politik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan