Isnin, 28 Mac 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Bantu belia miliki tanah

Posted:

Bantu belia miliki tanah

Bantu belia miliki tanah

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Mac – Harga tanah di Kampung Tersusun Lipat Kajang Merlimau, Jasin di sini dikurangkan kira-kira 30 peratus bagi membolehkan golongan belia memiliki tanah di kawasan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri. Mohd. Ali Rustam berkata, berdasarkan perbincangan bersama pembeli semalam, kerajaan negeri bersetuju supaya 240 lot tanah yang ada di kampung tersusun itu dijual pada harga antara RM7 dan RM9 bagi setiap kaki persegi.

"Dulu setiap kaki persegi kita jual RM10 hingga RM13 tetapi kerana ramai pembeli minta kita turunkan harga, tetapi kita terpaksa kurangkan sedikit spesifikasi kemudahan.

"Pembeli yang sudah beli lot tanah pada harga lama juga layak mendapatkan harga baru ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan 24 pembeli tanah di kampung itu di Seri Bendahara di sini.

Ujarnya, pengurangan harga itu membolehkan golongan muda memiliki lot tanah di kampung itu pada harga RM35,000 bagi tanah seluas 5,000 kaki persegi berbanding RM50,000 untuk keluasan tanah yang sama sebelum ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sembilan pesalah ringan bersihkan masjid

Posted:

Sembilan pesalah ringan bersihkan masjid

Sembilan pesalah ringan bersihkan masjid


Shuib Ongah memberi taklimat kepada sebahagian daripada sembilan orang pesalah ringan daripada Parol Daerah Melaka untuk membersihkan Masjid Ayer Molek di Melaka, semalam.


MELAKA 27 Mac - Seramai sembilan orang daripada Parol Daerah Melaka Tengah terlibat dalam program Pusat Kehadiran Wajib (PKW) diarahkan membersihkan masjid Ayer Molek dan Rumah Orang Tua Bukit Baru secara percuma.

Ketua Seksyen PKW, Shuib Ongah berkata, program yang dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah bagi pesalah-pesalah yang melakukan jenayah ringan seperti mencuri dan memiliki komponen atau motosikal curi, lumba haram, mencuri basikal dan sebagainya.

Menurutnya, mereka akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan selama dua atau tiga jam sehari selama tiga bulan sebelum dibebaskan.

"Program ini dapat memberikan peluang kepada pesalah mendekati masyarakat dan membuka minda mengenai keburukan melakukan jenayah curi dan sebagainya apabila dibebaskan," jelas beliau ketika ditemui pada program membersihkan masjid Ayer Molek, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Parol Daerah Melaka Tengah, Jamaludin Elias, Pegawai Penjara, Saufie Afandy Md. Senin dan Penyelia KPW, Raeis Aziz.

Sementara itu, Bendahari Masjid Ayer Molek, Md. Yasiudin Abd. Hadi yakin kerja-kerja melibatkan pesalah dengan masyarakat akan membolehkan mereka kembali semua ke pangkal jalan.

Menurutnya, program yang dijalankan secara percuma itu merupakan inisiatif kerajaan untuk memberi pendedahan kepada pesalah terhadap masyarakat.

''Saya yakin mereka akan sedar tentang kesalahan yang telah dilakukan. Berjumpa masyarakat diharap akan menjadikan mereka manusia berguna," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesan radioaktif: jangan beli bayam, brokoli dari Jepun

Posted:

Kesan radioaktif: jangan beli bayam, brokoli dari Jepun

Kesan radioaktif: jangan beli bayam, brokoli dari Jepun

SEREMBAN 27 Mac - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan untuk tidak membeli sayur-sayuran terutamanya bayam dan brokoli dari Jepun yang terdedah dengan kesan radioaktif di Fukushima.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi berkata, kerajaan negeri memandang serius keadaan yang berlaku dan mahu supaya orang ramai menghentikan seketika pembelian sayuran berkenaan buat sementara waktu.

''Kerajaan negeri memang berjaga-jaga dalam soal ini kerana apa yang berlaku melibatkan pengimportan sayur-sayuran yang terdedah dengan bahan radiasi dan sudah pasti ia akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.

''Kita mahu supaya orang ramai terutamanya pembeli berwaspada dengan sayur-sayuran dari negara berkenaan kerana dalam soal kesihatan kita tidak boleh berkompromi," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Duta Malaysia di Jepun, Datuk Shaharuddin Md. Som mengenai pergantungan pengimportan 11 produk pertanian ke negara ini termasuk bayam dan brokoli kerana disahkan tercemar dengan bahan radiasi nuklear.

Tambah beliau, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri selain Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri untuk menghalang penjualan bahan makanan itu kepada orang ramai.

Orang ramai juga jelasnya, diingatkan supaya memberi maklumat kepada pihaknya supaya langkah pencegahan dapat dibuat dengan segera.

''Kita mengharapkan supaya orang ramai sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenainya. Jika perlu laporkan kepada pihak berkuasa supaya langkah susulan dapat diambil.

''Nasihat ini juga turut ditujukan kepada para peniaga supaya tidak mengambil mudah perkara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan