Ahad, 27 Mac 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti

Posted: 27 Mar 2011 03:08 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini. Beliau yang juga bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bayan Baru berkata, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan hanya mementingkan perjuangan individu malah kepentingan serta hak kaum India di negeri ini tidak dijaga oleh kepimpinan pakatan pembangkang.

Dhinabalan yang menyertai PKR sejak tahun 2008 telah mengambil keputusan keluar parti itu tahun lalu, diikuti 200 anggota persatuan itu hari ini.

Persatuan itu mempunyai seramai 280 anggota di sekitar Pulau Pinang. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ezam tidak berminat tanding pilihan raya umum

Posted: 27 Mar 2011 03:00 AM PDT

Mutakhir

BANTING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor, berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau akan menolak sekiranya ditawarkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Katanya, ini kerana beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang telah banyak mengikis nilai moral manusia. "Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan