Khamis, 31 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Malek Noor rebah di padang bola

Posted:

Malek Noor rebah di padang bola

Malek Noor rebah di padang bola

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
dan KAMARUDDIN ISMAIL
berita@kosmo.com.my


MALEK dipimpin oleh doktor dan anggota pertahanan awam selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Ipoh malam kelmarin.


IPOH – Bekas juara bina badan Mr. Asia enam kali, Datuk Malek Noor dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini selepas mengalami sesak nafas akibat serangan sakit jantung malam kelmarin.

Ketika kejadian, beliau sedang menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak di Stadium Perak di sini.

Malek yang bermain di posisi penjaga gol tiba-tiba berpaut pada tiang gol dan menahan kesakitan pada bahagian dadanya selepas lima minit perlawanan bermula.

Bekas atlet berusia 56 tahun itu kemudian diberikan bantuan kecemasan oleh seorang pegawai perubatan sebelum dipindahkan ke Hospital Permaisuri Bainun di sini.

Pengurus Keahlian Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), Aminuddin Mohd. Nasir berkata, ahli bina badan itu kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pantai Ipoh.

"Malek sangat teruja untuk menyertai perlawanan itu bahkan pada sesi pemanas badan sebelumnya, dia sangat cergas.

"Tiada langsung tanda-tanda dia diserang sakit jantung sehinggalah dia menjerit memanggil saya dan mengadu sesak nafas," ceritanya.

Menurut Aminuddin, keadaannya kini semakin stabil dan beliau berharap semua pihak mendoakan bekas jaguh bina badan negara itu pulih.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sekat ambil untung melampau

Posted:

Sekat ambil untung melampau

Sekat ambil untung melampau

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my


SEORANG peniaga makanan, Andi Rahmat (kanan) melayan pelanggan di Restoran Masyur, Taman Pelangi, Johor Bahru semalam. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Gejala kenaikan harga barang dan perbuatan segelintir peniaga mengambil keuntungan secara keterlaluan dijangka berakhir selepas penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 mulai hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui akta itu, kerajaan diberi kuasa mengawal kenaikan secara lebih berkesan.

"Sebagai contoh, suatu ketika dahulu, harga topeng muka naik mendadak selepas negara dilanda wabak H1N1 tetapi kementerian tidak mampu mengawalnya.

"Melalui akta ini, sekiranya kes seperti itu berulang, kerajaan boleh mengambil tindakan segera ke atas peniaga terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Ketua-Ketua Pengarang Media dan pihak pengurusan tertinggi kementerian di sini semalam.

Menurut Ismail Sabri, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 itu diwartakan bagi menggantikan Akta Kawalan Harga 1946.

Berbanding Akta Kawalan Harga 1946, akta baru itu disifatkan lebih berkesan terutamanya bagi mengawal kenaikan harga barang secara mendadak ketika darurat seperti pada waktu bencana dan kekurangan bekalan.

Akta baru itu juga, katanya, menjadikan kementerian mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas peniaga yang mengambil kesempatan tanpa perlu menunggu sesuatu barang diwartakan seperti dalam Akta Kawalan Harga sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah culik, bunuh pelajar

Posted:

Padah culik, bunuh pelajar

Padah culik, bunuh pelajar

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


KIM HONG dihukum mati manakala dua lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menculik dan membunuh Ying Xin.


KUALA LUMPUR - Kekejaman tiga sahabat menculik seorang pelajar perempuan bagi menuntut wang tebusan berjumlah RM60,000 lalu membunuh dan membakar mayat mangsa dibalas dengan hukuman gantung sampai mati dan dipenjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pendandan rambut, Teh Kim Hong, 25, terpaksa menerima hakikat dihukum gantung mandatori atas dua kesalahan iaitu membunuh dan menculik Lai Ying Xin, 16, tiga tahun lalu selepas disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Dua lagi remaja lelaki, masing-masing berumur 19 dan 20 tahun pula dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bagi dua kesalahan sama sehingga mereka mendapat perkenan Sultan Johor untuk dibebaskan.

Hukuman terhadap kedua-dua remaja itu dibuat mengikut Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-kanak 2001 berikutan ketika kejadian mereka baru berusia 16 dan 17 tahun.

Lebih menyayat hati, mangsa dibunuh selepas wang tebusan RM30,000 telah dibayar kepada tertuduh dengan dua remaja itu merupakan rakan sekolah mangsa manakala tertuduh pertama, Kim Hong pula rakan kepada kakak mangsa.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan ketiga-tiga tertuduh sangat serius apabila seorang remaja perempuan tidak berdosa diculik demi mendapatkan wang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan