Ahad, 27 Mac 2011

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sasaran lebih cemerlang KDN

Posted:

Sasaran lebih cemerlang KDN

Sasaran lebih cemerlang KDN

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my


Sebahagian daripada anggota polis segak berbaris sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - GAMBAR-ZAINI HUSIN


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini melaporkan hasil Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk 2010 berjaya melangkaui sasaran awal menentang jenayah di seluruh negara.

Pada awal 2010, sasaran ditetapkan untuk pengurangan lima peratus indeks jenayah yang melibatkan 14 kategori berbeza di samping penurunan 20 peratus jenayah jalanan yang merangkumi ragut dan rompakan tidak bersenjata.

Selain itu, sasaran turut ditetapkan untuk menutup 2,000 kes jenayah berat yang tertangguh serta mengemukakan 5,500 kes jenayah berat untuk pendakwaan di mahkamah.

Usaha mencapai sasaran ini bukan sahaja dipikul Polis Diraja Malaysia (PDRM) malahan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Jabatan lain di bawah KDN iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di samping agensi kerajaan yang lain turut membantu sehinggakan semua sasaran tersebut dicapai atau melangkaui jangkaan.

Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2010 menunjukkan Pencapaian dalam mencantas indeks jenayah mencapai keputusan yang amat memberangsangkan dengan penurunan 15 peratus (penurunan lebih 32,000 kes) berbanding lima peratus yang disasarkan.

Peratusan ini juga merupakan rekod penurunan jenayah tertinggi sejak negara merdeka sementara kejiranan yang sebelum ini mencatatkan kadar jenayah yang tinggi turut menunjukkan penurunan mendadak.

Jenayah jalanan berjaya dikurangkan sebanyak 35 peratus, hampir dua kali ganda sasaran awal sebanyak 20 peratus.

Negeri 'panas' seperti Pulau Pinang mencatatkan penurunan lebih 25 peratus kadar jenayah sementara Selangor dan Johor masing-masing mencatatkan 11.36 peratus dan 1.55 peratus penurunan tambahan untuk tiga bulan pertama 2011.

Buat pertama kali juga, kadar jenayah di seluruh negara dapat dikurangkan selepas empat tahun berturut-turut menunjukkan peningkatan mendadak terutamanya bagi jenayah jalanan.

Antara kejayaan yang dinyatakan laporan GTP 2010 itu termasuk rampasan 2,371 kenderaan dalam Ops Lejang, 2,471 penahanan untuk rompakan tepi jalan (Ops Rentap), 2,050 penahanan untuk kes pecah rumah (Ops Pintu) dan penyediaan 1,008 Alat Komunikasi Mudah Alih (MACD).

Hasil kejayaan itu turut diiktiraf Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bukan sahaja kerana telah mengurangkan kadar jenayah negara malahan jauh melangkaui sasaran awal NKRA dalam hanya satu tahun.

Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye menganggap pencapaian itu amat membanggakan tetapi menegaskan masih ada ruang untuk ditingkatkan.

"Kita berharap pihak polis dan agensi berkaitan meneruskan usaha agar dapat mencapai hasil lebih baik untuk 2011.

"Usaha ini memerlukan komitmen berterusan dari semua anggota PDRM tidak kira yang berpangkat tinggi atau rendah," katanya.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan pula berpendapat usaha dan kerjasama antara pihak berkuasa dengan orang ramai menjadi kunci kejayaan yang dicapai itu.

"Pencapaian yang amat baik ini memerlukan kerjasama semua pihak dan tentu kita semua berharap keputusan setanding atau lebih baik dapat dicapai untuk 2011.

"Selain itu, aplikasi teknologi canggih dan terkini juga perlu diberi penekanan melalui penyediaan peruntukan yang cukup bagi membolehkan usaha menentang jenayah terus mengekalkan momentumnya," ujarnya.

Laporan tahunan GTP 2010 berkenaan turut menyatakan kerjasama antara orang ramai, pihak swasta dan anggota beruniform menjadi antara kunci kejayaan sasaran NKRA tersebut.

Melalui 2,168 skim rondaan sukarela (SRS), 108,400 orang awam menyertai warga Rela, JPAM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan rondaan terutamanya di kawasan panas di samping pemantauan 387,734 ahli RakanCop serta kehadiran Balai Polis Bergerak bersama unit motosikal polis.

Maklum balas Jawatankuasa Antarabangsa Penilaian Prestasi (IPR) untuk NKRA turut menyokong langkah menyusun semula tugas anggota polis ke barisan hadapan sebagai pemikiran luar kotak dan komitmen agihan tenaga kerja secara bijak yang amat berkesan.

Jawatankuasa itu turut menyokong cadangan menyediakan teknologi terkini dan lebih canggih kepada anggota polis bukan sahaja bagi menghalang jenayah malahan untuk menjangka perubahan bentuk jenayah yang mungkin dilakukan kelak.

Untuk 2011, KDN telah menetapkan beberapa sasaran baru dalam menantang jenayah teramsuk penurunan lima peratus indeks jenayah dan pengurangan 20 peratus jenayah jalanan berbanding 2010.

Selain itu, sasaran turut ditetapkan agar cuma 50 peratus penduduk negara ini yang mempunyai 'rasa khuatir menjadi mangsa jenayah' (52.8 peratus pada 2010), 60 peratus responden 'berpuas hati dengan perkhidmatan PDRM' (55 peratus pada 2010) dan membawa sekurang-kurangnya 20 peratus kes siasatan yang dibuka untuk pendakwaan di mahkamah.

Dengan kerjasama semua pihak terutamanya orang ramai serta penyediaan teknologi terkini untuk pihak berkuasa, bukan sahaja angka-angka sasaran ini adpat dicapai malahan kadar jenayah negara pasti dapat dikurangkan dengan mendadak.

Semua usaha tersebut perlu digembeling dari sekarang demi menjamin dan menyediakan persekitaran lebih selamat dan selesa untuk generasi akan datang seterusnya menjamin kelangsungan bumi bernama Malaysia ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemikiran Strategi Laut Biru

Posted:

Pemikiran Strategi Laut Biru

Pemikiran Strategi Laut Biru

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
marhaini.kamaruddin@utusan.com.my


Najib Tun Razak berbual dengan seorang banduan sambil diperhatikan ahli keluarga banduan (kiri duduk) selepas melancarkan program pemulihan dan perasmian pusat pemulihan pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang, Sabtu lalu.


KEADAAN aman di Malaysia menyebabkan kelibat anggota tentera jarang-jarang kelihatan.

Berbeza dengan polis yang dapat kita lihat di mana-mana, tentera apatah lagi dalam jumlah yang besar hanya dapat dilihat semasa perbarisan Hari Kebangsaan, membantu memindahkan mangsa bencana banjir atau tanah runtuh.

Sekali-sekala wajah segak mereka keluar di dada akhbar ketika berlepas pergi atau pulang dari luar negara sebagai pasukan pengaman di bawah panji Bangsa-Bangsa Bersatu.

Akibatnya anggota tentera menjadi figura yang asing bagi masyarakat.

Justeru pelancaran Program Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, Kluang, Johor oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu, membawa perspektif baru kepada tugas pasukan tentera - bukan hanya mendekati rakyat semasa kecemasan atau bencana.

Seperti kata Najib: "Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan terutamanya polis, tentera dan Jabatan Penjara dilihat menjaga kubu masing-masing dengan secara cemburu."

Namun di bawah pemikiran Strategi Laut Biru (National Blue Ocean Strategy - NBOS), kedua-dua kementerian bekerjasama dalam Program Pemulihan Pemasyarakatan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber kerajaan yang sedia ada bagi mencapai impak lebih besar.

Sebelum ini, mungkin tidak pernah dibayangkan sebuah pusat pemulihan yang menempatkan banduan akan dibina di dalam kem tentera.

Namun di bawah NBOS, pusat-pusat pemulihan akan dibina di kem tentera yang dikenal pasti dengan anggota tentera membantu menyelia banduan bersama-sama pegawai penjara.

Lima kem tentera terlibat menjadi perintis program iaitu Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan, Kem Tok Jalai, Alor Setar (Kedah), Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis, Kuantan (Pahang), Kem Desa Pahlawan (Kelantan) dan Kem Mahkota, Kluang, Johor, yang dirasmikan Najib, kelmarin.

Mungkin akan timbul suara-suara sumbang mempersoalkan kenapa perlu dilakukan di dalam kem tentera? Tidakkah ini akan mengancam keselamatan anggota tentera dan keluarga mereka yang berada di dalam kawasan itu. Malah lebih buruk lagi mendedahkan aset ketenteraan negara kepada golongan banduan?

Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin sudah pun bersedia menjawab isu-isu seperti itu.

"Secara logiknya dalam keadaan sekarang, di manakah lokasi yang paling sesuai untuk membina penjara," soalnya.

Hakikatnya tidak ada komuniti yang mahukan penjara dibina dalam kejiranan mereka.

Memang mudah mencadangkan program itu dan ini kononnya untuk mengembalikan bekas banduan ke pangkuan masyarakat, namun realitinya siapa yang benar-benar ikhlas dan tidak teragak-agak menerima mereka?

Menyedarinya, Najib selaku bekas Menteri Pertahanan yang cukup arif tentang aset dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melontarkan pandangan: "Kenapa tidak dibina sahaja pusat pemulihan banduan di dalam kem tentera?"

Selain menjimatkan kos seperti dijelaskan Perdana Menteri - dianggarkan hampir RM40 juta untuk membina sebuah penjara berbanding hanya sekitar RM4 juta bagi sebuah pusat pemulihan di dalam kem tentera - masalah kesukaran mencari lokasi penjara baru seterusnya kesesakan di penjara seluruh negara dapat diatasi serentak.

Bagi Zulkifeli dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar, program terbaru ini cukup mengujakan mereka.

Sebagai langkah pertama untuk memasyarakatkan kumpulan yang terlibat di bawah program itu, mereka tidak lagi dipanggil banduan sebaliknya 'orang yang diselia'.

Selain kemahiran tertentu yang akan diajar kepada mereka sebagai bekal apabila keluar nanti, pelbagai aktiviti antaranya kelas pemantapan rohani oleh Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan serta perlawanan futsal persahabatan, dirancang.

Malah, Kor Pendidikan Angkatan Tentera bersedia mengadakan kelas malam untuk 'orang yang diselia' sekiranya ada yang berminat menduduki peperiksaan.

Semuanya bermatlamat membina sikap baik, memudahkan pergaulan dan mengembalikan keyakinan mereka untuk berdepan dengan masyarakat.

Akhirnya, peranan Jabatan Penjara sebagai organisasi pemulihan dan bukan sekadar pelaksana hukuman akan betul-betul tercapai.

Penglibatan ATM pula akan memberi nilai tambah kepada 'graduan' pusat pemulihan terbabit apabila mereka dibiasakan dengan nilai disiplin tentera yang tinggi.

Justeru ia diyakini akan menurunkan kadar kemasukan semula ke penjara sekali gus mencapai salah satu objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kadar jenayah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan