Selasa, 29 Mac 2011

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Transformasi kepayahan landa BM

Posted:

Transformasi kepayahan landa BM

Transformasi kepayahan landa BM

Oleh Rais Yatim

FAKTA awalan yang harus diterima ialah bahawa bahasa Melayu kini sedang mengalami kepayahan dalam dua jurusan: jurusan pertama ialah "kecacamerbaan" pemakaian atau penggunaannya yang merosakkan amalan-amalan formal dan tidak formal. Kedua ialah nilai komersil atau dalam istilahnya yang lebih meluas – nilai ekonominya yang kian menurun.

Untuk memahami kedua-dua senario kepayahan tersebut kita harus melihat persekitaran yang menyelubungi penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan harian, dalam bentuk lisan dan penulisannya di kalangan penutur terlalu banyak dipangkah atau dikuasai oleh perkataan, suku kata (frasa) malah ayat-ayat bahasa Inggeris sehingga sesuatu ayat itu tidak lagi layak atau boleh dianggap sebagai bahasa Melayu. Baik dalam suasana mesyuarat mahupun dalam pertuturan biasa kelumrahan ini amat ketara.

Dalam hidup harian begitu kerap didengar ayat-ayat berikut:

"so, jadi kita kena buat bestlah…";

"then, lepas tu kita terus pergi lunch…";

"Cuba trylah dulu, then you know."

"OKlah, you let me know kemudian…"

Beratus-ratus lagi contoh bahasa rojak atau bahasa sekerat belut sekerat ular ini yang boleh disenaraikan sebagai 'pemangkah' bahasa Melayu. Barang diingati, gasing berpusing yang dipangkah boleh pecah atau mati winya. Bahasa Melayu yang sedang dipangkah dengan pelbagai perkataan Inggeris tanpa mengira kesan budayanya akan mengalami transformasi yang payah dan parah.

Ini bukan setakat perlunya menggunakan perkataan atau istilah teknikal, saintifik atau yang berpunca daripada sistem urus niaga yang rumit. Contoh-contoh ini telah memasuki struktur pembudayaan bahasa Melayu itu sendiri yang berupaya pula menukar pembahasaannya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dokumentari perincikan titik persamaan dua negara

Posted:

Dokumentari perincikan titik persamaan dua negara

Dokumentari perincikan titik persamaan dua negara

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

PERBUATAN mengkritik atau mempersoalkan sesuatu isu adalah perkara mudah yang sering dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, sesuai dengan perubahan zaman, maka sudah sampai masanya untuk NGO memperluaskan peranan mereka dengan bertindak sebagai penyelesai masalah.

Selaras dengan perubahan itu, pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah mengorak langkah untuk menerbitkan dokumentari bertajuk Antara Dua Garisan yang bertujuan memperincikan pelbagai titik persamaan yang dikongsikan bersama antara kerajaan dan rakyat di Malaysia serta Indonesia.

Penerbitan dokumentari selama 30 minit yang membabitkan wawancara dengan menteri, timbalan menteri dan tokoh kedua-dua negara telah memulakan penggambaran pada 21 Mac lalu.

Dokumentari yang diusahakan oleh JMM dengan kerjasama Yayasan Nusantara dan beberapa NGO dari Indonesia bakal disiarkan sebanyak 14 episod mulai Jun ini di stesen televisyen yang terpilih di negara ini dan republik itu.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan