Rabu, 30 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Rumah penuh wang

Posted: 29 Mar 2011 12:14 PM PDT

MukaDepan

SPRM temui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah pegawai kastam

PUTRAJAYA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, di Pahang kelmarin kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara. Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

"Kami menemui ratusan ribu ringgit berselerakan di rumah yang diduduki pasangan pegawai kanan Kastam berkenaan dan mereka kemudian ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pembersihan wang haram membabitkan lebih 100 premis yang diserbu kelmarin," katanya pada sidang media di sini semalam.
Beliau berkata, selain rumah pasangan itu, pasukan bertindak turut membuat serbuan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis kastam di seluruh negara.

Katanya, siasatan membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Mustafar berkata, operasi itu khusus bagi mencegah kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil cukai kerajaan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import dan penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Apabila sesuatu barangan diimport dan harganya diisytihar lebih rendah daripada nilai sebenar, cukai yang ditaksir juga rendah. Justeru, wujud perbezaan dari segi nilai import dan harga sebenar yang menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit kutipan cukai.

"Operasi ini adalah hasil siasatan kita selama sebulan bagi mengenal pasti rangkaian keseluruhan kegiatan haram yang kita umpamakan sebagai sindiket yang mempunyai hubung kait. Kita akan meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada pasangan pegawai kastam itu," katanya.

Mustafar mengesahkan serbuan itu ada kaitan dengan serbuan SPRM terhadap pejabat seorang ahli perniagaan yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Selangor, Ang Leng Kiat, kelmarin tetapi menegaskan premis berkenaan hanya secara kebetulan dimiliki sebuah parti politik.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bermula semalam ketika dibawa ke mahkamah selepas ditahan di pejabat SPRM di sini.

Pegawai Pendakwa SPRM, Raja Mohd Shasrizam Raja Nik Mahmud, berkata mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Beliau berkata, pasangan berkenaan datang bersama peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

"Pasangan berkenaan ditemui pegawai SPRM di rumahnya di Temerloh kelmarin bagi direkodkan keterangan dan ditahan secara sah di pejabat SPRM, jam 5 pagi semalam sebelum dibawa ke mahkamah untuk perintah reman," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

glm

janganlah terlalu memikirkan wang.......

mohamad yatim mohamad

tahniah sprm,kena kan hukuman yang berat pada pegawai berkenaan supaya menjadi iktibar pada orang yang lain.

mohd hamdan

adakah ini satu perangkap???? klu perangkap..kesian kpd pasangan terbabit..ttp jika benar perlu dihukum seberat-beratnya...krn menjadi pengkhianat bangsa...

yatim

tahniah sprm,kena kan hukuman yang berat pada pegawai berkenaan supaya menjadi iktibar pada orang yang lain.

mel

ingat lah akan amanah yg d'beri apabila memegang akan sesuatu jawatan,x kra jbtan apapun ingat akan amanah.

jimmy tony

beginila jdinya bla taksub dan hilang pegangan seorang...thaniah SPRM

Sobri

Berita seperti ini harus diimbangi dengan berita rakyat Malaysia yang jujur dan amanah, supaya jangan sampai orang asing fikir semua orang Malaysia tidak jujur. Pernah saya semasa di Pasar Smart - Midas di Johor Baru, membayar dengan dua keping wang RM$50 untuk minuman yang berharga RM$2. Ini kerana saya tersilap dengan wang kertas yg hampir sama warna. Perkerja di gerai minuman itu mencari saya untuk dipulangkan wang yang berlebihan itu. Ia seorang yang amanah, dan saya percaya, juga tidak mungkin mempunyai suku daripada kekayaan pegawai kanan KDRM yg bergelar Datuk itu. Dua sahabat yg berbangsa Cina dari Singapura yg bersama saya, sungguh tersentuh dengan peristiwa itu, kerana selama itu mereka hanya tahu tentang jenayah yang tinggi di Malaysia.

sokong

syabas SPRM atas kejayaan pihak anda menangkap pelaku rasuah yg merosakkan negara

M.Nazar

Inilah BERwang jadian.Fahamilah surah At Takasur. tq

rakus

dah namanya manusia tak kenal dosa dan pahala,janji ada pangkat kuasa di tangan dia,kita yg x tau cuma dengar je apa cerita lepas tu dia org bebas tinggal bayar denda je dah lama sikit buat balik benda yg sama gitulah seterusnya

Yusak Musa

Hapuskan sehingga ke akar umbi. Pegawai kanan kerajaan yang tidak berguna ini.

rohia

tu rakyat biasa macamana pemimpin tertinggi kita 2x5 kan

rofi

tahniah...sprm.gunakan kuasa atas untuk menegakan agama,itulah jihad.tak boleh bercampur org baik dgn org jahat.yg batil dan yang haq.adili org yg sebegini. jahil dan kianat..selamatkan bumi allah.dgn kejahatan tangan tangan manusia.

awaldin

banyak lagi pegawai kerajaan yang amal rasuah di jabatan-jabatan tempat mereka bekerja,harap sprm tingkatkan lagi usaha menangkap mereka yang rasuah ni...tahniah sprm!

cem

x sangka perkakara sprti ni masih trjadi..amat malang serta merugikan hak negara..patut kebykkan rakyat masih hidup miskin.kasian usaha kerajaan nak hapus amalan rasuah.namun tahniah buat sprm..teruskan bakti utk bantu ekonomi negara..

madiha

bagus2 sprm.....padan muka!

Na Nad

Mungkin perlu memperkemaskan lagi undang2 untuk pantau pegawai atasan supaya xada yg berani ambil kesempatan atas kuasa yang diberi.semua org suke duit :)

mohd ghazali husain.

rezeki kita hanya yang masuk mulut dan apa yang kita gunakan yang lain rezki orang lain.jadi buat apa terima rasuah,masuk nerakaa..

Mansor

Tahniah SPRM gandakan lagi usaha agar raayat semua mendapat memfaat.HIDUP SPRM.

Adam

Dah kaya nk kayap pulak..

apai malouda

byk nye duit... bak kasi aku ckit... dpt la aku cover bayar avanza aku tiap2 bulan

fana

ini yang dinamakan harapkan pagar..pagar makan padi

zam

mcm ku kenal pegawai kastam ni
dia ni spisis 20% kepada mana2 syarikat yang nak declare barang masuk kalau tak silap

faridah

Alhamdulillah, kerja yg tak betul,mesti dapat dikesan jua akhirnya. Disini nak bagi cadangan kalau boleh tangkap juga stesen minyak yang menyalahgunakan subsidi minyak yang diberi oleh kerajaan. Ini juga merugikan kerajaan dalam nilai yang tinggi.

Shah

Tahniah kepada pihak yang terlibat terutama SPRM, sebenarnya byk kes rasuah melibatkan org-org berjawatan tinggi cuma pemantauan ke atas mereka jarang dilakukan. harap-harap dgn pendedahan ini mereka yg terlibat tu kembalilah ke pangkal jalan dan jalankan tugas yg diamanahkan itu kerana Allah. Byk lg org kat luar ini yang benar-benar layak memikul tanggungjawab & amanah itu.

prihatin

Tahnian pihak yg terlibat dlm membanteras gejala pecah amanah ini...mmg ramai di dunia ini akan gelap mata bila dihulurkan duit yg bertimbun, maruah dan harga diri di ketepikan. Harapan sy agar usaha membanteras gejala ini diteruskan, xkira bg institusi kerajaan atau pun swasta..ekonomi tidak akan maju jika gejala rasuah ini berleluasa...

carloss

salah satu punca negara bangkrap/rugi,dan menyebabkan rakyat menderita.
harap jawatan saja besar tapi otak kecik....manusia oh manusia

Ahmad

Yang tidak halal selalunya membawa kecelekaan pada diri sendiri. Fikir-fikirkan lah...

Suzaini Bin Kasim

Tahniah SPRM,anda telah menyelamatkan hasil kerajaan, teruskan usaha murni ini.

ahmad jais burut

tahinah tindakan sprm

megat muhd khusaini bin kamalaudin

tahniah sprm

syah

inilah perosak negara kita...bagaikan anai-anai yang akan menghancurkan kepercayaan kerajaan...teruskan usaha sprm dan pihak yg berkerjasama..tahniah buat semua...berkhidmat untuk bangsa dan negara..

ahmad jais burut

tahinah tindakan sprm

matya,bukit belah gaal,kel

heran jugaya dengan penjawat awam malaysia yang begitu senang terlibatdgn. rasuah dan penyalahan guna kuasa dlm apa juga bentok nagara kita terkehadapan dlm. rasuah ini dari menteri sahigga yg.palingkecil sekali ,kalau ada orang mengata orang mulayu kita tak pandai mengusur takbir kita marah ini dapat kita bandingkan dgn singapura , mereka lebih baik dlm. apa2 aspek .t

Mata4Eye

Masaallah, apalah bertimpa-timpa penyakit besar di Malaysia. Macam ini tabiat rakyat pegawai pegawai kanan yang diharap untuk membawa kemajuan 2020 Malaysia.

anti rasuah

sepandai2 tupai melompat..

uda lah

laku ke duit yg berterabur tu..bkn ke tu duit dr pengubahan wang haram..tp adakalanya sikap sombong dengan rezeki tuhan (duit) menyebabkan tuhan menarik balik rahmatnya dan memberi balasan seperti itu..bersyukurlah dengan rezeki yang diberikan Allah kpd kita

tulsa aida

ni la gaya khdpn manusia akhir zaman..

osman mursidi

FB amat berguna sebagai mendapat maklumat dan berkongsi pendapat yang BERNAS tetapi akan melalaikan jika disalah gunakan..

sailor mask

ni baru betol dinamakan tido dgn duit, mkn dgn duit, mandi dgn duit..kerana duit sanggup jd pengkhianat negara..

Amar Farid

Tahniah kepada pihak penguasa yang berjaya menahan perasuah-perasuah dalam negara kita.

Pisau belati

kenakan cukai yang sepatutnya pada beliau. Hukumlah persalah mengikut undang-undang Islam yang termaktub di dalam Al-Quran. Memalukan rakyat Islam ja.

wacah

Masya-Allah dunia akhir zaman, alhamudulillah tahniah kepada SPRM

fared

pihak berkenaan tolong chek sama kereta2 import terpakai yang dijual di bawah harga sebenar.,mungkin berlaku penyelewengan duti import..

saya tak terkejut kerana penjawat awam yang mempunyai kuasa akan rasuah jika tiada iman di dada.jangan tertumpu pada polis sahaja...syabas SPRM.

tahniah ats kejayaan SPRM.... moga diteruskan usaha mencegah jenayah rasuah.

Zainudin Mohidin

Tahniah kepada SPRM dan pihak berkuasa yang berkaitan serta kerajaan Malaysia. Yang bersalah akan pasti didakwa dan inlah bukti ketelusan kerajaan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan jenayah walaupun individu tersebut memegang jawatan tinggi dan mempunyai gelaran. Aman dna Sejahtera Malaysia jika semua rakyat menghormati undang-undang..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Finalis ABPBH 2010 buat persiapan

Posted: 29 Mar 2011 12:07 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PEREKA fesyen, Ezuawan Ismail mengambil ukuran badan pengacara malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Zizan, sambil diperhatikan calon Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Liyana Jasmay dan pelakon yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya, Memey Suhaiza di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan