Jumaat, 25 Mac 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Mangsa banjir di Kerian berkurangan

Posted: 25 Mar 2011 07:21 AM PDT

IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Kerian berkurangan kepada 247 orang malam ini berbanding 406 orang pagi ini selepas penduduk sebuah daripada 12 kampung yang dinaiki air sejak lima hari lalu, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa banjir yang dibenarkan pulang petang tadi membabitkan penduduk Kampung Alor Setangguk seramai 159 orang. Mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan ialah penduduk Kampung Matang Pasir, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Simpang Lima, Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, dan Kampung Perlis.


Fauzi berkata semua mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, Sekolah Kebangsaan Haji Dahalan dan dewan orang ramai di Alor Pongsu.

Kampung terbabit dinaiki air setinggi 0.5 meter hingga 1 meter berikutan tindakan melepaskan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak lima hari lalu, katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata jalan raya di Kilometer 17 dan 18 Alor Pongsu-Selama, Jalan Bukit Merah ditutup kepada kenderaan ringan kerana dinaiki air.


Operasi memindahkan mangsa banjir dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menyalurkan bantuan makanan serta minuman. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RAPIDKL lanjut masa perkhidmatan

Posted: 25 Mar 2011 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL), syarikat milik penuh Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan melanjutkan masa perkhidmatan bagi LRT, Monorel dan laluan bas terpilih sehingga pukul 1 pagi, sempena Konsert Terima Kasih Harian Metro yang berlangsung di Dataran Merdeka esok (26 Mac).

RapidKL dalam satu kenyataan berkata langkah itu bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan kemudahan awam untuk menyaksikan konsert berkenaan.


Menurut kenyataan itu laluan LRT yang terlibat ialah dari stesen Masjid Jamek bagi kedua-dua aliran Kelana Jaya serta Ampang, dan stesen Monorel Medan Tuanku serta 10 laluan bas iaitu U22, U23, U40, U64, U66, U67, U68, U70, U88, dan U224.

Masa perkhidmatan bagi stesen dan laluan bas yang lain akan berakhir mengikut jadual seperti biasa, dan maklumat lanjut mengenai lanjutan tempoh perkhidmatan itu boleh didapati dengan menghubungi Helpline RapidKL di talian 03-78852585.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan