Selasa, 29 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Hentian bas diroboh

Posted:

Hentian bas diroboh

Hentian bas diroboh

Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my


Farid Ibrahim menunjukkan Perhentian Bas Mesra Rakyat yang sedang dirobohkan oleh kontraktor di Bandar Baru Selayang, baru-baru ini.


SELAYANG 29 Mac – Tindakan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan sebuah perhentian bas di Bandar Baru Selayang di sini dirobohkan pada Jumaat lalu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan banyak pihak.

Rasa kecewa dan terkilan yang lebih mendalam tentunya dirasakan oleh pihak Nation Wide Bus Stop Sdn. Bhd. yang menanggung sepenuhnya kos pembinaan perhentian bas yang dikenali sebagai Perhentian Bas Mesra Rakyat itu.

Syarikat itu mendakwa tidak menerima sebarang notis pemberitahuan daripada MPS tentang cadangan pihak berkuasa tempatan itu untuk meroboh premis yang sudah hampir 90 peratus siap itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farid Ibrahim berkata, premis itu adalah milik syarikat itu dan tidak sewajarnya syarikat itu diperlakukan begitu iaitu tanpa pemberitahuan secara rasmi.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahan hak syarikat itu dan mendapatkan pembelaan sewajarnya.

Menurut Farid, tindakan meroboh itu bukan sahaja menyebabkan syarikatnya terpaksa menanggung kerugian lebih RM380,000 tetapi turut mencalarkan kredibiliti dan kepercayaan umum terhadap syarikat itu.

Beliau berkata, pada hari perhentian bas itu dirobohkan, beliau telah datang ke lokasi itu untuk meminta agar kerja-kerja itu dihentikan sementara sehingga rundingan diadakan tetapi tidak diendahkan.

"Agak mengejutkan apabila pekerja di situ menunjukkan satu surat tawaran dan kebenaran yang dikeluarkan MPS bagi kerja-kerja meroboh dan membersihkan kawasan itu.

"Turut dilampirkan ialah kadar harga besi buruk berjumlah RM9,000 yang ditolak kos upah meroboh sebanyak RM4,000," jelasnya kepada Utusan Malaysia di sini selepas melawat ke tapak perhentian itu baru-baru ini.

Farid berkata, walaupun pihak terbabit mendakwa ada surat arahan meroboh tetapi pihaknya juga ada surat tawaran dan kelulusan pembinaan yang dikeluarkan kepada syarikat itu sebelum ini.

"Jika pihak yang berkenaan tampil bagi membincangkan perkara ini secara berhemah dan profesional, sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi," katanya.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung perkara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MPS didakwa gagal beri jawapan memuaskan

Posted:

MPS didakwa gagal beri jawapan memuaskan

MPS didakwa gagal beri jawapan memuaskan

SELAYANG 29 Mac - Perbincangan bagi menetapkan kadar sewa di perhentian bas yang sedang dibina oleh Nation Wide Bus Stop Sdn. Bhd. pada Mei tahun lalu merupakan pertemuan terakhir antara syarikat itu dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Ketua Pegawai Eksekutif Nation Wide, Farid Ibrahim berkata, selepas itu, tiada sebarang surat, notis, jemputan atau apa sahaja diterima oleh pihaknya sehinggalah bangunan perhentian bas di Bandar Baru Selayang itu dirobohkan pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, selepas gagal meminta kontraktor yang terlibat menghentikan kerja-kerja meroboh itu, beliau cuba mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Perolehan MPS, namun jawapan yang diterima amat mengecewakan.

Beliau dimaklumkan bahawa perkara itu telah diputuskan oleh Ahli Majlis MPS dalam satu mesyuarat kerana pihak berkenaan mempunyai perancangan lain bagi membangunkan tapak berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, apabila ditanya bukti notis meroboh telah dihantar kepada beliau, pegawai di bahagian itu mendakwa pegawai yang terlibat tiada di pejabat.

Menurut Farid, perhentian bas berkonsepkan mesra rakyat itu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 10 Oktober 2007 dan pada 20 November 2007, cadangan itu mendapat kelulusan MPS.

Katanya, pembinaan perhentian bas itu telah hampir 90 peratus siap dan selepas berlaku peralihan kuasa pemerintahan negeri Selangor pada 2008, dia mendakwa menerima desakan agar menghentikan projek tersebut.

Ini termasuk menerima dua saman pada bulan April tahun lalu atas kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan dakwaan mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis.

Mengenai rancangan pembangunan lain yang mahu dimajukan, Farid berkata, beliau sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

"Bagi saya pembangunan sekarang sudah berkonsepkan mesra rakyat kerana perhentian bas itu akan dilengkapi kemudahan seperti tandas, kedai runcit dan mesin ATM.

"Lagi pun, Bandar Baru Selayang belum ada perhentian bas sehingga menyulitkan pengguna pengangkutan awam di kawasan ini," ujarnya.

Perhentian Bas Mesra Rakyat yang diperkenalkan syarikat itu telah pun dipraktikkan di Ayer Keroh, Melaka dan ternyata mendapat sambutan positif pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gotong-royong perlu dihidupkan semula - Zulhasnan

Posted:

Gotong-royong perlu dihidupkan semula - Zulhasnan

Gotong-royong perlu dihidupkan semula - Zulhasnan


ZULHASNAN Rafique (lima dari kanan) membantu penduduk Seksyen 6 Wangsa Maju membersihkan longkang dan kawasan sekitar perumahan itu semasa program gotong-royong anjuran penduduk kawasan itu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 29 Mac - Aktiviti gotong-royong di kawasan-kawasan perumahan di ibu negara dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu dihidupkan semula.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique berkata, ini kerana melalui aktiviti itu, masyarakat setempat tanpa mengira agama dan kaum dapat bersama dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya, pada masa lalu, aktiviti gotong-royong sering diadakan pada hujung minggu dan setiap anggota masyarakat begitu bersemangat memberikan kerjasama bagi menjayakannya.

"Mereka ini juga tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk membersihkan kawasan mereka.

"Justeru, saya berharap agar semua persatuan penduduk dapat menghidupkan kembali aktiviti gotong-royong demi semangat kemasyarakatan seperti satu ketika dahulu," katanya selepas merasmikan gotong-royong di Seksyen 6 Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

Zulhasnan berkata, pusat khidmat wakil rakyat Parlimen Setiawangsa sedia membantu persatuan penduduk untuk menganjurkan program seperti itu.

Sementara itu, mengenai Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk dan Penghuni Parlimen Setiawangsa, beliau berkata, ia bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Katanya, satu jawatankuasa penaja telah dibentuk dan mereka sedang mengemas kini semua bilangan persatuan pengguna di Setiawangsa.

"Majlis itu bakal dilancarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan