Sabtu, 26 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


6 inisiatif banteras rasuah berjaya

Posted:

6 inisiatif banteras rasuah berjaya

6 inisiatif banteras rasuah berjaya

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Mac - Kerajaan berjaya melaksanakan enam daripada sembilan inisiatif 'Big Win' dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi dalam usaha membanteras rasuah di negara ini.

Enam inisiatif itu adalah memperkukuhkan unit-unit pematuhan di agensi penguat kuasa, menjelaskan parameter surat sokongan serta mendedahkan butiran kontrak perolehan melalui portal MyProcurement dan MyPartnership.

Selain itu, pengwujudan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, pendakwaan kes rasuah dalam tempoh setahun serta membangunkan pangkalan data pesalah rasuah berjaya dilaksanakan.

Menurut Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah, Datuk Hisham Nordin, tiga inisiatif lain masih di peringkat pelaksanaan dan tindakan berterusan semua agensi kerajaan yang terlibat untuk dilaksanakan pada tahun ini.

''Tiga inisiatif itu adalah menjalankan kajian pembiayaan parti politik, memperkukuhkan kebebasan institusi utama dan penguatkuasaan hukuman lebih keras.

''Bagaimanapun, semua usaha dalam tahun lalu memberikan petanda awal kejayaan apabila kajian Barometer Global Rasuah (GCB) menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah meningkat kepada 48 peratus berbanding 28 peratus pada tahun sebelumnya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan menggunakan dua pendekatan ke arah usaha tersebut iaitu melalui kerangka kerja dari atas ke bawah dan bawah ke atas.

Katanya, strategi tersebut memerlukan iltizam daripada kepimpinan negara dalam menyokong penguatkuasaan undang-undang yang berkesan di samping kerjasama daripada rakyat.

''Berita kejayaan memerangi rasuah ini perlu diuar-uarkan supaya masyarakat antarabangsa dapat melihat perubahan ini sekali gus membuat pelaburan,'' katanya.

Bagi menarik sokongan antarabangsa dalam konteks itu, beliau berkata, sebahagian inisiatif kerajaan telah dibentangkan di Mesyuarat Petugas Khas Rasuah di Amerika Syarikat pada 26 Februari lalu.

Katanya, usaha tersebut mendapat perhatian dan pengiktirafan negara-negara peserta serta maklum balas positif.

''Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mempelopori tindakan ini apabila pelancaran maskot pembanteras rasuah dilancarkan pada 17 Mac lalu serta talian bebas tol laporan rasuah 1-800-88-6000,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkat kesedaran pencemaran cahaya

Posted:

Tingkat kesedaran pencemaran cahaya

Tingkat kesedaran pencemaran cahaya


Mustafa Din Subari menerangkan teropong teleskop kepada pengunjung Hari Terbuka Planetarium Negara dan kempen pencemaran cahaya sempena Earth Hour 2011 di Planetarium Negara, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Mac - Golongan muda perlu mendalami ilmu sains untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu pencemaran cahaya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan bumi.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari berkata, bumi pada masa kini terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran yang boleh menjejaskan ekosistem terutamanya pencemaran cahaya.

Sehubungan itu, katanya, Angkasa menyokong kempen Earth Hour yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu sebagai langkah menyelamatkan bumi daripada kesan buruk pencemaran berkenaan.

"Justeru, golongan muda memainkan peranan penting untuk meneruskan kempen ini supaya kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Planetarium Negara yang diadakan sempena kempen Earth Hour 2011, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, kira-kira 3,000 pengunjung disajikan dengan program menarik secara percuma seperti pameran sains, syarahan umum, tayangan perdana dan cabutan bertuah kepada pengunjung sepanjang hari.

Sementara itu, pelajar Program Permata Pintar, Bellen Sharon, 16, berkata, kempen itu amat baik kerana dapat menjimatkan elektrik dengan cara yang lebih efisien.

"Tahun lalu, saya menyambut Earth Hour di Sabah bersama keluarga sebagai tanda sokongan kepada kempen ini,'' katanya.

Dalam pada itu, Zairul Zaimy Ahmad Idrus, 16, berkata, kempen Earth Hour merupakan satu langkah yang bijak untuk menjaga bumi.

Jelasnya, walaupun hanya sejam bergelap, ia dapat menyejukkan bumi sekali gus mengurangkan tahap pencemaran cahaya.

"Biarpun kesannya kecil, yang penting kesan pemanasan global dapat dikurangkan dengan cara yang mudah dan selamat," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh, Chong Merril, 17, berkata, dia turut menyokong kempen Earth Hour yang kerana ia boleh mendidik generasi baru untuk lebih menghargai bumi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitan

Posted:

Pelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitan

Pelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitan

KUALA LUMPUR 26 Mac - Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Selayang, terpaksa menerima 10 jahitan di kepala setelah dibelasah kira-kira 10 lelaki yang tidak dikenalinya semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya yang terletak berdekatan.

Bagaimanapun, mangsa didatangi kumpulan lelaki berkenaan lalu bertindak memukulnya sehingga mengakibatkan kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, setakat ini, pihaknya menahan seorang suspek bagi membantu siasatan.

"Suspek direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan. Polis masih mengesan rakannya yang lain," katanya sambil mengklasifikasikan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen